Tuesday, February 1, 2011

The Malays 2

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

1. Jika pada 11 Jun 2009 yang lalu saya ada menulis tentang The Malays , saya berasa amat perlu untuk saya memberi sedikit buah pendapat tentang apa yang perlu diubah oleh orang-orang Melayu terutamanya belia Melayu.

2. Beberapa hari yang lepas saya sempat bersama rakan-rakan sekolah menengah saya yang merupakan ahli-ahli tegar parti DAP. Mereka menjemput saya untuk sama-sama berbincang tentang hala tuju politik dan sosiobudaya Malaysia.

3. Masing-masing merupakan mahasiswa dalam bidang Kimia, Kejuruteraan,  Ekonomi, Seni Lukis dan juga Undang-Undang. 

4. Maka apa yang saya terangkan di bawah adalah daripada kaca mata bukan Melayu Islam.

Perspektif mereka:

1. Remaja Melayu yang mendapat tempat di IPTA-IPTA tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk berjaya. Ramai yang lebih banyak berhibur daripada terhibur dengan budaya mencari ilmu.

2. Kenapa mesti ada hak istimewa orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi? Orang Melayu bukan penduduk asal tanah ini sebaliknya adalah orang asli.

3. Kebebasan bersuara mesti ada untuk mempersoalkan apa saja.

Respon saya:

1. Tak dinafikan benar persoalan ini. Ramai yang bukan Melayu yang cemerlang di dalam SPM tetapi terpaksa mengambil STPM yang lebih sukar. Mana kesedaran orang Melayu? Agak sedih dan malu terpaksa mengakui kelemahan dan kebobrokan bangsa sendiri.

2. Perlu dilihat daripada faktor sejarah selain daripada Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Faktornya kerana Nusantara itu dulu sifatnya adalah serumpun yakni tiada bezanya sempadan kepulauan Jawa, Tanah Melayu, Temasik mahupun hingga ke Filipina dan Indo-China. Mesti dilihat berdasarkan analogi tuan rumah yang sudi menerima tetamu menjadi tuan rumah bersama.

3. Tak boleh ada kebebasan tanpa limitasi kerana kebebasan yang mutlak akan meningkatkan perasaan prasangka dan prejudis sesama rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Kesimpulan saya:

Orang Melayu Islam mesti sedar bahawa bangsa lain sedang memerhatikan kita. Kesatuan dan peraduan itu mesti dibina mulai saat ini. Dakwah dan tarbiyyah adalah ubatnya. Islam adalah salutannya. Sudah lama kita retak, bangkit dan berpadulah saat ini agar "tak Melayu hilang di dunia" akan tidak ditelan zaman.

2 comments:

Anonymous said...

salam
sy org melayu dan sedang belajar di ipta-kursus ekonomi.ye, apa yg saya perhatikan memang kita tak ambil kesempatan dgn kelebihan yg kita ada. kita lebih banyak leka, lalai, dan terlalu banyak hiburan.budaya mencari ilmu smkn berkurangan.mungkin kita kurang sedar,atau mungkin tak sedar bangsa lain sering memerhatikan kita, tapi kita tetap leka.lalai dgn kelebihan yg kita ada.memamg menyedihkn. teringat dgn kata2 seorang pensyarah, yg bukan berbangsa melayu'kamu bertuah kerana dapat sampai ke sini(ipta),dekat luar tu ramai lagi yg tiada kesempatan macm kamu.kenapa mesti sia2 kan peluang yg ada'. hiburan tu tak salah cuma mesti ada batasnya. apa yg saya dpt simpulkn, semangat utk lbh berjaya dan lebih terhibur dgn mencr ilmu tu dh smkn kurang berbanding zaman pensyarah2 saya yg kebanyaknnya berumur 50an. hakikatnya memang sedih nk mengakui keburukan bgsa kita sendiri. Melayu-tahu tapi tak sedar. (hanya pandangan peribadi dan pemerhatian sepanjang menjadi mahasiswa tahun akhir yg sayangkan bangsanya)

Danial Izzat Zulbahari said...

setuju dgn saudara. rasanya ibu bapa mesti main peranan balik dalam hal ni untuk menyedarkan anak bangsa since keluarga adalah institusi asas kendiri setiap manusia.

Pages