Detik menunjukkan jam 4 pagi. Sunyi sepi bumi Allah. Unggas berkericip membelah kesunyian. Deru nafas sekalian manusia yang asyik dibuai mimpi terserlah sirnanya. Hati manusia mudah menangis jika tahajjud dilaksana ketika saat ini.
Di satu sudut dan rona yang berbeza, mungkin ada satu kenangan dan memori yang terpahat kukuh di sanubari. Mungkin tak semua memahami nota hati ini. Tapi biarlah Dia yang tahu tentang apa tersiratnya isi kata yang tertulis di skrin kaca ini.
Kini aku relakan kau berlalu pergi. Terbanglah kau jauh. Terbang kembangkan sayapmu membelah langit. Capai kejayaan yang kau impikan. Sebelum ini mungkin ada kesilapannya biar puncanya aku mahupun puncanya kau. Tidak bermakna lagi untuk didebat mahupun dibahas. Pengakhirannya buat masa ini masih sama. Sama.
Kini aku relakan kau terbang tinggi. Bukalah pancainderamu, kecaplah tautan tarbiyah itu. Setiap insan bukalan malaikat. Itu fitrah. Itu juga sunnatullah. Umar Al Khattab juga lebih jahil daripada kita suatu ketika dulu, tapi di pengakhirannya, Umar dijamin Jannah! Setiap insan ada peluang itu. Tanya sama hati, apa yang kau mahu.
Kini aku sentiasa doakan kau. Terbang dan lihatlah alam ciptaan Ilahi ini dengan rasa syukur. Bukan ujub. Bukan juga takbur. Mungkin benar bait kata ke-26 Al Baqarah di dalam kalam Ya Rabbul Alamin. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Allah itu Maha Tahu. Maha Pintar. Maha Cinta.
Mungkin satu hari nanti bisa kita bertemu kembali. Tapi yang pasti, bukan saat ini. Bukan hanya kerana aku telah mengundur diri. Juga kerana, telah aku relakan kau terbang tinggi.
Wassalam.
5 Februari 2011/ 2 Rabiul Awal 1432h
4.40am Seri Kembangan, Selangor.
jawapan rindu-hafiz hamidun
6 comments:
haha...ni dh mcm style penulisan ehem2 ni. =P
tabah kawan! biarkan kenangn itu mengalir seprti air sungai yang mengalir tenang tnpe sebarg halangn..
=) Moga Allah sntiasa mmberikan kekukatn utk dirimu dan temanmu
ni xphm ni appa yg ana nk sampaikan (^_^)
inalillah..esh silap maaf, insyallah...
http://kipasmati.blogspot.com/2011/02/al-kisah-mengenai-pengasas-mukabuku.html
wlaupun post nih satu peluru, tp can kill 2 birds nih..hahaha...anyhow, insylh, sama kita istiqomah
msti org tu special kan...
msti org tu special kan...
Post a Comment