Saturday, February 26, 2011

Lelaki Mesti Kahwin dengan Wanita Muda?

Bismillahrimanirahim.

Akhirnya terpanggil jua untuk menulis something di laman sawang yang tidak seberapa ini. Isunya, benarkah lelaki lebih sesuai berkahwin dengan wanita yang lebih muda? Ayuh kita bincangkan.

Pada saya, saya sebenarnya berasa agak janggal apabila ada perspektif masyarakat yang mengatakan wanita lebih sesuai mencari jodoh dengan mereka yang lebih berusia daripada mereka. Hasilnya akan jadi begini, wanita dengan lelaki yang lebih tua dan yang lelaki akan mencari yang lebih muda.

Pagi tadi sempat hadir ke Seminar Ibu Bapa yang disampaikan oleh Dr. Harlina Haliza Siraj(Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia) di UIAM Gombak. Daripada statistik yang dibawakan beliau, lelaki biasa berkahwin pada usia 28 tahun, manakala wanita pada umur 25 tahun.

Maknanya, untuk berkahwin dengan yang seusia bukanlah alternatif yang paling popular. Begitu juga untuk seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia.

Sebenarnya tidak begitu. Pada hemat saya inilah hikmah Muhammad Rasulullah itu berkahwin dengan wanita yang lebih tua dan juga berkahwin dengan wanita yang lebih muda iaitu Khadijah dan juga Aisyah. Maksudnya, ianya adalah sunat untuk kita berkahwin dengan mana-mana jua. Sama ada yang lebih berusia mahupun yang lebih muda.

Yang penting adalah keserasian dan kebolehan untuk saling hormat-menghormati. InsyaAllah kekal hingga ke Syurga.

No comments:

Pages

0 comments: