Friday, February 18, 2011

Peranan NGO Dakwah Dalam Pilihan Raya

Salam wbt. Selamat sejahtera.

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi PRK untuk sekalian warga UIAM akan berlangsung. 22 Februari menjadi tanggalnya. Tanggal yang akan menentukan mahasiswa dari kelompok mana yang akan memegang teraju kuasa di bumi UIAM. Tak dinafi ada yang berkata PRK ini hanya ibarat syok sendiri. Tetapi percayalah, walaupun PRK ini kelihatan agak syok sendiri tetapi ianya adalah cerminan kepimpimpinan masa depan.

Dalam politik, kita tidak boleh menjadi terlalu lurus untuk mempercayai mentah-mentah apa yang diperkatakan oleh mana-mana kelompok. Jangan bagi sepenuh kepercayaan! Walaupun mereka berkopiah, tudung labuh, bersongkok, baju tuck-in dan sebagainya. Itu bukan kehidupan dalam alam politik.

Walaupun misi perjuangan sekolompok pro adalah bermatlamatkan syariah, tetapi jika modus operandi berkempen tidak meletakkan keadilan di tempat yang tertinggi, bagaimana perjuangan syariah mereka perlu disokong. Bukan juga mahu menyokong mereka yang tidak nampak pro syariah, tetapi inilah tugas kita. Islah! Yang mana salah mesti dibetulkan.

Sampai bila kita mahukan timbang tara keadilan diletakkan pada timbangan yang tidak benar. Sedangkan Islam itu bertindak adil terhadap sesiapa pun termasuklah kepada yang kafir. Apa yang kita mahukan adalah bagaimana setiap gerakan mahasiswa itu dapat menyalurkan dakwah ke setiap bucu dan penjuru bumi UIAM.

Jangan hanya mereka ini berbangga kononnya merekalah pemimpin yang memegang teraju kepimpinan UIAM, tetapi masalah ikhtilat di Kafe HS mahupun Evoke masih belum dibanteras. Adakah hanya dengan berdemo dan berapat umum menunjukkan KPI mereka dalam memimpin warga kampus. Apa yang kita perlu renungkan juga adalah bagaimana untuk kita yang berdiri dalam jemaah ini untuk mengislahkan perjuangan dakwah ini. Bukan hanya pada nama, tetapi juga pada dasar pelaksanaannya.

Yang tak bersongkok mahupun berkopiah belum tentu mereka tidak berfikrah. Berdiri di landasan NGO memudahkan kita untuk menyelidik dan memberikan buah pandangan kepada mana-mana kelompok untuk kemaslahatan ummah bersama. Berdiri di landasan NGO juga membolehkan kita menyatukan hati-hati kelompok yang tidak sebulu. Semuanya adalah saudara-saudara kita yang perlu kita kasihkan. Bukan kita pinggirkan.

Berdakwahlah kita semua dalam segala apa bidang yang kita ceburi. Bertawazzun dalam memilih pemimpin. Bukan taksub. Kerana taksub hanya akan membawa kepada kemusnahan. Biarlah kita semua menjadi perintis kepada perjuangan jemaah ini untuk membawa Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang tahun 2015.

Mungkin kita tidak akan merasai detik manisnya kejayaan itu, tetapi biarlah kita yang menjadi seperti datuk dan nenek yang menanam pokok durian untuk dinikmati buah durian tersebut oleh cucu-cucunya. Moga ada redha Allah dalam perjuangan mengislahkan masyarakat.

Takbir!

No comments:

Pages

0 comments: