Saturday, February 12, 2011
Hantu Kak Limah dalam Pilihan Raya Kampus
1. Universiti-universiti tempatan secara amnya akan mengadakan Pilihan Raya Kampus(PRK) masing-masing sekitar bulan ini. Maka apabila berbicara mengenai PRK, dua pro kononnya akan berjuang untuk menegakkan kemenangan masing-masing.
2. Dua pro terbesar ada dua. Tetapi ramai juga tahu bukan 2 pro sahaja yang mempertaruhkan calon.
3. Ada pro yang seolah-olah mereka sahaja yang berjuang untuk kebajikan mahasiswa, tetapi percayalah, sesiapa juga yang menjadi pemenang, pada pengakhirannya, kerja utama mereka adalah untuk kebajikan mahasiswa!
4. Jika selama ini pro ini yang telah mentadbir, apa bezanya rasa? Biah "kebajikan" itu macam tiada pun. Tetapi yang ada adalah rapat-rapat umum yang hanya dihadiri oleh kelompok mereka.
5. Pro yang lagi satu juga agak pelik. Jika sudah berada dalam suasana demokrasi terpimpin, kenapa susah sangat untuk membawa nilai-nilai Islami?
5. Sepanjang PRK juga, isu fitnah-memfitnah tak akan lepas daripada pandangan warga universiti.
6. Jangan terkejut jika ada yang memfitnah terhadap kelompok sendiri. Memburuk-burukkan kelompok sendiri dan memberitahu masyarakat kampus bahawa pro yang lagi satu yang memfitnah mereka. Ini semua untuk meraih simpati walaupun tiada keadilan di situ.
7. Sedangkan keadilan sangat dititiberatkan dalam Islam. Ingat, matlamat tak menghalalkan cara! Bertandinglah secara adil. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.
8. Inilah yang dipanggil sebagai hantu. Hantu dalam Pilihan Raya Kampus!
Pages
Hantu Kak Limah dalam Pilihan Raya Kampus
Saturday, February 12, 2011Assalamualaikum wbt.

No comments:
Post a Comment