Salam wbt. Jika dulu saya ada membuat satu tribute untuk para Murabbi yang pernah dan sedang mendidik saya, kali ini saya ingin membuat satu posting yang khas dan istimewa untuk mereka yang bergelar sahabat.
Nilai ukhuwah memang tidak terbanding. Memang tidak terkata. Maka wang ringgit mahupun lelah tenaga tidak dapat membayar nilai keikhlasan ukhuwah kerana Allah swt.
Mungkin benar kata-kata seorang sahabat, "Teman wanita akan meninggalkan kita bila kita sudah tiada apa-apa, tetapi ukhuwah sahabat keranaNya akan berkekalan hingga ke syurga"
Setiap kali rasa sedih dan hiba, mereka yang bergelar sahabat inilah yang akan sentiasa memotivasi dan memberi kata-kata nasihat. Saling berkongsi rahsia dan bantu-membantu untuk mencari redha Allah.
Maka dengan rasa rendah hati dan bersyukur saya ingin meminta maaf terhadap semua mereka yang bergelar sahabat kepada saya. Moga makin kuat kita berjuang mencapai redhaNya. Moga kita dapat kembali berukhuwah di Taman Syurga nanti. InsyaAllah.
note: Mereka yang berada di dalam gambar-gambar di bawah adalah mereka yang benar-benar rapat dengan saya. Moga berjumpa kita di syurga nanti ya!
3 comments:
Takde gmba aku yg lg hensem sket ke =P..
hensem la tuh sheikh! hahaha
yeay..gmbar aku de 2! haha. najib stu je. =D
Post a Comment