Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka

"We believe everyone is entitled to the freedom to love and the freedom to be, whether gay, lesbian, bisexual, transgender, intersexed, straight, asexual, pansexual, or simply fabulous."

Petika di atas secara terang-terangan ditulis dalam laman maya rasmi Perhimpunan Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh 20 NGO termasuklah Majlis Peguam, SUARAM, Empower, PT Foundations, Amnesty International dan lain-lain NGO lagi. Jelasnya secara tak langsung apa yang boleh dilihat daripada perhimpunn yg akan dilangsungkan pada 9 November ini seakan mempromisokan budaya seks songsang ini. Walaupun pihak Polis telah pun mengharamkan perhimpunan ini, masih belum ada kepastian untuk pihak penganjur mengikut arahan tersebut.

Kalau masih dilangsungkan, perhimpunan ini benar-benar melanggar Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Agama Islam tak pernah membenarkan aktiviti seks luar tabii ini. Saya kira bukan agama Islam saja, malah semua agama dan budaya tak pernah ada yang mengizinkan gejala seks songsang ini. Tunjukkan saya agama mana yang benarkan!

Perhimpunan ini juga seakan-akan mahu menjadi elemen yang akan meminda kesalahan liwat seperti yang termaktub di dalam Kanun Keseksaan negara. Penerimaan konsep keterbukaan seperti ini amat berbahaya kepada anak bangsa negara ini. Selain menjauhi dan melanggar norma kemanusiaan, ianya mampu untuk merendahkan taraf tamadun manusia itu sendiri. Sedangkan binatang pun tahu apa erti jantan betina, inikan manusia yang dianugerahkan akal.

Kita sedih kerana Majlis Peguam yang bijak pandai ini juga turut menganjurkan program ini.

Hentikanlah kegilaan ini!

No comments:

Pages

0 comments: