Sunday, March 29, 2009

Negarawan Bersatu

Semangat Baru UMNO

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke hari terakhir Perhimpunan Agong UMNO 2008 memberikan suatu impak yg cukup besar kepada setiap ahli dan penyokong UMNO. Ianya sangat simbolik sebagai tanda kekuatan yang ingin dikembalikan UMNO dalam agenda membela agama, bangsa dan negara.

Moga perjuangan ini terus dihayati dan diperjuangkan secara ikhlas oleh setiap ahli dan penyokong UMNO.

Thursday, March 26, 2009

KJ-Khir-Mukhriz(Lambang Kepimpinan Masa Depan UMNO)

Tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin.
Tahniah juga kepada Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Ketiga-tiga tokoh ini adalah cermin kepada kepimpinan UMNO masa hadapan. Tidak ada sesiapa yang kalah kerana gabungan ketiga-tiga mereka mampu untuk mengembalikan gelombang kebangkitan UMNO yang sentiasa didamba rakyat jelata. Insyaallah. Pertandingan tiga penjuru ini adalah antara yang paling sengit dalam sejarah Pergerakan Pemuda UMNO kerana ketiga-tiga mereka adalah pemimpin yang dihormati baik kawan mahupun lawan.

Semoga Allah swt memberkati perjuangan kita semua.

Monday, March 23, 2009

Konsep Melayu dan Islam di Malaysia

1. Siapa Melayu? Apakah hubungan di antara agama Islam dan orang Melayu di Malaysia? Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan ada menerangkannya. Sesungguhnya Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini memang tidak dapat dipisahkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2. Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

3. Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.

Thursday, March 12, 2009

Kekebalan Sultan-Sultan Masih Terpelihara

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

1. Sejak peristiwa pelantikan Menteri Besar negeri Perak yang baru, saya ada terdengar dan terbaca beberapa blog sahabat-sahabat saya yang mempertikaikan keputusan tersebut. Itu satu hal. Ada yang lebih lantang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak menderhaka kepada Sultan Perak atau dalam ertikata lain, institusi beraja.

2. Sebaliknya mereka acap kali memainkan modal bahawa Barisan Nasional atau UMNO lah yang sebenarnya telah menderhaka kepada sultan kerana meminda perlembagaan pada tahun 1993 yang menyebabkan sultan-sultan kehilangan imuniti dan menyebabkan sultan-sultan boleh didakwa.

3. Saya tergelak apabila mendengarkan pendapat ini. Hal ini kerana mereka yang mempunyai pendapat sebegini sebenarnya cetek pengetahuan dalam bidang undang-undang. Biar saya jelaskan apakah sebenarnya keimunitian raja-raja yang telah dipinda. Jika salah, tolong betulkan.

4. Sebenarnya apa yang dipinda pada tahun 1993 itu adalah keimunitian raja-raja yang bersifat peribadi. Maksudnya di sini, segala tindakan seseorang sultan yang bertindak di atas kapasiti sebagai seorang sultan tidak boleh didakwa ataupun disaman. Imunitinya masih ada. Tidak hilang pun keimunitian itu seperti yang didakwa oleh pakatan pembangkang. Disebabkan itulah Peguam Karpal Singh yang berdegah-degah mengatakan "Anwar Ibrahim harus bertaubat!" suatu ketika dulu yang ingin menyaman Sultan Perak hanya mendiamkan diri tentang isu ini sekarang.

5. Baik, apa pula sebenarnya yang dipinda pada tahun 1993 tersebut? Perkara yang dipinda adalah keimunitian raja-raja yang bersifat peribadi. Sebagai contoh, perkara-perkara yang melibatkan pinjaman kewangan dan sebagainya yang tidak melibatkan seseorang raja itu bertindak di atas kapasiti sebagai seorang sultan.

6. Menjawab pula kenyataan yang mengatakan bahawa UMNO menderhaka kepada sultan-sultan kerana meminda perlembagaan yang melibatkan keimunitian raja-raja. Pertama sekali, Perlembagaan Persekutuan bukannya boleh digubal melalui Mesyuarat Agung UMNO. Perkara ini dibincangkan di dalam Parlimen atau dalam terma lain, badan legislatif yang bertanggungjawab terhadap perkara ini.

7. Badan legislatif ini bukannya milik UMNO atau pun Barisan Nasional. Badan legislatif dianggotai oleh semua ahli Parlimen tidak mengira wakil dari parti kerajaan ataupun parti pembangkang. Bermakna jika penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mengatakan bahawa keputusan pindaan tersebut adalah suatu penderhakaan, bermakna semua ahli Parlimen termasuk YB-YB PAS, DAP dan lain-lain pada masa tersebut adalah penderhaka kerana menyokong usul tersebut dan bukannya UMNO sahaja!

8. Dan rakyat jelata semua adalah penderhaka kerana tidak membuat apa-apa bantahan terhadap pindaan ini termasuklah manusia-manusia yang menuduh UMNO sebagai penderhaka.

9. Hehehe!

Saturday, March 7, 2009

PPSMI adalah untuk kegemilangan Tamadun Melayu

1. Pihak-pihak yang tidak menyokong dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris sememangya tidak mengetahui apakah sebenarnya matlamat dan misi yang ingin dicapai dalam menjalankan dasar tersebut.

2. Kita harus sedar dalam zaman teknologi yang serba moden ini, kita perlu menerima hakikat bahawa pengetahuan para pelajar kita tehadap matapelajaran sains dan matematik sangat penting untuk mengelakkan negara kita daripada ketinggalan dalam mengejar arus globalisasi yang sangat pesat membangun pada setiap saat.

Dan kita bukan sahaja ingin mengejar kegemilangan teknologi, bahkan kita juga ingin meninggalkan era yang mana kita menjadi bangsa pengguna. Pada masa kini, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan tamadun kita sebagai sebuah bangsa pencipta pada masa akan datang.

3. Kita tidak akan dapat menjadi bangsa pencipta sekiranya kita terus menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sains dan Matemati. Hal ini kerana segala terma dan frasa yang pada asalnya diambil daripada Bahasa Inggeris harus diterjemahkan ke Bahasa Melayu terlebih dahulu dan hal ini pastinya akan memberikan ruang yang terhad kepada para saintis dan jurutera kita pada masa akan datang. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat bertindak out of the box sebaliknya akan terus mengikut dasar-dasar Barat.

4. Ada yang akan mempertikaikan perkara ini dengan menyatakan bahawa Jepun dan Korea Selatan masih mampu menjadi bangsa pencipta walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini ingin saya bidas terlebih dahulu. Kita harus menerima hakikat bahawa Jepun dan Korea Selatan juga menggunakan Bahasa Inggeris pada era permulaan kemajuan mereka. Buktinya bagaimana kita dapat melihat Maharaja Meiji sendiri mengupah orang Inggeris dan orang Amerika untuk melatih dan memperkenalkan mereka terhadap dunia sains dan teknologi. Seterusnya setelah mereka berjaya menguasai ilmu sain dan teknologi tersebut, mereka mengalih aplikasi tersebut kepada bahasa ibunda mereka.

5. Dasar inilah sememangya yang kerajaan ingin laksanakan. Saya bersetuju dengan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang berkaitan dengan teori keilmuan tamadun. Hakikat teori evolusi keilmuan ini dapat dibuktikan dengan melihat sejarah tamadun-tamaadun agung pada masa lampau. Bagaimana kita melihat Tamadun Islam mempelajari dan mengaplikasikan Bahasa Yunani dalam ilmu mantik dan falaq mereka. Dan seterusnya menukar kembali kepada Bahasa Arab setelah mereka berjaya menjadi sebuah tamadun yang agung.

Begitu juga dengan Tamadun Inggeris yang mempelajari dan mengaplikasikan Bahasa Arab dalam ilmu sains dan matematik meraka sebelum menukar kembali pengaplikasian tersebut ke dalam Bahasa Inggeris seterusnya pengaruh Bahasa Inggeris sangat dominan pada zaman ini.

6. Perkara inilah yang ingin kita laksanakan untuk membentuk sebuah Tamadun Melayu yang agung dalam ilmu sains dan teknologi pada masa akan datang.

7. Kita harus sedar perkara ini mungkin mengambil masa lebih seabad untuk kita berjaya menjadi bangsa pencipta dan kickstart inilah yang diperlukan dalam mencapai misi agung ini. Bukannya niat untuk membelakangkan bahasa sendiri, tetapi untuk mencapai sesuatu misi yang bermanfaat, kita harus berkorban sedikit terlebih dahulu sebelum mencapai kegemilangan. Insyaallah.

Friday, March 6, 2009

Kementerian Pelajaran Mesti Ambil Tindakan

“KUALA LUMPUR 5 Mac- Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan merekasejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.”

1. Berita di atas dipetik daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yg bertarikh 5 Mac 2009. Laporan tersebut adalah respon balas daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Muhd. Dom yang menyifatkan bahawa masalah-masalah disiplin pelajar sekolah yang semakin kerap diperkatakan pada masa kini adalah sebagai masalah nakal dan langsung tidak berkaitan dengan elemen-elemen gengsterisme.

2. Boleh disimpulkan, apa yang ingin disampaikan oleh Datuk Alimuddin adalah masalah-masalah disiplin pelajar sekolah pada masa kini yang berlaku masih tidak mencapai tahap serius kerana masalah-masalah tersebut hanya bersifat nakal yakni sifat semulajadi kanak-kanak mahupun golongan remaja.

3. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran ini. Apakah beliau masih tidak dapat melihat masalah disiplin para pelajar sekolah yang semakin serius dan berleluasa pada masa kini?

4. -Merokok

-Ponteng Sekolah

-Seks Bebas

-Pergaduhan Antara Kaum

-Buli

-Ecstasy

-Peras Ugut

-Bunuh

-Seks Luar Nikah

-Ganja

-Dadah

Pada hemat saya yang serba daif ilmu pengetahuan ini, perkara-perkara tersebut yang tercatat di atas adalah masalah-masalah yang sangat serius dan bukannya suatu masalah yang disebabkan nakal.

5. Mungkin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia merasakan masalah-masalah tersebut sebagai sesuatu yang tidak serius kerana pelajar-pelajar sekolah kita hanya bersifat “NAKAL”.

6. Saya mencadangkan agar hukuman rotan dikembalikan semula ke dalam pelaksanaan disiplin di sekolah. Rotanlah pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan selagi tidak mencederakan mereka. Kerana hanya hukuman rotan akan menyebabkan mereka sentiasa mengingati kesalahan-kesalahan mereka lantas tidak mengulangi lagi perkara-perkara tersebut.

7. Semoga tiada lagi golongan ibu bapa yang melatah melihat anak-anak mereka yang melakukan kesalahan dirotan guru.

Thursday, March 5, 2009

No Apharteid in Malaysia!

Assalamualaikum wbt. Salam Kesejahteraan.

1. Non Malays nowadays have been brave enough to scandalise the special position of the Malays and the Natives in Sabah and Sarawak as been stated in the Article 153 Federal Constitution.

2. Non Malays also have been brave enough to reject the Social Contract that had been agreed by their ancestors past years ago before Merdeka.

3. Now, the main issue is there have been a group of Malays that also supporting this action.

4. I'm issuing this issue to all the Malay members of PAS and PKR as they have been so determine to accomplice with the ideology of DAP.

5. Please my dear brothers and sisters. Wake up from your blindness. Do not forget the history that mentioning about the Malays conquest hundred years ago.

6. And Barisan Nasional had governed this country in a very fair way. To the Non Malays, please take serious about this matter. There had no Apharteid Policy been enforced in Malaysia.

7. The evidence is the Chinese(non Malays) are still dominating the Malaysian economy and there is no racism action taken by the BN government. The non Malays also get the benefits in term of education, economy and politics.

8. This Apharteid issue had been played by the Pakatan Rakyat in order to get supports from the non Malays which is not a matured action taken by a politic party as this action only brought to the declination of the harmonic Malaysian.

Sunday, March 1, 2009

Saya Anak Malaysia

1. I feel proud to be a Malaysian.

2. I promise to study hard in my studies to achieve my dream to help my people and my country.

3. Malaysia Boleh!

Dakwah.

1. Berdakwah itu wajib.

2. Dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

3. Tidak semestinya hanya dengan berjubah dan berceramah semata-mata.

4. Cara yang mudah pada zaman kini adalah dengan menyumbangkan artikel-artikel yang berunsur dakwah utk menjadi tatapan sahabat handai dengan melalui SMS, e-mel dan lain-lain kaedah teknologi yang lain.

5. Semoga amalan kita mendapat keberkatan Ilahi. Insyaallah.

Pages