Thursday, April 28, 2011

Sabar Tika Dihimpit Kepayahan

Tak dinafi, semua di antara kita pernah merasa erti kepayahan. Kepayahan itu besar maksudnya. Ada yang payahnya adalah dari segi wang ringgit. Ada yang payahnya dari segi kecemerlangan akademik. Ada yang payahnya adalah kerana dia sedang berduka. Berduka adalah pegertian yang paling spesifik untuk dibincangkan. Berduka ini membawa banyak erti. Sama ada duka putus cinta, duka hilang harta ataupun sebagainya.

Maka untuk mengubati masalah ini, satu senjata perlu ada. Senjata yang tak lain tak bukan adalah SABAR. Sabarlah yang membezakan di antara mereka yang tabah ataupun tidak. Sejak manusia pertama di alam ini dicipta, iaitu Nabi Adam, memang sudah menjadi fitrah manusia untuk terus diuji dengan ujian yang dibawa dalam perspektif kepayahan. Maksudnya di sini, ia adalah sesuatu yang normal dan mengikut hukum alam untuk diuji. Jadinya, adalah sesuatu yang tidak normal dan melawan tabii jika seseorang itu tidak pernah langsung dianugerahkan dengan kepayahan. Inilah hukum alam. Selagi masih bernyawa di atas muka bumi ini, fitrah untuk merasa kepayahan. Menarik bukan?

************************************************************************************

Sabar adalah suatu perbuatan yang mulia. Rasa sabar mesti disulam bersama dengan rasa syukur. Sebagai seorang yang beriman, kita wajib berasa sabar tiap kali kali ditimpa ujian. Di waktu diberikan kesenangan pula, wajib untuk kita bersyukur. Ini untuk membentuk ketahanan jiwa yang kental dan kukuh.  Mesti difahami, tidak ada sebarang perkara yang berlaku dengan izin Allah akan mendatangkan tiada kesan baik kepada mereka yang ditimpa ujian. Seperti yang semua ketahui, pasti akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Itu pasti!

Kita lihat janji Allah di dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

“Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu.” (Al-Insaan:24)

Ini adalah antara ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menekankan tentang erti sabar di dalam kehidupan seharian. Maka dapat disimpulkan, ujian memang tidak akan pernah lari daripada kehidupan kita semua. Semua orang tidak terkecuali. Rasulullah kekasih Allah itu sendiri ditimpa ujian yang amat dahsyat. Inikan pula kita yang siapa darjatnya untuk tidak mahukan ujian. Maka bersabarlah. Kerana kelak di suatu masa, kalian akan bersyukur kerana pernah ditimpa ujian yang dirasa amat menyeksakan suatu ketika dulu. 

Percayalah.

Tuesday, April 26, 2011

Siapa Jodoh Kita?

Remaja yang berada dalam lingkungan 19 hingga awal 20an selalunya sering memikirkan tentang jodoh. Jodoh merupakan antara perkara yang sering bermain di dalam fikiran selain daripada pelajaran, keluarga, amal ibadat serta minat peribadi masing-masing. Sebab itu, tak mustahil untuk kita melihat ramai di antara kita yang sudah kecundang dalam percintaan. Kecewa bagai dunia ingin kiamat. Segala-galanya dirasakan tidak kena. Dialah yang paling malang di dalam dunia ini pada anggapannya. Dia akan merasa sudah tidak bermakna lagi hidup di dunia. Bekas kekasih pula dilihat begitu bahagia dengan hidup baru. Akhirnya yang ditinggalkan kecewa dan sedih bagai nak rak.

Itu salah satu contoh yang menujukkan betapa remaja begitu obses dengan cinta sesama manusia. Teringat satu ungkapan.

**********************************************************************************

"Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta"

Yang selalu berlaku di kalangan kita adalah kita boleh menjadi begitu obses untuk mencintai manusia. Tetapi jarang sekali malah sentiasa terleka daripada meletakkan cinta dan rindu kita yang paling agung kepada Yang Maha Esa. Ramai yang bercinta, tetapi solat lintang pukang. Ramai yang bercinta, tetapi aurat tidak dijaga. Ramai yang bercinta tetapi ikhtilat entah ke mana. Ini membuktikan betapa kita lebih mencintai manusia daripada mencinta Yang Mencipta manusia tersebut.

Situasi lain, kadangkala pula kita sering terfikir yang si A mungkin sesuai untuk kita. Esoknya pula, si B pula yang mungkin sesuai untuk kita. Keesokan hari, si C pula. Terus berlanjutan hingga berapa ramai, tak tahulah. Ini juga masalah. Sampai boleh jadi pening kalau tidak mampu dikawal.

Dalam hal ini, apa yang kita perlu faham dan sedar adalah jodoh dan rezeki setiap daripada kita sudah ditetapkan Allah sejak di Lauh Mahfuz lagi. Bercintalah bagai nak rak, kalau Allah katakan tidak akan bersatu, akan kecundang juga percintaan yang pernah menjadi begitu romantis. Dalam hal ini, kita semua perlulah percaya pada kuasa Allah. Di sinilah, iman dan Islam kita diiuji. Sama ada kita percaya pada janji Allah ataupun tidak.

Selagi belum ada dalam pemikiran untuk berumahtangga, jauhilah cinta sebelum nikah. Jika diri sudah bersedia, lain ceritanya. Lebih banyak perjuangan yang mesti dilakukan remaja-remaja kita selain daripada memikirkan soal cinta. Islam dan dakwah perlu diperkasakan. Kebudayaan kemanusian kita wajib dipulihkan. Ummah kita perlu diislahkan. Bumi Palestin perlu dibebaskan. Hudud perlu ditegakkan. 

Banyak lagi perjuangan kita wahai sahabat. Utamakanlah yang mana lebih penting. Pasti, Allah akan membalasnya dengan seorang bidadari ataupun sorang putera yang setimpal untuk kita.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)."

(An-Nur:26)

Sunday, April 24, 2011

Insaf Yang Tidak Berkekalan

Rasulullah SAW: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita sering mendengar tentang hadis ini. Rasullullah telah berpesan perkara ini kepada kita ratusan tahun yang lampau. Ini kerana Baginda sedar dan tahu umatnya tidak akan pernah lari daripada melakukan  kesilapan.

Selalunya manusia akan berasa sangat insaf apabila sesuatu perkara yang mereka lakukan mengkhianati mereka. Mereka akan berasa sangat bersalah dan berdosa. Taubat juga ingin dibuat.

Tapi, selalunya amalan dan kesedaran ini tidak lama dan tidak berkekalan. Apabila, masa sudah melampaui tempoh kesedihan dan kekecewaan, kesilapan yang sama akan dilakukan semula.

Kenapa perkara ini berlaku?

Kerana iblis dan nafsu tidak akan henti menggoda kita semua, orang Islam. Lagi satu, kita mudah lupa! Mudah lupa!

Maka, marilah kita sama-sama menyesali kesilapan yang telah kita lakukan dan berdoa agar kekal istiqomah untuk tidak jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. InsyaAllah.

Monday, April 18, 2011

Islam Jawapannya

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

1. Sudah menjadi satu fenomena pasca Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, apabila pengundi Cina mula hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah, Barisan Nasional.

2. Pengundi Cina mula beralih arah untuk menykong parti DAP. Fenomena ini tidak berlaku sebelum ini.

3. Pada Pilihan Raya Umum 1999, pengundi Cina lah yang membantu menyokong Barisan Nasional.

4. Artikel kali ini bukanlah untuk menyokong Barisan Nasional. Tetapi adalah untuk melihat ke mana arah tuju perpaduan undi orang Islam di Malaysia.

5. Jelas orang Cina mula mencari titik kesatuan dengan mengudi DAP. Perkara ini dibuktikan sekali lagi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru saja diadakan baru-baru ini.

6. Maka apa yang perlu difikirkan pada hari ini adalah bagaimana pula umat Islam di Malaysia dapat bersatu dalam memangkah undi. Jelas masalah yang berlaku di kalangan orang Islam di negara kita pada hari ini ialah pecahan undi disebabkan tiada kesepakatan dalam perpaduan.

7. Bagaimana untuk bersatu?

8. Islam jawapannya! Bukan sekadar menjadikan Islam sebagai alat untuk bernikah, berpuasa, Aidilfitri dan pergi haji sahaja.

9. Islam itu lebih daripada itu. Perkara ini yang masih belum difahami dengan baik oleh majoriti orang Islam di dunia ini.

Friday, April 15, 2011

Nikmat Tamat Peperiksaan

Selalunya mana-mana student akan merasa perasaan yang paling bahagia apabila tamatnya musim peperiksaan di universiti mahupun di sekolah. Perasaan bahagia akan bertambah lagi jika kertas peperiksaan yang diambil itu boleh dijawab. Perasaan nikmat apabila tamat peperiksaan sukar untuk dilafaz dengan perkataan. Puas. Lega. Bahagia. Dan lain-lain lagi kata yang boleh menggambarkan perasaan itu.

Apabila tamat exam, segala jenis perkara ingin dibuat. Facebook, movie, drama dan pelbagai perkara lain yang dah lama hendak dikhatamkan akan cuba dilaksanakan. Seronok kan?

Sama juga dengan amal hidup kita. Perasaan seronok yang lebih-lebih lagi dapat dirasa apabila kita dapat menuju ke dalam syurga. Satu perasaan yang lebih bahagia lagi daripada tamat exam!

Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran.

Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amal(nya) dengan baik. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan surga 'Adn, sungai-sungai mengalir di bawahnya, dalam surga itu mereka diberi perhiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan tebal dan mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah, itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirahat yang indah. (al-Kahfi : 30-31)

Ada lagi.

Ini adalah kehormatan (bagi mereka) dan sesungguhnya bagi orang-orang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik (yaitu) surga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Di dalamnya mereka bertelekan (di atas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan meminum di dalamnya. Dan pada sisi mereka (ada bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya. Ini lah apa-apa yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab. Sesungguhnya ini adalah benar-benar rezeki dari Kami yang tiada habis-habisnya. (Shad : 49-54)

Janji Allah lagi.

Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada pada tempat yang aman (yaitu) dalam taman-taman dan mata air. Mereka memakai sutera yang dan tebal, (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran), mereka tidak akan pernah merasakan mati didalamnya, kecuali mati di dunia, dan Allah memelihara mereka dari siksa neraka sebagai karunia dari Tuhanmu, yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar. (ad-Dukhan : 51-57)

Lagi bahagia bukan? Nikmat hidup di dunia ini tak pernah mampu untuk menyaingi nikmat Allah di Syurga nanti. Duit yang banyak akan habis juga. Wajah yang cantik akan berkedut juga apabila meningkat usia. Maka bersederhanalah kita dalam merasa apa-apa perkara sekalipun. Takut nanti tiada sebarang faedah pun dapat kita sumbangkan kepada agama Allah ini. Akhir kalam, selamat bercuti kepada semua!

Monday, April 4, 2011

Politik dan Remaja

Bismillahirmaniraheem. Salam sejahtera.

Acapkali mendengar betapa golongan muda negara kita tidak cakna terhadap dunia siasah(politik). Benarkah begitu? Perkara ini memang bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan sebagai perkara remeh-temeh. Tahap kesedaran golongan muda negara kita terhadap politik memang rendah. Tetapi tak dinafikan, ada golongan yang sedar tentang kepentingan elemen siasah ini, cuma bilangannya boleh dibilang dengan jari berbanding yang tidak ambil tahu ini.

Bukanlah tujuan artikel ini untuk menjadi pancing politik mana-mana parti, tetapi menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) terhadap pendaftaran pengundi-pengundi baru, memang jelas golongan muda Muslim kita sangat rendah berbanding golongan muda Cina terutamananya.

Hal ini bukan perkara yang boleh diambil main-main. Adakah golongan muda kita lebih terleka dengan keseronakan hidup? Ataupun hanya tekun menelaah pelajaran sahaja? Ataupun hanya fokus mencari tarbiyah sahaja sehingga terlupa kepentingan siasah ini?

Satu hakikat yang perlu diterima adalah, siasah ataupun politik ini juga adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Islam itu tidak akan lengkap tanpa kuasa politik. Disebabkan itu Nabi Muhammad juga menubuhkan sebuah negara Islam yang berdaulat iaitu Madinah, diikuti dengan perlembagaan Sahifah Madinah yang menjadi tunjang perundangan negara Madinah ketika itu.

Dengan adanya sistem politik yang berkesan juga kebajikan dan keperluan asas rakyat dapat dijaga. Dengan politik yang sistematik juga, Islam boleh disebarkan dengan lebih tersusun dan formal. Dengan pengaruh politik yang berfikrah juga, ilmu boleh diinstusikan menjadi pusat-pusat pengajian akademik. Dengan kuasa politik yang kukuh juga, sesebuah kerajaan Islam itu boleh membantu sahabat-sahabat Muslim yang lain walau dipisah benua yang berbeza yang kesan akhirnya akan membentuk sebuah empayar islam yang gemilang dan terbilang.

Ini antara kepentingan dan signifikan daripada keperluan sebuah kuasa politik. Golongan muda tidak boleh terleka lagi sehingga melupakan perkara ini kerana politik juga adalah sebahagian perkara penting yang termaktub di dalam Islam. Tetapi satu perkara yang mesti diingat semua, jangan terlalu taksub parti sehingga tidak mahu menerima pandangan orang lain.

Pages