Wednesday, December 22, 2010

Jangan Taksub Parti!

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

1. Dalam misi untuk menegakkan kembali ketamadunan Islam, generasi muda masa kini wajib untuk berubah dalam membawa haluan politik. Politik pastinya adalah elemen yang penting dalam menyusur perjuangan sesebuah bangsa dan tamadun.

2. Untuk konteks di Malaysia, generasi muda wajib mengubah persepsi politik yang taksub pada sekkian-sekian parti. Ini adalah kerana perkara sebegini adalah tidak baik untuk kemaslahatan ummah.

3. Agak memalukan dan sudah pastinya diketawakan oleh yang bukan Islam apabila melihat sesama Muslim bertengkar sesama sendiri. Sangat memalukan apabila melihat yang Muslim daripada UMNO, PAS dan PKR bertengkar sesama sendiri sedangkan semuanya menyembah Tuhan yang sama. Berkiblatkan Makkah yang sama. Bernabikan Muhammad yang sama. Yang kononnya alim patut berhikmah dalah berdakwah. Itu tujuan utama hidup. Bukan menggila menagih kuasa sehingga menggadai maruah agama dan nilai bangsa!

4. Generasi muda wajib bangkit untuk menjadi lebih bersederhana(tawazzun). Kini saya memahami mengapa Islam menggariskan kepentingan untuk bersederhana di dalam kehidupan.

5. Generasi muda mesti berlumba untuk mengisi tarbiyah di dalam diri. Ini kerana hanya Islam yang mampu menyelamatkan jiwa dan raga daripada terjerumus ke lembah hina.

6. Satu sejarah yang tak boleh diubah adalah hanya Islam itu saja yang pernah menggemilangkan Tamadun Melayu. Maka kita wajib untuk belajar daripada sejarah.

7. Sayang parti tak boleh melebihi sayang agama.

8. Tulisan ini adalah untuk semua yang sudah mendaftar dengan mana-mana gerakan politik. Usah terus digelakkan bangsa lain. Malu.

Saturday, December 18, 2010

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini...

Saturday, December 11, 2010

Untuk Yang Teristimewa

Untuk bakal isteriku yang hanya Allah ketahui siapa,

Assalamualaikum wbt wahai yang teristimewa.

Dalam warkahku ini, aku ingin memohon ribuan kemaafan daripada dirimu. Maafkan aku jika sebelum ini aku pernah mencintai wanita lain. Maafkan aku jika sebelum ini dasar hatiku pernah dimiliki wanita selain daripada dirimu. Maafkan aku jika sebelum ini cintaku pernah berada dalam jalan yang khilaf. Aku mengakui kesilapan lampau yang pernah ku lakukan.

Aku hanyalah insan yang lemah. Aku bisa gagal. Aku bisa tertewas. Aku bisa tunduk pada godaan nafsu yang tak pernah henti-henti menggoda setiap anak Adam. Aku hanyalah insan biasa. Aku bukanlah seorang hafiz. Aku bukanlah seorang ustaz. Aku bukanlah seorang fakih. Aku hanya insan biasa yang mahu belajar dan terus belajar. 

Wahai bakal isteriku,

Kadangkala bermain di benak fikiran. Aku masih kabur. Dan akan terus kabur. Siapakah yang Allah telah tetapkan untukku? Sungguh Maha Hebat Allah itu. Sudah ditetapkannya pasangan bagi setiap makhluk yang ada di bumi fana ini. Walau siapa pun kau, aku redha.

Cintaku yang tulus sekarang dan selepas ini hanya untukmu. Hanya untukmu kerana Allah swt. Akan ku tunggu hadirmu sebagai penemanku di dunia ini hinggalah ke Taman Jannah kelak. Wanita yang akan menjadi ibu solehah kepada anak-anakku.

Ikhlas dariku.

Wassalam.

Tuesday, December 7, 2010

Shahrukh Khan

Shahrukh Khan.

Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Seorang selebriti yang memiliki jutaan peminat di seluruh dunia. Saya juga salah seorang yang meminati lakonan beliau. Siapa yang tidak mengalirkan air mata melihat lakonannya dalam Kabhi Kushie Kabhie Gham. Siapa yang tidak sayu menonton aksinya dalam Kal Ho Naa Ho. Begitu juga dalam Veer-Zaara dan di dalam layar Om Shanti Om. Siapa yang tidak kering gusi ketawa melihat jenakanya dalam Baadshah. Puluhan filemnya membesar bersama kita.

Shahrukh Khan sangat istimewa berbanding aktor-aktor Bollywood yang lain. Beliau memiliki pesona dalam auranya.

Beliau seorang Muslim. Cuma yang agak sedih adalah apabila beliau berkahwin dengan seorang wanita Hindu, Gauri Khan. Dan isterinya masih kekal beragama Hindu. SRK pernah membuat kenyataan bahawa beliau amat taat kepada Allah. Tetapi pada masa yang sama, beliau menghormati agama isterinya.

Kedua-dua orang anaknya Aryan dan Suhana, menurut SRK menganut kedua-dua agama Islam dan Hindu. Di dalam rumahnya, kitab Al-Quran diletakkan sebaris dengan berhala Hindu yang mana SRK berkata ia adalah sebagai simbol keadilan terhadap kedua-dua agama ini di dalam rumahnya.

Saya musykil apa peranan ulama-ulama di India terhadap perkara ini? Adakah OIC masih tidak nampak masalah ini yang semakin berleluasa? Hindu bukanlah agama Samawi untuk disamakan sebagai ahlul kitab.
 
SRK mungkin tidak tahu beliau tersilap.

Ini bukan perkara main-main. Ini perkara besar yang perlu diberikan perhatian. Wahai pemimpin-pemimpin Muslim di seantero dunia, masih banyak kerja anda sekalian!
 
source: The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan DVD 

Monday, December 6, 2010

Definisi Ketuanan Melayu

Bismillahirramiraheem. Assalamualaikum wbt.

1. Saya tidak mahu menulis panjang. Hanya sekadar ingin memberikan sedikit penjelasan yang tidak seberapa dalam isu "Ketuanan Melayu" yang sememangnya hangat sekarang.

2. Bagi saya, Ketuanan Melayu ini telah pun gagal didefinisikan dengan kemas dan baik oleh pihak yang berwajib. Dan disebabkan itu, pelbagai perspektif terhadap terma ini dapat diandaikan.

3. Sebagai contoh, PKR mendefinisikan Ketuanan Melayu itu sebagai orang Melayu yang menjadi tuan. Dan kaum lain mempunyai taraf yang lebih bawah. Agak musykil juga kerana orang yang berkata sedemikian adalah orang yang benar-benar kuat mempertahankan Ketuanan Melayu satu dekad yang lalu.

4. Baik, itu dari sudut yang pertama. Daripada satu sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu ini adalah satu konsep di mana seluruh rakyat jelata bertuankan Kesultanan Melayu. Maksudnya rakyat negara ini tanpa mengenal kaum wajib untuk bertuankan Raja-Raja Melayu. Dan ini yang dipanggil sebagai Ketuanan Melayu.

5. Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya hanyalah seorang rakyat Malaysia yang berada di dalam sebuah gerakan NGO yang mahu untuk mengislahkan budaya masyarakat negara ini. Apa yang dapat saya cadangkan adalah pihak berwajib perlu untuk mendefinisikan terma dan konsep Ketuanan Melayu itu supaya tidak timbul lagi perkara-perkara yang hanya membuang masa.

6. Hal ini kerana rakyat yang berada di atas pagar sudah bosan dan lali dengan pertelingkahan ahli-ahli politik yang semakin membosankan.

7. Jangan sehingga ahli-ahli politik kami gelarkan sebagai badut-badut sarkas!

8. Salam Maal Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.

Waassalam.

Thursday, December 2, 2010

Utopia

Assalamualaikum wbt. Good evening.

1. Actually nowadays politics had cause me headache. I know it's not only me. But most of us feel the same thing. Sometimes I keep thinking why all these so called politicians did not have any effort to be united.

2. As a Muslim youth, with all the unstoppable quarrels by our politicians, sometimes I feel bored to write about this such topic. Eventhough I know politics is a part of Islam, I feel useless to keep commenting about this matter. But just suddenly I realize that I was wrong. It is true that da'wah needs sacrifice. And we must let the public know about what's the new system of politics that we should have.

3. For me the easiest way is just by being moderate(tawaazun) and providing tarbiyyah. The problem is just that PAS keep claiming that UMNO is not Islamic. And on the other hand, UMNO  keep blaming that PAS did not do the da'wah in a proper way.

4. Sometimes, I do agree with UMNO. The PAS politicians keep yelling and saying something bad towards the UMNO leaders. And of course, this is not good for our da'wah. UMNO also have their own problem since Islam had not been presented in a proper holistically way.

5. I always hope that one day UMNO and PAS could unite themselves. Lets pray that Datuk Seri Najib and Datuk Seri Nik Aziz can do this. If it's still not happen, it's our job as the new generation to reform back our Muslim civilization. Being united. It's the key for the glory of the Muslims.

6. But sorry, I do not see any benefit for Islam in the objectives of PKR and DAP.

Wassalam. May Allah bless all of us.

Muhd. Danial Izzat b. Zulbahari,

Kuala Lumpur, Malaysia (12.34am)

Tuesday, November 30, 2010

Tadabbur Alam di Mabul-Sipadan

Bismillahirrahmanirraheem...

Taddabbur alam boleh menjadi sesuatu yang sangat membantu dalam meningkatkan iman dan memuji keagungan Allah SWT.

Saya sempat bercuti di Pulau Mabul-Sipadan beberapa hari yang lepas. Sekadar ingin berkongsi anugerah Allah ini bersama sahabat-sahabat sekalian. Moga mendapat redha Allah.

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir!" (As-Sad:27)

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia." (Al-Baqarah:117)

"Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui." (Al-Gafir:57)

MasyaAllah. Begitu kerdil diri ini. Begitu hebat kuasa Allah!

Pesisir pantai yang begitu jernih!

Berenang di tengah lautan amat berbeda perasaannya.

Sambil tadabbur alam secara bersendirian.

~Cabang Keinsafan~

Budaya barat yang meresap ke Pulau ini.

Kemiskinan : Kanak-kanak ini tiada malu lagi untuk meminta wang! Kita yang serba elok ini pernah bersyukur ataupun tidak? Sendiri renungkan.

Sahabat yang akan sentiasa dikenang, Mr. and Mrs. Luis dari Sepanyol. 

Selamat tinggal Mabul-Sipadan. Begitu hebat ibrah yang boleh diambil.
Thank you Allah. Thank you Allah.

"Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji." (Al-Luqman:26)

Sunday, November 28, 2010

Seuntai Kata Untuk Dirasa

Usiamu bakal meningkat lagi tahun hadapan. Apa yang sudah kau sumbangkan wahai manusia? Apakah kau sudah puas dengan amal ibadatmu? Apa yang telah kau lakukan selama kau masih bernafas ini? Daripada saat kau dilahirkan hinggalah ke saat kau membaca tulisan ini. 

Adakah kau telah banyak berubah berbanding dahulu? Ataupun kau semakin hanyut ke belakang? Apakah tarbiyah itu bena-benar konkrit di dalam dirimu? Ataupun kau kecundang juga dengan godaan nafsu dan Iblis? Apa yang kau sudah lalui selama ini, adakah kau yakin bahwa kau benar-benar layak untuk Syurga Allah?

Mampukah kau kenang kembali dosa-dosamu selama ini yang tak terkira? Mampukah kau? Mampukah? Adakah amal perbuatanmu benar-benar mencerminkan cahaya Islam? Adakah Islam itu benar-benar kemas di hatimu? Atau hanya boneka semasa kau mahu sahaja?

Adakah kau benar-benar sudah berjuang untuk agama Allah ini? Ataupun kau hanya menjadi pemerhati kebangkitan Islam sahaja? Adakah kau masih biasa walaupun sudah lama kau ikuti usrah? Hanya dirimu dan hatimu sahaja yang bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dengan tulus.

Orang lain tak akan mampu untuk menjawabnya. Kerna ianya adalah seuntai kata untuk dirasa. Yang bisa dirasa oleh empunya diri sahaja. Hanya kau yang mampu untuk menjawabnya.

Opick-Rapuh

Saturday, November 20, 2010

Adakah Cinta...

1. "Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya."
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3895)

2. " Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akn menjadi orang yang kamu cintai."
(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah)

3. "Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riawayat al-Nasa'i)

4. "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

5. "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
(Riwayat Muslim)

6. Seorang penyair Arab berkata:
"Cinta merupakan anugerah takdir
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang
namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya
tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi."

7. "Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa."
(Riwayat al-Baihaqi)

8. "Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
(Surah al-Nur 24:26)

9. "Saya menikahi wanita maka barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka bukanlah dia daripada golonganku."
(Riwayat al-Bukhari)

10. "Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah."
(Riwayat Suyuti)

11. "Dialah yang menciptakan kamu daripada diriyang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya."
(Surah al-A'raf)

12. "Dan diantara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara mu rasa kaish dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berifkir."
( Surah al-Rum 30:21)

13. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa."           (Surah al-Furqan 25:74)

Jawapan Rindu-Hafiz Hamidun

Saturday, November 13, 2010

Nilai Sebuah Ukhuwah

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Al-Hujurat:13

Hey friend, Yusuf. This post is specially dedicated to you.
It had been a great moment huh.
I do hope that you will be success in your life.
Strive your best in Kuantan.

Syukran for teaching me Arabic all this while (not so many actually.haha)
InsyaAllah, we'll meet again sometime.

Ukhuwah is priceless. Appreciate it.

(^_^)

Sunday, November 7, 2010

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Mengalir air mata dengar lagu ni. Keampunan dipohon Ya Allah. Ampunkan aku.

Monday, November 1, 2010

Umat Islam (Artikel Ulangan 24 Januari 2009)

1. Serangan rejim Israel ke atas bumi dan penduduk Gaza sepatutnya menyebabkan seluruh umat Islam di dunia ini berasa insaf di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

2. Pada hemat saya, memboikot produk Amerika Syarikat dan Israel bukanlah jalan penyelesaian yang paling efektif.

3. Saya menasihatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian bahawa kita wajib untuk lebih taat kepada perintah Allah swt. Gejala-gejala negatif seperti seks bebas, menonton bahan-bahan lucah dan sebagainya harus kita tinggalkan.

4. Generasi anak muda kita pada masa kini sememeangya bersemangat menjerit “Bangsat Yahudi!” tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah swt. Perkara ini yang harus kita ubah.

5. Akidah anak muda wajib untuk dipelihara. Aspek pendidikan harus dititikberatkan oleh masyarakat kerana hanya dengan ilmu sahaja pemimpin yang hebat dapat dilahirkan. Dan dengan adanya pemimpin yang hebat akan lahir pula sebuah kerajaan dan masyarakat yang berjaya di dalam aspek dunia dan akhirat. Pada masa itu juga pasukan ketenteraan yang gagah juga dapat dihasilkan. Semuanya dengan kemajuan dalam mengejar ilmu pendidikan.

6. Pastinya Allah swt telah menakdirkan hikmah di sebalik kejadian serangan di bumi Gaza. Salah satunya, umat Islam wajib untuk lebih bertawaduk dalam beramal di muka bumi ini dan bukan hanya sekadar menjerit “Sial Yahudi” tetapi minda umat Islam sendiri dijajah oleh elemen-elemen Yahudi.

Saturday, October 23, 2010

Kematian: Ibrah Paling Berkesan

Aku penuh debar dan sungguh cemas
Menunggu hari kematian
Kerna dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taatnya
Atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingatiNya atau di dalam kelalaian

Di waktu taat, husnul khatimah
Jika di waktu durhaka, suul khatimah

Aduh..cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerna aku tidak tahu
Nasibku husnul khatimah atau suul khatimah

Hatiku resah selalu. jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dilakukan dan apa yang dirasakan oleh hati,
Itulah yang dibawa ke akhirat

Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Allah!
Allah!
Allah!

Hatiku sungguh cemas
Aku harap, matikanlah aku
di waktu aku mentaatiMu
atau di waktu mengingatiMu
Kalau berlaku sebaliknya kerana kelemahanku

..kerana aku ini hambaMu
tidak dapat elak dari kelemahan ini…

Dengan RahmatMu Tuhan
Dengan RahmatMu Tuhan

Ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini

Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku sewaktu ke sana

Itulah harapanku padaMu Tuhan
di waktu detik kematianku..

Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkan aku

Wednesday, October 20, 2010

Hentikanlah Gadis Melayu TV9!

Hmmm. Entahlah.
Program macam ni pun ada ek?
Baru tengok iklan dah nak keluar musim ke-4

Saya tak tau lah orang lain, tapi bagi saya program macam ni cuma jual wajah wanita je.
Maybe saya kolot dan orang kampung kot
Tu sebab fikir macam tu

Saya tetap percaya
program ni cuma nak jual wajah wanita je
Tak percaya?
Suruh TV9 buat program "Lelaki Melayu" ke "Nenek Melayu" ke
Nak ke tak nak diorang buat.

Entahlah sedih jugak tengok masyarakat
Sekarang ni, mak bapak siap bagi support masuk program-program macam ni

InsyaAllah, kalau saya la,
Berangan jelah isteri ke anak-anak saya nak masuk program macam ni
Jamu mata lelaki lain free-free kot

Bukankah kecantikan seorang isteri itu hanya untuk suaminya sahaja?
Sebagai lelaki sejati wajar kan kalau kita protes dengan program-program macam ni..

Bukankah Ar-rijal qawwamun 'alan nisa'..
lelaki sepatutnya yang melindungi wanita
bukan lelaki yang merosakkan wanita..

Hmm..

Mohon Allah lindungi kita semua..

Sunday, October 17, 2010

Pentingnya Tarbiyyah

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Segala puji-pujian buat Allah SWT yang tak jemu-jemu menyayangi hamba-hambaNya. Yang sentiasa Maha Penyayang walaupun hamba-hambaNya tak pernah henti melakukan kemungkaran sehingga musnahnya ketamadunan Islam itu sendiri. Yang mana kesan akhirnya, umat Islam kini begitu terhina di kalangan masyarakat dunia. 

Seperti sedia maklum, ketamadunan Islam itu sangat-sangat berbeza dengan konsep ketamadunan yang lain. Tamadun Islam itu menekankan kejayaan yang bersifat holistik. Yang mana Tamadun Islam itu mengejar kejayaan bukan saja di dunia fana ini, tetapi skopnya juga merangkumi kejayaan di akhirat. 

Ketamadunan Islam itu terbentuk apabila masyarakatnya mengamalkan Islam sebagai teras kehidupan. Islam menyeru umatnya untuk menjadi umat yang berjaya di muka bumi ini. Yang mampu memimpin kelangsungan survival manusia dan alam semesta mengikut perintah Allah swt yang bukan sahaja melindungi kehidupan Muslim, tetapi juga bukan Muslim kerana Islam itu sentiasa adil hingga ke hari kiamat.

Tamadun Islam itu sangat unik. Bila mana tamadun barat yang hanya mengejar elemen materialisme, ketamadunan Islam itu menyentuh kecemerlangan rohani yang mengangkat harga diri manusia itu sendiri. Sudah fitrah, bukan semua orang mampu untuk menghafaz Al-Quran. Dan hanya menghafaz Al-Quran bukanlah paras perbandingan di antara Muslim. Islam itu tertegak apabila setiap Muslim yang fokus dalam bidang masing-masing memiliki fikrah dalam diri.

Panglima Khalid al Walid yang dijanjikan Jannah itu juga hanya menghafaz surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Tapi, ini bukanlah alasan untuk kita menjauhkan diri daripada kalam Allah ini. Sebaliknya ini hanyalah kiasan yang menunjukkan Islam itu tidak tertegak hanya dengan meletakkan kejayaan akhirat semata-mata. 

Perkara wajib yang perlu diketahui oleh semua umat Islam adalah, peri pentingnya memiliki fikrah. Tau halal haram. Tau apa suruhan larangan. Tau perkara-perkara asas.

Sesungguhnya umat Islam perlu berbangga dengan sejarah ketamadunan  Islam itu sendiri. Maka, sama-samalah kita kejarkan kejayaan itu. Tiada mekanisme lain lagi selain tarbiyyah di dalam diri. Tingkatkan tenaga dakwah. Tingkatkan kecemerlangan akidah. Tingkatkan kasih sayang sesama Muslim.Itulah perjuangan kita semua. Kerana memang tidak dapat disangkal, selagi kita di takuk ini, umat Islam akan terus merempat dalam keadaan fakir di seluruh pelosok bumi!

Selagi kita di takuk ini, Palestin akan terus berlimpah darah!

Bantulah kami Ya Allah...

Saturday, October 16, 2010

........

Adakala hati rasa lemah

Adakala hati rasa resah

Adakala hati rasa gelisah

Kenapa jadi begini

Sungguh benar manusia itu lemah

Sangat lemah

Hati rasa tak senang

Hati rasa tak tenang

Sungguh benar

Hanya Allah yang Maha Memahami

Hanya Allah yang Maha Merindui

Hanya Allah yang Maha Mencintai

Hanya Allah yang Maha Menyayangi

Hanya Allah yang Maha Mengasihi

Hanya Allah yang Maha Segala-Galanya

Benar

Manusia selalu lupa Allah

Manusia selalu tinggalkan Allah

Manusia mudah suka manusia

Tapi manusia mudah lupa pada Pencipta

Kuatkan hati ini Ya Rabbi

Kuatkan ia

Buat masa ini

Tetapkan cintaku hanya untukMu

Agar hambaMu ini dapat tenang dan thabat

Aku yakin Kau telah tetapkan yang terbaik untuk diriku

Thursday, October 14, 2010

Lelaki Dakwah

Asalamualaikum wbt. Dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT Yang Maha Adil Maha Perkasa. Sekalung selawat kepada junjungan besar Rasulullah. Tak mahu menulis panjang. Hanya mahu berkongsi sedikit perkongsian yang baru diberikan oleh naqib saya semasa di Kelab Remaja JIM Serdang dulu, Akh Nash yang juga merupakan AJK Jawatankuasa Dakwah JIM Nasional berkenaan Lelaki Dakwah.

Definisi: ‘Rijalud Dakwah’ atau Lelaki Dakwah adalah orang-orang yang sentiasa siap sedia untuk berjuang dan berkorban di jalan Allah dan menjadi anasir perubahan dalam masyarakat.

Ciri-Ciri Lelaki Dakwah:
  1. Memiliki kefahaman Islam yang benar dan lurus.
  2. Jiwa dan fikirannya cerdas dan bersih serta dibentuk oleh perkara besar.
  3. Keikhlasan yang tinggi untuk membela fikrah, bukan membela kepentingan peribadi.
  4. Terbina dalam amal ibadah dan akhlak mulia.
  5. Lebih banyak bekerja daripada berbicara.
  6. Memiliki sikap optimis.
  7. Sabar menghadapi kesulitan.
  8. Menunjukkan kesempurnaan dalam dakwah.
  9. Bergetar hatinya apabila disebut nama Allah.
  10. Bertambah imannya apabila dibacakan ayat-ayat Allah.
  11. Mudah menangis mengingati akhirat.
  12. Tidak mudah bersedih kerana urusan dunia.

Adapun marhalah dalam bentuknya yang sempurna adalah :

1. Di saat mendengar perintah, ia taat walau dalam keadaan senang atau susah.

2. Tidak mementingkan hal peribadi dan keluarga, hidupnya adalah sepenuhnya untuk dakwah.

3. Sentiasa siap sedia dalam jihad untuk menegakkan syariah.

4. Siap sedia untuk berkorban dengan segala potensi yang dimiliki.

5. Memiliki keteguhan untuk mencapai cita-cita dakwah, sekalipun mesti ditempuh dengan perjalanan yang sangat panjang.

6. Taat pada qiyadah dan jamaah.

7. Tsiqah pada qiyadah dan jamaah.

8. Sentiasa memelihara rasa ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang dan saling mencintai.

Perjuangan Berhikmah:

  1. Menyeru kepada Islam.
  2. Menyeru untuk membangun kehidupan di atas landasan Islam.
  3. Membentuk masyarakat yang beriman kepada Islam.
  4. Mendirikan negara yang berhukum dengan syariat Islam.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At-Taubah : 111)

Moga bermanfaat!

Sunday, October 10, 2010

Cinta. Zina. Bala

Wahai anak muda bangsaku

Sedarah sedaging seagama

Yang dicipta oleh Allah Yang Maha Esa

Tamadun ini makin hancur

Tamadun ini makin mundur

Tamadun ini makin mati subur

Kerana cinta yang salah

Teruna dan Dara terkorban

Kerana cinta yang khilaf

Anak luar nikah dilahirkan

Usah begitu anak bangsaku

Allah Maha Adil

Belum lagi tiba di Neraka

Sudah dibalasNya dengan bala

Kalian masih tidak percaya

Tsunami, Taufan, Kemarau adalah buktinya

Tak cukup dengan itu

Dibalasnya dengan kerosakan terhadap kemaluanmu

Anak bangsaku

Tidak salah merasa cinta

Aku, kau, dia dan semua yang lain juga merasa 

Cinta sebenarnya membawa kau ke jalan redha

Untuk membina keluarga yang bahagia

Bukan dengan merosakkan tamadun manusia

Sekaligus melanggar perintah agama

Hentikanlah zina

Hentikanlah zina

Hentikanlah zina

Kembalilah kepada fitrah kita

Yang hanya sekadar hamba

Hamba kepada tuhan

Yang Maha Pencipta

                                         Anda Bijak Jauhi Zina

Saturday, October 9, 2010

Peguam

1. Semenjak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, kerjaya seorang peguam terus menjadi cemuhan dan dianggap sebagai kerjaya yang sangat kotor. Ini suatu anggapan yang amat silap.

2. Kesalahan yang dilakukan oleh peguam-peguam yang melakukan jenayah bukanlah kesalahan kerjaya guaman itu sendiri. Boleh dikatakan jenayah-jenayah tersebut adalah kesalahan individu dan tidak pernah merangkumi kerjaya seorang peguam secara keseluruhannya.

3. Jika mahu terus diukur dengan prinsip yang serupa, hampir semua kerjaya boleh cenderung untuk melakukan kesalahan dan kesilapan. Contohnya, seorang doktor yang yang melakukan Euthanasia. Ada pula doktor yang boleh dibeli untuk menghalalkan sehelai MC. Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak mengajar di dalam kelas? Bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang menggunakan masa bekerja untuk melakukan kerja-kerja lain seperti memandu teksi dan sebagainya?

4. Profesion lain  tidak pernah dicemuh. Hanya peguam yang menjadi cemuhan. Pelik bukan? Ada juga pihak yang berkata bahawa kerjaya seorang peguam ini haram kerana membela orang yang salah.

5. Untuk memberi respon kepada persoalan ini, suka untuk saya memberitahu bahawa di dalam mahkamah, hanya fakta dan bukti menjadi ukuran. Di dalah Islam, setiap manusia berhak untuk dibela. Biarpun jika benar sekalipun si tertuduh itu benar-benar membunuh, jika pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bukti secara beyond reasonable doubt, peguam bela itu tidak bersalah walaupun ia seolah-olah menyelamatkan seorang pembunuh.

6. Hal ini dapat dibuktikan dengan mengambil prinsip daripada kisah Khalifah Ali bin Abi Talib yang mendakwa seorang pemuda Yahudi telah mencuri jubahnya. Perkara itu dibawa ke mahkamah dan Khalifah Ali gagal membuktikan pendakwaan tersebut dan khadi kes telah melepaskan pemuda Yahudi tersebut kerana ketiadaan bukti yang kukuh.

7. Akhirnya, pemuda Yahudi itu yang sememangnya benar-benar mencuri jubah tersebut berjumpa dengan Khalifah Ali dan mahu memulangkan semula jubah itu tetapi Khalifah Ali menolak untuk menerimanya malah menghadiahkan jubah tersebut kepada pemuda Yahudi itu.

8. Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa tugas seorang peguam adalah hanya membantu prosiding mahkamah dengan hujahan fakta dan bukti berserta dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Jika benar sekalipun si tertuduh itu terlepas daripada hukuman biarpun benar-benar melakukan kesalahan, sudah pasti dia tidak akan terlepas daripada hukuman Hakim Yang Maha Tahu, Allah SWT di akhirat kelak.

9. Prinsip yang sama juga untuk seorang doktor yang menyelamatkan seorang perogol atau pembunuh yang berjaya ditembak polis ketika tangkapan. Tugasnya bukan untuk menyelamat dan membebaskan penjenayah-penjenayah tersebut tetapi adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka lantas boleh diadili di mahkamah dunia dengan adil.

10. Apa yang kita perlu lahirkan adalah peguam-peguam yang berfikrah. Bukan dengan terus menganggap kerjaya seorang peguam adalah kerjaya yang bergelumang dengan penglibatan dalam jenayah.

11. Tidak dinafikan memang ada peguam yang sedemikian tetapi sekali diingatkan ia adalah kesalahan individu seseorang peguam tersebut sama seperti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh segelintir doktor, guru, jurutera, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya yang tamak dalam mengejar keuntungan sendiri. 

12.Bukan kesalahan kerjaya yang bergelar peguam.

Tuesday, October 5, 2010

Beri nombor handphone kepada stranger di facebook: Budaya baru di Malaysia

Salam wbt.

Dah jadi budaya eh remaja Muslim di Malaysia ni beri nombor telefon kepada stranger di facebook? Dan kenal-kenalkan diri, msessage-message, callling-calling, lepas tu jatuh cinta la kononnya?

Ke saya seorang yang baru tau?

Kan kita semua dah tahu, ikhtilat tu bukan sekadar di alam realiti saja. Ia juga merangkumi hubungan di alam maya. Kalau dah tau, kenapa buat-buat tak tahu?

Di alam realiti boleh nampak soleh, boleh nampak solehah. Dalam alam satu lagi, Ya Rabbi!

Berdepan dunia, sungguh hebat menunduk muka. Di alam siber, entah ke mana hilang semua..

Entahlah dunia sekarang...

Friday, October 1, 2010

The Civilization of Muslim: When We Will Rise Up Back?

Thousands Years Ago. The Great Muslim Civilization.

Todays' Muslim...

I've got no feeling to write about all these bad things happened. All of us already knew. It's really a sad sad story. The Islah process must be going on within Muslims. Just compare where are we right now in the eyes of Allah? In the eyes of knowledge? In the eyes of humanity? Think about it together my brothers and sisters..

Sami Yusuf-My Ummah

Saturday, September 25, 2010

Hentakan Jiwa!

*produk di bawah ini mungkin boleh menjadi peringatan untuk diri sendiri*

"Apa guna kau ke usrah kalau kau masih sibuk dalam bercinta

Apa guna kau ke usrah kalau sibuk melayan "ayat" si jejaka atau dara

Apa guna kau ke usrah kalau kau suka menayangkan muka

Apa guna kau ke usrah kalau ikhtilat alam maya pun tak dapat dijaga

Apa guna kau ke usrah kalau antara kau dan orang lain tiada bezanya

Apa guna kau ke usrah kalau tidak menjadi murabbi kepada masyarakat dunia

Apa guna?

Apa gunanya???"

"moga ada manfaat untuk semua"

Monday, September 13, 2010

Pengislahan Politik Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Saya berasa sangat terpanggil untuk meberikan sedikit buah fikiran kepada para pembaca. Secara jujurnya, saya sangat risau dengan perkembangan politik orang Islam di bumi Malaysia ini. Menurut Artikel 160 di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu adalah Islam. Maka saya tidak mahu berbicara secara teori tentang politik Islam. Sebaliknya saya lebih mahu mengupas tentang hakikat realiti politik orang Islam di bumi bertuah ini.

2. Saya sempat menonton kembali video debat "Wacana Transformasi Politik yang diadakan di Kelantan 2 tahun yang lepas. Debat yang menemukan di antara Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.

3. Debat yang pada mulanya diadakan untuk membincangkan tentang evolusi transformasi politik negara saya kira telah gagal sama sekali. Bagi saya, penganjuran wacana ini adalah satu tindakan kurang bijak yang makin menunjukkan betapa umat Islam itu tidak ada penyatuan hati. Tidak ada jati diri untuk berjuang secara berjemaah.

4. Saya berasa sangat kecewa dengan metode perjuangan parti-parti politik di negara kita. Dan pada posting kali ini, saya tidak akan teragak-agak untuk bersuara menyentuh apa kekurangan yang perlu diubah dan yang perlu diislahkan(diperbaharui).

Wajib ubah:

a) UMNO mesti perjuangkan syariah. UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik umat Islam terbesar di Malaysia yang mempunyai pegangan kewangan dan profesional wajib mengislahkan penjenamaan perjuangan untuk meletakkan Islam di landasan tertinggi bumi ini. Tidak cukup untuk UMNO mengatakan mereka memperjuangkan Islam dengan hanya membina masjid-masjid. Tidak cukup dengan bersuara di peringkat antarabangsa tentang penghinaan terhadap rejim Zionis Yahudi. Tidak cukup dengan itu. UMNO perlu tampil dengan kehadiran pelapis-pelapis muda yang berfikrah Islamiyyah. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam seperti ahli wanita bertudung dan sebagainya. UMNO mesti tampil dengan kepimpinan yang berfikrah. UMNO mesti mempunyai pemimpin yang boleh menjadi Imam ketika solat. UMNO mesti mengawal media mengikut teras-teras Islam. Seperti penguatkuasaan hijab, ikhtilat dan lain-lain elemen asas kehidupan. UMNO perlu mengawal industi hiburan negara yang semakin melampau. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam! Perjuanagn menegakkan syariah bukan untuk PAS sahaja! Dengan ini, UMNO mampu untuk memperjuangkan Islam dan juga yang pasti kebajikan rakyat jelata.

b) PAS mesti menggunakan pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. Bukan dengan menuduh orang UMNO kafir dan sebagainya. Apa yang kita akan dapat dengan mengkafirkan sesama Muslim? Saya tidak nampak manfaatnya. Hanya akan menjauhkan UMNO daripada Islam. Saya tidak nampak cara PAS mendedahkan aib pemimpin UMNO sebagai mekanisme terbaik untuk berdakwah. Apa tidaknya. Apabila berceramah, pemimpin PAS akan bercerita mengenai keburukan para pemimpin UMNO dan disambut dengan gelak tawa para penyokong PAS. Adakah ini dakwah? PAS juga mesti lebih berani dan berprinsip untuk bekerjasama dengan UMNO untuk bersatu dalam satu perjuangan menegakkan Islam. Bukan dengan berganding bersama DAP yang terang-terangan berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sama rata. Saya masih tidak faham tentang perkara ini. Jika PAS menghukum UMNO sebagai kafir kerana UMNO tidak memperjuangkan syariah, apa pula hukumnya untuk ahli-ahli PKR dan DAP yang beragama Islam? Ini kerana DAP dan PKR bukan berjuang untuk menegakkan syariah.

c) PKR dan DAP: Saya tidak nampak kedua-dua parti ini mampu untuk menegakkan keluhuran agama Islam yang saya cintai. Hanya liberal semata-mata. Saya lihat pemimpin Islam di dalam PKR juga bersalaman sesama bukan jantina. Mungkin komen yang sama untuk UMNO boleh diberi kepada Muslim di dalam PKR. Kerana tak jauh bezanya.

Saya tahu generasi tua akan membenci artikel saya ini. Tapi saya tidak akan kisah kerana saya lebih berharap kepada generasi muda. Ini kerani generasi muda inilah generasi pelapis kepimpinan masa depan. Sesungguhnya tarbiyah itu bermula sedikit demi sedikit. Dan setiap Muslim berhak mendapatkannya. Tak kiralah yang berkopiah ataupun yang bersongkok! 

Kepada generasi muda, saya menyeru dan menasihatkan diri saya dan kita semua untuk mentarbiyah diri. Kita perlukan didikan agama untuk memastikan kita dapat berjuang untuk Islam.  Tidak kira wadahnya apa. Tetapi kita mempunyai matlamat yang sama. Islam itu memerlukan politik untuk dijelmakan. Tetapi asasnya adalah diri. Jika tarbiyah di dalam jiwa sudah mantap, InsyaAllah metode politik negara akan dipimpin oleh mereka yang berfikrah. Lantas selari menyahut "baldatun thoiyyibah wa rabbun ghafuur"

Pengislahan metode politik negara bermula daripada asas-asas Islam di dalam diri. Jangan lupa, Al-Aqsa menanti kita semua untuk dibela. Saudara-saudara kita di Palestin diperlaku bagai binatang sembelihan Zionis. Dan kita mempunyai suatu misi dan kerja yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah. 

Bukan untuk bergaduh sesama sendiri bagai anjing dan kucing. Jangan terlupa, iblis dan syaitan bersorak-sorai melihat sesama kita bermusuh!

Saturday, September 11, 2010

Palestine

Tiada apa-apa tulisan panjang yang ingin dicoret. Hanya sekadar untuk memastikan kita semua tidak melupakan perjuangan ini walaupun sedang mewah menyambut keriangan Aidilfitri. Untuk memastikan "Palestin" tidak hanya diingati dan didoakan pada selang masa tertentu sahaja. InsyaAllah.

Wednesday, September 8, 2010

Konvokesyen Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Memberi hidayah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Madrasah Ramadhan kian menuju penghujung. Maknanya umat Islam akan menghampiri detik graduasi ataupun dalam terma lain; konvokesyen. Setelah 30 hari menjalani kursus pesta ibadah. Semuanya untuk menjernihkan fitrah diri seorang manusia.  30 hari menjalani latihan melawan hawa nafsu. 30 hari dianugerahkan peluang untuk mendapatkan gandaan pahala dalam beribadah. Semuanya Allah anugerahkan untuk melatih hamba-hambaNya dalam bersujud kepadaNya.

Dengan ketibaan Syawal yang mulia ini membawa bersama perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya ini kita disunatkan untuk banyak bertakbir, bertahmid dan bertasbih bersempena meraikan kejayaan kita melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadan. Aidilfitri hadir untuk umat Islam meraikan kejayaan ataupun mencapai graduasi selepas melalui peperiksaan ujian Ramadhan.

Aidilfitri itu bermaksud kembali kepada fitrah. Pada masa yang sama kita juga perlu merenung adakah kita benar-benar memahami akan hikmah sambutan hari raya aidilfitri. Aidilfitri itu sendiri merujuk kepada sambutan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.

Jika sebelum Ramadan dahulu kita sering meninggalkan solat maka biarlah ketika dan sesudah Ramadan ini kita sering menjaga solat kita. Jika dahulu kita agak keberatan selalu bersedekah maka harapannya selepas ini kita dapat menjadi lebih pemurah. Begitulah harapan kita terhadap tarbiyah Ramadan yang telah kita lalui ini. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan ini seharusnya berhasil menyucikan diri daripada tabiat buruk serta sifat-sifat mazmumah.

Rumusnya, tarbiyah Ramadhan menjadikan kita lebih peka tehadap larangan dan perintah Allah yang selama ini mungkin tidak dapat kita hayati dengan baik. Justeru itulah yang dikatakan kembali kepada fitrah iaitu asal kejadian manusia yang cenderung ke arah kebaikan.

Aidilfitri bukan hadir untuk kita berhias diri dan berhias rumah sahaja atau bertandang ke mana-mana majlis rumah terbuka. Ia lebih daripada itu. Iaitu kembali kepada fitrah manusia.

Jika kita gagal untuk kembali, ini bermakna CGPA tarbiyah Ramadhan yang kita peroleh adalah rendah! 

Monday, September 6, 2010

Nur Kasih..

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Saturday, September 4, 2010

Sahabat-Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Menetapkan hati hamba-hambaNya..

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Terima kasih di atas anugerah ini Ya Allah. Izinkan kami terus sama-sama saling berkasih-sayang keranaMu. Moga tetap ukhuwah ini hingga akhir nafas. Izinkan juga kami untuk sama-sama memasuki JannahMu. Kami mohon dengan rasa rendah hati Ya Allah. Kami mohon. Ameen..

Tuesday, August 31, 2010

Cinta Yang Tak Terlafaz

Dengan nama Allah yang Maha Menganugerahkan rezeki kepada hamba-hambaNya.

Bisikan subuh mula meninggalkan segenap lapisan alam. Sang Suria makin hangat menyinar di angkasa. Derap-derap dingin mula menghilangkan diri daripada bumi. Mula kelihatan bukit-bukit bersalut rimba kehijauan. Angin bayu di lautan biru makin hangat.

Di suatu sudut, apa salahnya kita luangkan masa beberapa ketika untuk memikirkan tentang sejarah kehidupan yang telah kita lalui. Tentang arkib-arkib nafas yang telah berlalu. Subhanallah. Sungguh benar, Allah itu Maha Adil lagi Maha Kaya. Ditariknya nikmat pertama untuk dianugerahkan nikmat yang lebih baik. Itulah tanda cinta Allah!

Sungguh Allah itu lebih tahu tentang kebaikan mengapa nikmat yang pertama itu ditarik. Kerana mesti ada kebaikan yang tidak manusia ketahui walaupun kita mengeluh dan kecewa pada mulanya. Tetapi di akhirnya, suatu senyuman yang indah terhasil di pinggir bibir.

Begitulah Allah tidak pernah mengecewakan. Tidak akan pernah selagi kita yakin padaNya. Selagi kita patuh padaNya. Allah sentiasa ada untuk melindungi dan menganugerahkan rezeki untuk setiap hambaNya. Daripada rezeki karier hinggalah kepada jodoh pertemuan. Semuanya dijamin Allah. Jika kita baik, maka kita akan dapat yang baik.

Sungguh benar Allah lah yang menganugerahkan nikmat sihat, nikmat kasih, nikmat belajar untuk diri ini. Sungguh Allah itu Maha Pencinta. Hanya kita yang selalu sombong untuk membalas cintaNya. Ku tinggalkan kata-kata ini sebagai akhir kalam. Untuk menjadi pedoman cinta yang tak terlafaz.

"Ku perhatikan laut,
Lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tidak sepertinya,
Pasang dan surut silih berganti,
Tidak juga seperti buih-buihnya yang tidak kekal,
Lalu ku berdoa lagi agar di anatara kita seperti Sungai Nil,
Yang tetap mengalir hingga ke saat ini..."

Pages