Monday, August 22, 2011

Bahana Fitnah : Al-Hujurat 6

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (al-Hujurat:6)

1. Hari ini sudah menjadi fenomena apabila begitu banyak berita-berita kontroversi yang dilaporkan di media sama ada di media arus perdana ataupun di cabang-cabang media alternatif. Persoalan yang ingin dibincangkan pada hari ini adalah bagaimana kaedahnya untuk kita menghayati berita-berita yang dilaporkan ini.

2. Di sini saya bukan ingin memperincikan kepada berita apa, sebaliknya saya ingin membuka isu ini dari segi umumnya seperti yang telah dicatatkan di dalam Al-Quran yang mana Allah telah pun mengingatkan kepada kita semua sehingga ke generasi manusia akhir zaman bahawa memeriksa ataupun menyiasat terlebih dahulu berita yang disampaikan kepada kita.

3. Ini fokus utamanya. Tapi pada masa kini keadaannya agak berbeda. Ramai orang yang mudah terpengaruh dengan laporan mana-mana media tak kisahlah sama ada laporan-laporan di media arus perdana ataupun di media alternatif.

4. Prinsip asasnya mudah dan jelas. Jangan terus kita ambil bulat-bulat dengan laporan berita yang disampaikan, sama ada ianya pro kita ataupun tidak. Sebaliknya kita menjadi lebih bersederhana dan menunggu sendiri hingga kepada pengakuan oleh mereka yang terlibat di dalam sesuatu isu yang dikontroversikan.

5. Kita tidak mahu akibat kita mudah terpengaruh terus dengan sesuatu laporan berita, ianya menjadi duri dalam daging kepada si mangsa, malahan kita juga mahu mengelak fitnah daripada terus berlaku.

6. Sesungguhnya kita telah diingatkan bahawa dosa orang yang memfitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh. Wallahu 'Alam.

Sunday, August 21, 2011

Aidilfitri : Kembali Kepada Fitrah

Seperti yang diketahui, selepas menjalani ibadah fardhu Ramadhan, semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Syawal pula untuk sambutan Aidlifitri. Masalah yang tiap kali berlaku kepada umat kita pada masa kini adalah kehadiran Aildilfitri tidak disambut selari dengan makna Aildilfitri sendiri.

Aidilfitri membawa makna yang signifikan kepada kehidupan kita. Aildilfitri bermaksud "Kembali kepada Fitrah" yakni kehadiran Aidlifitri bukans ekadar untuk bersuka-suka sahaja. Bukan sekadar untuk beraya sakan, sebaliknya di dalam agama Islam, Aidilfitri itu hadir untuk membawa diri manusia kembali kepada fitrah seorang Islam seperti yang telah kita janjikan kepada Sang Khalik semasa di alam ruh dulu.

Apalah guna selama sebulan kita berpuasa yang tujuannya untuk menundukkan godaan hawa nafsu, menahan lapar dan dahaga sebagai tanda kehambaan kepada ilahi tetapi jiwa masih kosing. Masih tiada rasa kehambaan yang syumul kepada Allah SWT.

Buktinya, semasa Aidilfitri kita masih dapat melihat masalah iaitu masih ada yang tidak bersolat fardhu, masih ada yang tidak menutup aurat yang mereka "bogelkan" kepada khalayak, masih tidak menjaga pergaulan antara silang jantina dan lain-lain lagi. Jadi ke mana sebenarnya tujuan dan visi semasa Ramadhan itu?

Adakan puasa selama sebulan itu sekadar menjadi budaya atau ikutan tradisi sebelum menyambut hari raya? Masalah hari ini adalah sambutan Aildilfitri itu yang menjadi fokus utama sebaliknya ruh yang tersirat di sebaliknya tak pernah disedari.

Sama-sama kita renungkan.

Thursday, August 18, 2011

Maksud "Duli Yang Maha Mulia"

Seringkali kita dipropagandakan oleh sesetengah golongan yang mengatakan bahawa ungkapan "Duli Yang Maha Mulia" adalah haram hukumnya untuk digunakan kerana ianya dikatakan bahawa rakyat menyamakan ketinggian ataupun kemulian seorang sultan sama tahapnya dengan Allah. Saya masih teringat ketika masih di bersekolah dulu yang mana saya bersekolah di negeri Selangor, maka nyanyian lagu negeri yang bertajuk "Duli Yang Maha Mulia" mesti dinyanyikan tiap kali acara perhimpunan sekolah diadakan.

Dan setiap kali lagu ini dimainkan, akan ada saja sesetengah pelajar dan juga tak ketinggalan beberapa orang guru yang meminta murid-murid untuk menukarkan terma "Maha" itu kepada "Amat". Arahan ini disuruh untuk mengelakkan murid-murid daripada memuliakan seorang sultan hingga ke tahap Allah.

Sebenarnya pemikiran ini sangat silap dan salah. Kalau dikaji sejarah ketamadunan Melayu, sejak kedatangan Islam ke bumi Nusantara ini, Islam itu tak pernah langsung diperlekehkan. Sehinggakan Kesultanan Melayu Melaka juga meletakkan undang-undang Islam di dalam sstem pemerintahan ketika itu.

Dan berbalik kepada isu "Duli Yang Maha Mulia" ini, kita mesti mengkaji semula sejarah frasa ini digunakan. Pertama kita perlu ketahui bahawa terma "Duli" mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud habuk. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, "Duli" membawa pengertian tentang sifat seorang hamba.

Manakala, ungkapan "Yang Maha Mulia" pula dimaksudkan oleh orang Melayu lama sebagai Allah. Ini kerana Allah itu adalah tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Mulia. Maknanya, penggunaan ungkapan "Duli Yang Maha Mulia" kepada sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.

Begituah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Sesungguhnya ilmulah yang membezakan di antara mereka yang cerdik dengan mereka yang dangkal.

Wednesday, August 17, 2011

Gay / Lesbian : Bala Akan Menimpa Bumi!

Gay wajib dibanteras. Seks luar tabiie ini semakin aktif berleluasa. Bukan saja di luar negara, hatta di Malaysia sendiri sudah begitu ramai golongan ini. Aktiviti ini sangat dilaknat Allah! Ayuh kita luangkan sedikit masa untuk membaca kisah kaum Nabi Luth ini agar dapat kita menyampaikan kepada segenap pelusuk alam bahawa aktiviti laknat ini mesti dibanteras. Moga ada sedikit saham pahala untuk usaha kita.

Nabi Luth telah diutuskan kepada masyarakat Sadum. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan diajukan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.

*************************************************************************************

Kerana tiada respon untuk insaf, Nabi Luth memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak. Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang bertemu kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu kepada mrk bahwa dia adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum.

Dalam kesempatan pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditunda ,kalau-kalau mereka kembali sedar mendebgarkan dan mengikuti ajakan Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anaksaudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan keatas kaum Sadum permintaan mana oleh para malaikat itu diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.

Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya dan meminta untuk menumpang di rumah Nabi Luth. Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan anak-anak lelaki muda itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh kaumnya. Namun, kedegilan isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka. Berita kedatangan tetamu Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth.

***********************************************************************************

Datanglah beramai-ramai lelaki-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda itu, agar diberi kepada mereka untuk memuaskan nafsu. Mendengar keluh-resah Nabi Luth, lantas anak-anak muda itu memberitahu hal yang sebenar, mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia yang diutus oleh Allah untuk menurunkan azab dan seksa atas rakyatnya kerana segala kemungkaran dan kemaksiat yang keji dan kotor.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi orang -orang yang hauskan seks dengan lelaki itu masuk. Namun malangnya apabila pintu dibuka dan para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.

Sementara para penyerbu rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau bilau berbentur antara satu dengan lain berteriak-teriak menanya-nanya gerangan apa yang menjadikan mereka buta dengan mendadak para berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah yang akan ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya terdiri dari seorang isteri dan dua puterinya berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan mahupun kekiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi tamunya.Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak tergamak meninggalkan kaumnya. Ia berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya, seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri.

**********************************************************************************

Dan begitu langkah Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas kota Sadum, sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom, dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang. Namun, masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.

Wednesday, August 10, 2011

Hakikatnya, Mesti Sedia Untuk Menerima

Dalam meniti usia untuk hidup di dunia fana ini, kita pastinya tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian. Tanyalah pada sesiapa juga, hatta dari seorang petani hinggalah kepada seorang raja, siapalah yang dapat melarikan diri daripada pelbagai mehnah ataupun dalam Bahas Melayunya dipanggil ujian ataupun cabaran. Makanya, sebagai manusia kita perlu redha dengan sunnatullah ini. Sememangnya fitrah untuk dilanda ujian. Sebalik tidak normal jika tidak menghadapi ujian.

Sememangnya Allah menganugerahkan ujian bukan untuk kita tangisi. Tapi sebaliknya untuk kita ambil kesedaran dan juga hikmah di sebalik mehnah yang dilalui. Dalam pada itu, menghadapi ujian bukan sekadar berhadapan dengan ujian semata-mata. Sebaliknya fasa pertama yang mesti dilalui adalah dengan menerima hakikat apa yangtelah terjadi.

************************************************************************************

Jika hati dan jiwa masih belum dapat menerima hakikat kejadian yang berlaku, cubalah apa saja, tanamkanlah azam yang paling bersungguh, sememangnya masih mustahil untuk menghadapai nikmat ujian ilahi tersebut. Sebaliknya, hati dan jiwa mesti redha menerima ketentuan Allah. Yakin padaNya bahawa Dia lah yang Maha Bijaksana dalam mengatur alur-alur kehidupan kita sebagai hambaNya.

Telah dinyata di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 216,

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Tetapkan keyakinan, kukuhkan kepercayaan bahawa di balik menhnah yang dilalui, pasti akan ada pengakhiran yang baik. Percayalah, orang-orang yang banyak bersabar adalah golongan yang terpilih untuk diredhai Allah. Yakinlah akan betapa Maha Adilnya Allah itu dengan mula redha untuk menerima hakikat akan ujian yang dilalui.

Kerana pasti di pengakhirannya, kita akan tersenyum bahagia.

Monday, August 8, 2011

Kewajipan Menutup Aurat

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An-Nur: 31)

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (HR Bukhari)

"Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu Dawud)

*************************************************************************************************************

Daripada ayat Quran dan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan perintah Allah terhadap golongan wanita untuk menutup aurat. Maka di sinilah kita perlu memainkan peranan. Menagapa dalam masyarakat kita yang sememangnya Islam ini, di kala kita mengamalkan solat-solat fardhu, kita juga berpuasa, membayar zakat, bernikah mengikut kaedah Islam, pergi haji dan sebagainya, amalan untuk bertudung masih lagi tidak meluas. Masih banyak Muslimah di luar sana yang "membogelkan" aurat mereka.

Persoalannya kenapa masih tidak bertudung sedangkan sedari kecil, sedari di sekolah rendah kita telah pun diajar bahawa menutup aurat itu wajib. Dari segi menutup rambut dan leher. Begitu juga dengan menutup anggota badan yang lain dengan pakaian-pakaian yang semoleknya.

************************************************************************************************************

Allah telah berfirman di dalam ayat 59 surah Al-Ahzab,

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

Makanya telah pun digariskan oleh Allah etika pemakaian kaum Hawa. Kerana pada hari ini, masalah juga. Yang bertudung, tapi masih nampak rambut. Yang betudung, tapi bajunya masih ketat dan sebagainya.

Kaum wanita sepatutnya melindungi kecantikan dan kejelitaan mereka. Bukan menayangkan ia kepada seluruh pelusuk alam untuk menjadi jamuan mata mana-mana lelaki.

Tuntas, selaku umat Islam yang rasa bertanggungjawab terhadap agamanya, marilah kita sama-sama membuat pembaharuan untuk membawa kembali Islam itu ke dalam kehidupan masyarakat kita secara syumul atau secara menyeluruh dalam erti kata lain.

Saturday, August 6, 2011

Kenapa Masih Bergosip Ketika Ramadhan?

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan.

1. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk mengerjakan amal ibadah di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Menurut hadis Rasulullah SAW, setiap amal yang dikerjakan sepanjang bulan yang penuh baraqah ini digandakan sebanyak 70 kali ganda.

2. Peluang untuk melipatgandakan jumlah pahala terbuka luas dalam bulan mulia ini. Buatlah amal apa sajaha, InsyaAllah boleh dijadikan bekalan semasa di akhirat nanti.

3. Cuma satu saja masalah masyarakat kita. Pada bulan yang masih mulia ini, walaupun perut berkorban menahan rasa lapar dan dahaga, amalan seperti menjaja cerita atau bergosip masih luas berleluasa.

4. Saksikan saja program Melodi yang disiarkan di TV3. Pasti akan ada saja cerita-cerita artis bergaduh yang disiarkan sehingga mencetuskan pertelingkahan sesama mereka yang pada mulanya mungkin tidaklah besar sebelum di"komersialkan".

5. Kita semua seia sekata percaya bahawa amalan-amalan seperti ini bukanlah perkara baik, jadi mengapa pada bulan yang penuh keberkatan ini, amalan ini masih berleluasa. Adakah kita merasa selesa dengan sumber rezeki kita yang puncanya hasil menjaja cerita orang lain?

6. Begitu juga di media-media cetak ceperti di dalam majalah-majalah hiburan dan juga di blog-blog yang aktif menulis tentang gosip. Tuntas persoalannya, mengapa kita tidak menghormati Ramadhan yang mulia ini dengan membuang amalan-amalan yang ditegah Allah SWT?

7. Moga reformasi terhadap fikrah umat Islam kita dapat juga berlaku untuk meletakkan Islam itu sebagai Ustaziatu 'Alam suatu hari nanti. Dan titik mulanya mesti bermula daripada sekarang!

Monday, August 1, 2011

Doa Berbuka Puasa

1) Doa berbuka untuk seorang.

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..

Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

2) Doa berbuka beramai-ramai.

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Pages