Wednesday, August 10, 2011

Hakikatnya, Mesti Sedia Untuk Menerima

Dalam meniti usia untuk hidup di dunia fana ini, kita pastinya tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian. Tanyalah pada sesiapa juga, hatta dari seorang petani hinggalah kepada seorang raja, siapalah yang dapat melarikan diri daripada pelbagai mehnah ataupun dalam Bahas Melayunya dipanggil ujian ataupun cabaran. Makanya, sebagai manusia kita perlu redha dengan sunnatullah ini. Sememangnya fitrah untuk dilanda ujian. Sebalik tidak normal jika tidak menghadapi ujian.

Sememangnya Allah menganugerahkan ujian bukan untuk kita tangisi. Tapi sebaliknya untuk kita ambil kesedaran dan juga hikmah di sebalik mehnah yang dilalui. Dalam pada itu, menghadapi ujian bukan sekadar berhadapan dengan ujian semata-mata. Sebaliknya fasa pertama yang mesti dilalui adalah dengan menerima hakikat apa yangtelah terjadi.

************************************************************************************

Jika hati dan jiwa masih belum dapat menerima hakikat kejadian yang berlaku, cubalah apa saja, tanamkanlah azam yang paling bersungguh, sememangnya masih mustahil untuk menghadapai nikmat ujian ilahi tersebut. Sebaliknya, hati dan jiwa mesti redha menerima ketentuan Allah. Yakin padaNya bahawa Dia lah yang Maha Bijaksana dalam mengatur alur-alur kehidupan kita sebagai hambaNya.

Telah dinyata di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 216,

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Tetapkan keyakinan, kukuhkan kepercayaan bahawa di balik menhnah yang dilalui, pasti akan ada pengakhiran yang baik. Percayalah, orang-orang yang banyak bersabar adalah golongan yang terpilih untuk diredhai Allah. Yakinlah akan betapa Maha Adilnya Allah itu dengan mula redha untuk menerima hakikat akan ujian yang dilalui.

Kerana pasti di pengakhirannya, kita akan tersenyum bahagia.

2 comments:

sea_lavender said...

sangat3x brsetuju dengan entry...sye tak nafi kan segalanya penuh hikmah..dalam mashaf pn ada tercatat bhwa ''dan janganlah kamu(merasa) lemah dan jngn (pula) bersedih hati,sbab kamu paling tinggi darjatnya, jika org yg beriman'' (Ali-Imran:139) ...Hebat Allah letak bg siapa yg berduka masih beriman pd-Nya pd darjat yg tinggi.. Subhanaallah...malu pd-Nya =_=

Danial Izzat Zulbahari said...

begitulah nikmat Allah. diberi ujian itu juga salah satu tanda kasih syg Allah :)

Pages