Monday, November 7, 2011

Cinta Madinah

Kali terakhir saya menonton drama Cinta Madinah ialah ketika bulan puasa tahun 2010. Ketika itu drama ini disiarkan di Astro Oasis. Sebelum itu, drama bersiri dengan tema Islamik ini pada mulanya disiarkan di RTM sekitar tahun 2005. Bagi saya drama ini benar-benar salah satu medan dakwah yang mampu untuk membangkitkan semangat cintakan Allah dan agama Islam itu sendiri.
Drama ini dibintangi oleh pelakon Zul Yahya, Wardina Saffifyah, Shukery Hashim dan lain-lain lagi pelakon hebat.

Drama ini pada asalnya adalah terjemahan daripada novel Cinta Madinah tulisan Abu Hassan Morad. Dan bagi saya garapan novel ini ketika diterjemahkan ke dalam bentuk drama bersiri juga adalah sangat baik. Pastinya banyak pengajaran yang boleh diambil daripada drama ini. Pada hemat saya, drama ini benar-benar meninggalkan kesan kepada mana-mana saja lelaki yang menontonnya. Mengisahkan tentang seorang rakyat Malaysia yang menyambung pengajian di Universiti Madinah, watak yang bernama Safuan ini benar-benar memiliki sifat seorang lelaki yang soleh.

Tidak hanya bertemakan cinta sesama manusia yang melibatkan pertembungan hati di antara seorang lelaki dan wanita, kisah ini juga menumpukan tema kasih sayang sesama keluarga yang mana watak Safuan yang membanting tulang membantu ibunya yang berada di kampung untuk mengerjakan umrah. Begitu juga nilai-nilai moral yang melibatkan jiran tetangga.

Sekarang saya sedang cuba mendapatkan DVD drama ini kerana di internet capaian untuk mendapatkan drama ini seperti tiada. Dan pastinya drama ini tidak rugi untuk ditonton. :)

No comments:

Pages

0 comments: