"Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu Dawud)
*************************************************************************************************************
Daripada ayat Quran dan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan perintah Allah terhadap golongan wanita untuk menutup aurat. Maka di sinilah kita perlu memainkan peranan. Menagapa dalam masyarakat kita yang sememangnya Islam ini, di kala kita mengamalkan solat-solat fardhu, kita juga berpuasa, membayar zakat, bernikah mengikut kaedah Islam, pergi haji dan sebagainya, amalan untuk bertudung masih lagi tidak meluas. Masih banyak Muslimah di luar sana yang "membogelkan" aurat mereka.
Persoalannya kenapa masih tidak bertudung sedangkan sedari kecil, sedari di sekolah rendah kita telah pun diajar bahawa menutup aurat itu wajib. Dari segi menutup rambut dan leher. Begitu juga dengan menutup anggota badan yang lain dengan pakaian-pakaian yang semoleknya.
************************************************************************************************************
Allah telah berfirman di dalam ayat 59 surah Al-Ahzab,
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”
3 comments:
syukran jazakallah khairan ats ingatan...Insya-Allah mga ianya menjadi manfaat..perubahan sedikit dmi sedkit bermula bkn secara drastik mgkin itu lebih baik~ ...
ada hadis nabi yang kata bahawa berubah secara sedikit2 tapi itu istiqamah lebih baik dpd berubah drastik tapi tidak kekal :)
Erm ada ye hadis tu... Insya-Allah moga sye sndiri dapat tingktkan ke arah lebih baik =) sedikt dmi sedikit
Post a Comment