Manusia mudah jatuh cinta. Benarkah? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Kadangkala, ada yang mudah untuk dipukau dengan magik cinta hanya dengan paras rupa.
Mungkin jarang di antara kita yang terjatuh cinta dengan seseorang yang pada mulanya kita tidak mahu pandang pun. Selalunya orang-orang begini tidak merasa suntikan cinta pada pandangan pertama. Tetapi apabila dilihat dan diperhati sikap dan perangai orang yang “di-anti” nya tadi, secara tiba-tiba perasaan tertarik itu hadir.
Ini fitrah alam. Fitrah setiap insan. Sunnatullah. Adalah normal untuk setiap insan jatuh hati pada seseorang. Anda mungkin sedang teringat seseorang ketika ini. Ini fitrah. Tapi usah dilayankan sangat hadirnya impuls “seseorang” tersebut.
Untuk memiliki seseorang yang soleh dan solehah memang penuh dengan ujian. Ujian yang adalakanya amat menyeksa jiwa. Tapi benar kata-kata pepatah, “Nak dapat yang terbaik, mesti bersusah-susah dulu”. Tak mungkin anugerah yang hebat dan terhormat akan didapati hanya dengan cara yang mudah. Orang kata barulah kita menghargai sesuatu itu apabila sekeringat usaha dilaburkan untuk mendapatkannya.
Nikah itu ibadah. Maka adalah tidak khilaf untuk bersaing dalam usaha untuk memiliki seseorang untuk dijadikan calon pasangan. Cuma ada satu dalihan mengikut pendapat jumhur, “Wanita yang sudah bertunang adalah haram untuk diganggu”. Jika tidak, anda usahalah dengan sehabis baik untuk melaksanakan ibadah ini.
Akhir kalam, cinta dan pernikahan hanya akan hadir apabila sampai waktu yang sesuai dan juga insan yang sesuai. Jika masih belum memiliki cinta, tak mengapa. Allah akan anugerahkan kepada kita bila sampai waktu yang telah Dia tetapkan sejak di Lauh Mahfuz. Tunggulah dengan hati yang redha dan penuh tawaduk.
InsyaAllah jodoh terbaik untukmu akan kunjung jua. Jika bukan sekarang, maknanya Yang Maha Pencipta sedang “hold” untuk menganugerahkan insan yang hebat kepada anda bila sampai waktunya. Tugas anda sekarang, solehkan diri dan terus berdoa.
8 comments:
bcs aka ketika cinta sujud ...
sbnrnya x thu nk komen aper... ni enrty ke3, harini sahaja, ckp psl bujang-cinta-dicintai-kawen-anak ...
however, nice sbb mmg ni la yg akn kita lalui. walau skrg bca entry3 mcm nih x rasa aper2 pun...hehe
Ak suke ni "Mungkin jarang di antara kita yang terjatuh cinta dengan seseorang yang pada mulanya kita tidak mahu pandang pun. Selalunya orang-orang begini tidak merasa suntikan cinta pada pandangan pertama. Tetapi apabila dilihat dan diperhati sikap dan perangai orang yang “di-anti” nya tadi, secara tiba-tiba perasaan tertarik itu hadir"
tipu. enta yg kuat rasa2 bnde ni..hahaha
najib..wahhh. (^_^)
stop pretending
pretending?
Untuk memiliki seseorang yang soleh dan solehah memang penuh dengan ujian...
Untuk memiliki seseorang yang soleh dan solehah memang penuh dengan ujian..
Post a Comment