Sunday, January 23, 2011

Antara Doktor dan Peguam

*Artikel ini diambil dari laman blog Karisma Melaka. Semoga bermanfaat untuk membuka minda para belia.

Isu kekurangan doktor, jurutera, akauntan dan lain-lain kerjaya profesional di negara kita bukanlah satu isu yang baru tetapi sudah sekian lama dikatakan. sejak kebeblakangan ini pula media arus perdana terus memaparkan beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai kesan daripada kekurangan ini.

Antaranya ialah cadangan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan ulangan di klinik kerajaan bakal dirujuk ke klinik swasta dalam usaha mengatasi masalah kekurangan doktor di negara ini

Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan berkata, pihaknya sedang melihat kemungkinan ia dipraktikkan bagi pesakit yang menghidap penyakit tertentu seperti kencing manis.Kerajaan jelas beliau, mungkin akan menanggung sepenuhnya kos perundingan dan perubatan untuk pesakit tersebut mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan pendekatan itu yang mana ianya masih di peringkat kajian dan Kerajaan akan membayar kos perundingan doktor serta perubatan.

Selain daripada itu baru-baru ini Kementerian juga mencadangkan untuk menghantar pesakit jantung kanak-kanak ke negara India untuk menjalani pembedahan dan rawatan disebabkan kekurangan pakar jantung kanak-kanak yang hanya 6 orang doktor pakar jantung kanak-kanak di negara kita disamping kos rawatan yang lebih murah di sana.

Dua contoh diatas sudah menunjukkan betapa seriusnya permasalahan kekurangan tenaga-tenaga pakar dalam bidang perubatan yang mana tenaga professional dalam bidang kejuruteraan, akauntansi dan lain-lain semestinya mempunyai senario yang lebih kurang sama.

Tetapi jika saranan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengubah kurikulum institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjadikannya lebih menjurus kehendak pasaran, sekali gus menangani isu pengangguran di kalangan siswazah diambilkira maka boleh dikatakan ianya adalah respon yang songsang bagi isu ini.

Senator Lee Chee Keong, berkata, sistem kurikulum hari ini juga masih pada peringkat tradisional apabila pelajar cemerlang cenderung memilih bidang pengajian ‘tradisional’ seperti perubatan dan undang-undang, malah pemilihan bidang itu juga digalakkan oleh pengurusan IPT sehingga gagal melihat kepentingan bidang pengajian lain.

“Mentaliti tradisional ini harus kita ubah, banyak bidang baru seperti bioteknologi, angkasa lepas, teknologi kinetik dan sebagainya… apa sebab mentaliti orang muda balik-balik nak jadi doktor, jadi peguam.”

“Pada saya itu satu mentaliti yang terlalu tradisional, bagaimana dapat kita galakkan generasi muda kita untuk berhadapan dengan proses globalisasi pada masa akan datang,” kata beliau ketika membahas usul titah Yang Di-pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Katanya, siswazah perlu mengubah ‘mentaliti tradisional’ dalam pemilihan kursus pengajian di universiti, sebaliknya memilih bidang pengajian lain seperti bioteknologi dan kajian sains angkasa yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat global.

Memang diakui kurikulum tidak bersandarkan kepada kehendak pasaran kerja semasa, graduan akan merasai kesannya yang boleh mencetuskan masalah sosial di negara ini dan perlunya kepada penerokaan ilmu dalam bidang yang lain tetapi dengan senario kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang tertentu adalah dilihat kurang tepat jika dikatakan pemilihan kerjaya seperti doktor dan peguam adalah tradisional disamping tidak menolak perlu ada golongan yang menceburi bidang lain.

Sehubungan dengan itu sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pengambilan pelajar ke bidang-bidang pengajian di IPT perlu lebih telus dan memainkan peranan penting bagi memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam bidang tersebut. Adalah merugikan jika pelajar tersebut yang cukup syarat tetapi kerana hal-hal teknikal seperti dokumentasi, status bukan bumiputera dan sebagainya menyebabkan tidak mendapat tempat yang secara terus menyumbang kepada kekurangan pakar-pakar dan golongan profesional pada masa akan datang.

Ini adalah kerugian buat negara kerana pada masa akan mendatang tidak ada siapapun boleh menafikan akan timbul pula alternatif untuk mengimport pakar-pakar dari luar negara yang jelas bukan warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang mana secara tidak langsung akan mengakibatkan pengaliran keluar wang negara kita. Apakah kita perlu terus mengagungkan sistem pendidikan negara lain atas kuantiti dan kualiti mereka atau mengakui sistem pendidikan negara kita memerlukan kepada suatu rombakan?

Para pelajar yang masih berada dalam pengajian peringkat O-Level mahupun A-level perlu lebih terarah dalam mencatur masa depan mereka dengan mendapatkan nasihat dan pandangan berhubung pemilihan bidang pengajian di peringkat Universiti agar bidang yang dipilih adalah kompetitif dan bermanfaat kepada diri dan masyarakat dalam usaha kita untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.

Mahasiswa/i yang berada dalam pengajian hendaklah sedar bahawa amanah sedang tersadai dibahu mereka, menuntut keseriusan dalam menuntut ilmu maka tiada lagi masa untuk bergurau-senda, tiada lagi masa bercinta, bermadah pujangga atau berseronok kerana lembah berduri perlu diharungi dalam memartabatkan bangsa dan agama tercinta agar tidak diperlekeh orang disamping menunjukkan kita adalah bangsa berdaya yang akan terus memacu kepimpinan untuk perubahan berterusan menyelusuri jalan orang-orang berjaya yang terdahulu. Kerana Kita Dalam Berjuang!

1 comment:

anuar amirul said...

:)

Pages

1 comments:

anuar amirul said...

:)