"Bila agaknya umat Islam akan bersatu? Hilangkan sengketa. Hilangkan prejudis rasa. Ada kalanya aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Memang selalu sudah rasa penat menjajah diri yang mahu mengubah persepsi masyarakat agar tidak taksub kepada parti.
Sayang agama mesti melebihi sayang parti. Tak kiralah kau bulan mahupun keris. Akhlak anak muda makin musnah. Anak luar nikah makin berleuasa. Coupling sudah diterima menjadi budaya. Ada yang berdakwah, tapi memaki hina. Kalau tak dibendung, memang Melayu akan hilang di dunia. Perjuangan pengislahan mesti diteruskan.
Kesinambungan perpaduan Umat Muhammad mesti diikatkan. Tali perjuangan mesti dihebatkan. Dakwah wajib dilipatgandakan. Agar kita tidak menyesal di hari muka. Apabila anak cucu melupakan agama.
Janji Allah itu pasti kan terlaksana. Hanya kita yang perlu memperjuangkannya..."
1 comment:
kami - usaid, helmi, alip, ramzan, hakim dan abg azrai sedang merindui anda!
Baytu Fareed, 6.14 PAGI.
=P
Post a Comment