Tak kenal maka tak cinta. Tak kenal maka tak merasa. Itulah perasaan kebanyakan ikhwah apabila mempunyai seorang murabbi baru. Rasa lain je. Tapi itulah fitrah alam. Kalau belum kenal, memanglah tak mesra kan? ^_^
Maka bermulalah hari-hari tarbiyyah dipimpin oleh seorang murabbi yang kental jiwanya. Menyahut seruan untuk memiliki hati anak-anak usrah. Bukan mudah. Tapi murabbi ini berjaya melaluinya dengan cemerlanng. Satu-satu anak usrah mula mesra dengan beliau. Jika ada saja sebarang masalah, "Abg Azraai, boleh jumpa tak?"
Sampai begitu sekali penangan tarbiyyah oleh murabbi ini. Jom kita kenal-kenal dengan ahli keluarga Al-Mustaqdimin!
Manusia paling suci dalam usrah kami. hehe. Beliau tua setahun, maka beliau kelihatan sedikit matang. Tapi tak lah matang sangat pun hehe. Dalam usrah kami, beliau digelar Abg Long bersesuaianlah dengan usia yang lebih tua berbanding kami. Jujurya, beliau adalah seorang yang sangat ikhlas untuk membantu sahabat-sahabat. Dengan kereta kebal yang dimiliki, beliau serig menjadi driver untuk usrah kami ini. Beliau merupakan mahasiswa jurusan Usulludin yang sebelum ini menuntut di DQ. Berasal dari Negeri Sembilan membuatkan beliau amat menggemari makanan-makanan pedas ^_^ Akhi, syukran kerana menjadi seorang abang yang sangat baik.
Yang paling nakal. Yang paling aktif. Yang paling kuat berlawak. Seorang yang pandai berjenaka. Tapi kalau tengok dalam gambar ni macam tak percaya kan? Sebab ada persis Remy Ishak pun ada jugak. haha. Berasal dari Alor Setar membuatkan loghat beliau memang utagha na. haha. Walaupun suka melawak, inilah dia satu-satunya ikhwah kami yang paling happening. Yang paling berkesan untuk menjadi pemecah kesunyian. Amat payah dibayangkan jika usrah ini kehilangan Aliff. Hilang seri kata orang. Masih menuntut di dalam jurusan Perakaunan. Akhi, sesungguhnya jenaka-jenaka anda sangat menyentuh hati-hati kami untuk menyayangi enta. Moga ada ganjaran Allah!
Abdul Hakim Abdul Halim.
Beliau merupakan seorang peminat setia filem-filem hindi. hehe. Nama jolokan, Hrithik Roshan. ^_^ Masih menuntut di kuliah Undang-Undang. Berasal dari Manjung, Perak. Beliau merupakan seorang yang sangat suka untuk mengumpul koleksi-koleksi agama seperti hadis, ayat-ayat Quran dan sebagainya. Sering menjadi penasihat jika ada yang berada di dalam masalah. Sangat pemurah untuk menderma dan sebagainya. Dan beliau merupakan roommate saya! hehe. Masih bujang dan masih kacak. hehe. Moga Allah merahmati enta dengan baraqah yang seluas-luas alam akhi.
**************************************************************************
Itulah Al-Mustaqdimin. Enam insan bersama seorang Murabbi. Tujuh bersaudara yang berusaha mencari redha Ilahi. Sma-sama saling mengasihi kerana Allah. Saling berkorban demi ukhuwah fillah. Benarlah moto IKRAM, "Ukhuwah Teras Kegemilangan". Moga kami semua menjadi rijal-rijal yang sedia mati di jalan Allah. Moga dakwah dan jalan tarbiyyah menjadi sandaran di dalam kehidupan. Moga mampu dicium harum Syurga. InsyaAllah!
5 comments:
danial dikenali dgn ikhwah jiwang. Jika ada ikhwah yg mmpunyai masalah hati, beliau lah org yang sepatunya dijumpai untk dibncangkn masalah trsebut. tetapi awas jika Danial sndiri yg ,mmpunyai masalah hati penangan dia kuat juga. hehe
haha. ana nak jadi mcm Ustaz Pahrol? boleh? hahaha
Danial seorang yg berprinsip, tegas dgn pendirian & lantang menyuarakan pendapatnya. Namun, beliau juga seorang yg sensitif, romantis & menghargai orang lain. Dulu2 suke makan mee goreng, tp skrg dah kurang ye... Mungkin bakal jadi ahli politik yg berkaliber di negera ini. Tegas spt Umar RA, namun lembut hatinya spt Abu Bakar RA, dermawan spt Uthman RA & cerdas spt Ali RA.
Jzkk akhi, atas artikel yg 'mengharukan' ini... ^_~ Mungkin boleh masukkan dlm blog usrah kite!
subhannallah akhi. kata-kata abg sgt mengharukan.
moga ada redha Allah! (^_~)
danial seorg ......
Post a Comment