Wednesday, May 11, 2011

Thank You Allah...

Perlukan tempat menulis sebenarnya. Dah masuk lima bulan, tulang belakang saya masih di dalam pemeriksaan. Bukan tidak bersyukur, tetapi kesakitan makin serius rasanya. Nak bergerak selangkah pun dirasakan terlalu sakit. Pakar Ortopedik yang merawat saya mengesahkan bahawa tulang belakang saya telah lurus dan tidak lagi bengkok seperti orang biasa. Menurut beliau, apabila tulang belakang sudah lurus, memang kesakitan akan dirasai ke seluruh badan apabila kita mahu bergerak.

Kadang-kadang saya bagaikan hilang semangat disebabkan rasa sakit yang teramat sangat. Alhamdulillah, walaubagaimanapun saya berasa sangat bersyukur dengan anugerah cuti semester yang lama ini. Sekurang-kurangnya saya boleh berehat dan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa. Saya berasa agak janggal juga apabila doktor mengatakan bahawa penyakit yang saya alami ini tidak akan sembuh dan sebaliknya akan kekal hingga ke tua.

Saya diberikan ubat untuk dimakan setiap hari. Ubat yang dilabel sebagai "Mecobalamin" dan satu lagi saya tidak ingat. Dalam diam, saya berasa sangat sedih kerana di kala rakan-rakan remaja yang lain sihat untuk menjalankan kerja-kerja seharian seperti dakwah dan sebagainya. Ada kalanya saya terpaksa melawan sakit ini untuk bergerak. Saya tidak mahu menghampakan perasaan sahabat-sahabat yang berjuang di jalan ini.

Saya selalu cuba untuk memotivasikan diri dengan mengingati penyakit yang dihidap oleh Nabi Ayub. Pastinya lebih derita. Tetapi Baginda tidak sedikit pun mengeluh sebaliknya iman Baginda makin kuat dan tebal. Di kala sakit begini, baru saya dapat rasakan siapa sebenarnya yang benar-benar mengasihi saya. Saya berasa sangat bersalah kerana selama hidup ini, saya telah meletakkan cinta pada tempat yang salah.

Yang benar-benar menyayangi saya pastinya adalah Allah SWT. Saya tahu Dia menganugerahkan saya penyakit ini untuk membuatkan saya lebih kuat dan saya sangat yakin ada pengakhiran yang baik untuk saya nanti. Begitu juga dengan keluarga dan ikhwah sekalian. Tanpa anda yang memahami, saya sememangnya sudah tidak mampu lagi untuk menguatkan semangat.

Benar, cinta manusia itu bisa palsu dan hanya dibonekan dengan kata-kata. Di kala sakit ini, hilang semuanya. Tiada langsung rasa simpati dan khabar berita. Kini, saya mengerti kenapa Allah anugerahkan saya penyakit ini. Thank you Allah...

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (3:31)

6 comments:

Anonymous said...

bila sakit, kita lebih ingat & peka terhadap kesihatan yang Allah beri. kita melihat mereka yang lebih teruk sakitnya, ada yang telah pun menghadap Dia. Alhamdulillah Allah masih beri hayat dan diuji cuma sedikit berbanding yang lain..

semoga Allah terus beri kekuatan & kesihatan, ameen..

Laut biru said...

syafakallah ya akhi..moga terus diberi kekuatan.. pernah bace buku "Allah syg kamu"? keluaran Aqwam, penulis Dr. Abdul Muhdi abdul hadi & Hamd bin abdillh ad-dausari. buku nisihat dan tips terapi praktis untuk sesiapa yg sakit. best sgt.. kat depan buku tu dia tulis "banyak pohon menggugurkan daunnya pada sebahagian hari2 dlm setahun. sebagaimana juga sakit menjadikan dosa2 berguguran dari diri org yg sakit sehingga ia terbebas dari dosa2." Subhanallah..sesungguhnya Allah menyayangimu ya akhi..bersabar dan berbahagialah:)

Danial Izzat Zulbahari said...

subhanallah.

syukran atas kata-kata itu kak maryam dan syima..

jzkk.

Anonymous said...

danial kt malaysia dah ke?pyela lame x cntc..hihi...semoga cpt sembuh...biarpun doc kte mgkin akn kekal ke tua..tp kdg2 tu teori yg kmi belajar je..boleh je btukar dgn kuasa Allah...doa byk2~

@tiF said...

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Tabahkan diri...msti ada hkmah disebaliknya,,, =) Semoga cpt sembuh....

Danial Izzat Zulbahari said...

syukran ukhti... jzkk.

Pages