Maaf jika coretan ini agak bersifat peribadi. Apabila sudah peribadi sifatnya, pasti tiada manfaat kepada orang lain yang membacanya. Amat jarang sekali menulis perkara-perkara peribadi di laman ini. Tapi entah kenapa, hati meronta-ronta ingin menulis di laman maya ini.
Bila sudah berkahwin, sudah ada lah peneman hidup yang akan sentiasa menyokong satu sama lain. Bila sudah berkahwin, rezeki makin luas. Bila sudah berkahwin, tanggungjawab dan amanah yang lebih besar akan mula dipikul.
Bila usia sudah menginjak ke angka 22, tipu sekiranya tidak difikirkan tentang perkara ini. Tetapi adakah memikirkan tentang perkahwinan sahaja? Apakah fungsi sebuah perkahwinan? Adakah hanya dengan bernikah, kemudiannya menerima zuriat, kemudiannya tua dan kemudiannya mati? Sudah pasti tidak.
Alhamdulillah, diakui diri ini sangat tidak lengkap. Sangat lemah. Walaubagaimanapun, diri ini berasa sangat bersyukur dengan adanya diri ini di dalam jalan dakwah bersama sahabat-sahabat yang lain. Bila sudah dipikul amanah seorang dai'e, ianya bukan lagi boleh menjadi mainan. Setiap amal menjadi contoh. Setiap perbuatan menjadi pedoman.
Begitu juga dengan isu-isu rumahtangga. Semuanya sudah dirancang dalam jemaah yang luas ini. Bila sampai suatu kadar, diri ini sudah berazam untuk meletakkan kepercayaan jodoh kepada jemaah. Bukan kerana kita seorang yang mata keranjang, sebaliknya, cinta terhadap dakwah akan membawa kita kepada menikah di jalan dakwah. Cuma, satu persoalannya yang sering mencabar jiwa. Adakah diri ini layak untuk seorang akhawat? Adakah layak? Adakah layak?Sentap setiap kali melayan perasaan ini.
Sampai di suatu saat, diri ini telah tekad untuk tidak lagi jenuh memikirkan siapa jodohnya. Tidak pening lagi memikirkan bagaimana untuk mencari pasangan. Cukuplah apabila sampai saatnya nanti, pertolongan Murabbi yang sangat dikasihi akan mohon untuk diguna. Teringat kata-kata seorang bekas Murabbi yang pernah mendidik. "Maksimumkanlah jalan dakwah selagi diri masih solo, bila sudah berdua, makin besar tanggungjawabnya!"
Agar Allah sentiasa menganugerahkan istiqomah kepada iman dan Islam tuan empunya diri ini.
Ameen.
2 comments:
betol3... bila dh berkahwin, byk tanggungjwab perlu digalas... skrg nie la time utk laksanakan apa yg belum dilaksanakan... =)
syukran dgn penambahan :)
Post a Comment