Tak dinafi, semua di antara kita pernah merasa erti kepayahan. Kepayahan itu besar maksudnya. Ada yang payahnya adalah dari segi wang ringgit. Ada yang payahnya dari segi kecemerlangan akademik. Ada yang payahnya adalah kerana dia sedang berduka. Berduka adalah pegertian yang paling spesifik untuk dibincangkan. Berduka ini membawa banyak erti. Sama ada duka putus cinta, duka hilang harta ataupun sebagainya.
Maka untuk mengubati masalah ini, satu senjata perlu ada. Senjata yang tak lain tak bukan adalah SABAR. Sabarlah yang membezakan di antara mereka yang tabah ataupun tidak. Sejak manusia pertama di alam ini dicipta, iaitu Nabi Adam, memang sudah menjadi fitrah manusia untuk terus diuji dengan ujian yang dibawa dalam perspektif kepayahan. Maksudnya di sini, ia adalah sesuatu yang normal dan mengikut hukum alam untuk diuji. Jadinya, adalah sesuatu yang tidak normal dan melawan tabii jika seseorang itu tidak pernah langsung dianugerahkan dengan kepayahan. Inilah hukum alam. Selagi masih bernyawa di atas muka bumi ini, fitrah untuk merasa kepayahan. Menarik bukan?
************************************************************************************
Sabar adalah suatu perbuatan yang mulia. Rasa sabar mesti disulam bersama dengan rasa syukur. Sebagai seorang yang beriman, kita wajib berasa sabar tiap kali kali ditimpa ujian. Di waktu diberikan kesenangan pula, wajib untuk kita bersyukur. Ini untuk membentuk ketahanan jiwa yang kental dan kukuh. Mesti difahami, tidak ada sebarang perkara yang berlaku dengan izin Allah akan mendatangkan tiada kesan baik kepada mereka yang ditimpa ujian. Seperti yang semua ketahui, pasti akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Itu pasti!
Kita lihat janji Allah di dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)
“Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu.” (Al-Insaan:24)
Ini adalah antara ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menekankan tentang erti sabar di dalam kehidupan seharian. Maka dapat disimpulkan, ujian memang tidak akan pernah lari daripada kehidupan kita semua. Semua orang tidak terkecuali. Rasulullah kekasih Allah itu sendiri ditimpa ujian yang amat dahsyat. Inikan pula kita yang siapa darjatnya untuk tidak mahukan ujian. Maka bersabarlah. Kerana kelak di suatu masa, kalian akan bersyukur kerana pernah ditimpa ujian yang dirasa amat menyeksakan suatu ketika dulu.
Percayalah.
No comments:
Post a Comment