Sunday, May 22, 2011

Cinta Palestin

Palestin. Kenapa tiba-tiba mahu bicara tentang Palestin? Apa untungnya? Bukan negara kita. Bukan tanah tumpah darah kita. Lecehlah. Itu hal mereka, lantak merekalah orang Palestin. Yang penting di Malaysia ni aman dan damai serta sejahtera keadaannya.

Oh adik, jangan berfikiran begitu! Jangan! Jom kita sembang kenapa Palestin ni penting untuk kita walaupun kita bukan berwarganegara Palestin. Pertama kita mesti sedar bahawa di Palestin itu terdapat masjid ketiga tersuci di dalam agama kita Islam. Kedua, Masjid Al-Aqsa itu adalah kiblat pertama untuk umat Islam sebelum Allah menukarkannya ke Makkah.

Ketiga, yang sengsara di bumi sana adalah saudara-saudara kita dik. Saudara Islam kita. Memang tiada ikatan darah. Tapi sebagai manusia normal yang mengikut fitrah alam, adakah kita perlu berasa selesa dan tidak berbuat apa-apa untuk saudara-saudara kita yang berada di sana?

Sengsara di sana bukan main-main dik. Tengoklah gambar di atas. Kita yang di Malaysia ni kalau diacukanlah senapang ke pistol ke, confirm kita pengsan agaknya. Bayangkan dalam keadaan di atas, si ibu sanggup merisikokan nyawanya kepada tentera Zionis Israel yang kejam demi untuk menyelamatkan anak-anaknya. Itu cuma susana minor. Bayangkan bom dan peluru yang menghujani saudara-saudara kita di sana. MasyaAllah!

Takkan tak berasa apa-apa?? Di kala mereka sedang berperang mempertahankan nusa dan bangsa, kita di Malaysia bagaimana. Tak perlu ceritalah. Kalau di sana, mereka sehinggakan tidak cukup makanan untuk dimakan. Kita? Sampai terbuang-buang makanan. Mereka di sana menangis kehilangan ibu ayah. Kita di sini sibuklah menangis kerana putus cinta. Remaja mereka di sana berperang mempertaruhkan nyawa, kita di sini sibuk dengan program-program yang menambah dosa.

Kalau nak cakap pasal remaja kita dengan remaja mereka, memang bagai langit dengan bumi. Mereka tahu apa itu erti perjuangan dan pengorbanan. Kita? Leka dengan dunia. Hanyut entah ke mana. Merosakkan segala-gala. Hilang maruah, perut kembung pula. Kalau ada di antara kita yang dapat masuk U pun, sembahyang masih tak dijaga. Coupling haram masih berleluasa. Mulut mencarut-carut berbahasa lucah. Kenapa dik kita begini?

Dalam gambar di atas, remaja Palestin mengeluar keringat mengangkat jenazah rakan. Kita di Malaysia, busy dengan kawan-kawan sehingga melanggar perintah Islam. Dengan rambut tidak bertudung. Dengan lelaki berseluar pendek. Dengan bertepuk tampar di antara lelaki dan perempuan. Ke mana perginya kesedaran kita. Mana janji-janji kita kepada Allah semasa kita di alam ruh semasa sebelum kita dilahrikan? Adakah kita sudah lupa?

Kalau nak disuruh berperang mungkin kita masih lemah. Tak dinafikan. Tapi at least kesedaran itu mesti ada. Kesedaran terhadap keselamatan dan kebajikan saudara-saudara kita di tanah Palestin. Kesedaran dan kasih sayang kita terhadap Masjid Al-Aqsa. Islam itu indah. Kita mengaku ayat ini. Tapi apalah guna jika hanya kita lafazkan di lidah, tapi tiada perbuatan menjadi saksi.

Kita mahu adik-adik kita yang dilahirkan di sana dapat menghayati erti hidup ini. Sama seperti kita. Kalau kita di waktu kecil comel memakai baju Kiko, baju Kiki Lala, kita juga mahu adik-adik kita di Palestin merasa riang yang sama. Merasa kegembiraan yang tiada bedanya. Sama-sama gembira.

Tapi itu semua tidak akan berlaku jika kita sendiri tiada kesedarannya. Kita sendiri tidak faham pengertiannya. Kenapa perlu tolong Palestin? Isu Palestin ni dah lama. Sejak kita kecil-kecil lagi, dah tengok dalam berita cerita pasal Palestin. Sampai hari ini, tak habis-habis.

Sebab tak habis-habis itu lah, kita mesti tolong mereka. Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa. Kalau bukan esok lusa, mungkin bila kita sudah berkerjaya nanti. Yang mana sedang belajar perubatan, tanamlah azam untuk pergi ke Gaza merawat saudara-saudara kita di sana. Yang mana belajar undang-undang, tanamlah impian untuk lantang bersuara tentang hak yang mesti dicapai oleh rakyat Palestin. Begitu juga dengan yang belajar bidang-bidang lain. Semuanya ada manfaat untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pernah saya menghadirkan diri ke program Anda Bijak Jauhi Zina anjuran Radhatus Sakinah. Dua kali. Satu di UIA Gombak dan satu lagi di UIA Petaling Jaya. Mengalir air mata menonton video ini. (klik sini) Baru kita sedar selama ini, kita telah meletakkan cinta di tempat yang salah. Cinta pada seorang wanita. Cinta pada pangkat. Cinta pada harta. Tak salah cintakan itu semua. Tapi itu bukanlah prioriti yang membuatkan kita obses kepada mereka sehinggakan kita lupa terhadap cinta Palestin ini.

Mungkin di saat ini, kita masih belum bersedia untuk berperang. Tapi InsyaAllah di suatu hari nanti kita boleh membebaskan Palestin daripada air mata luka. Jika bukan kita, mungkin anak-anak kita. Kalau bukan anak-anak kita, mungkin cucu cicit kita. Tapi kesedarannya mesti bermula dengan kita! Mesti!

Takbir!!!

No comments:

Pages

0 comments: