Thursday, May 19, 2011

Adab dan Ikhtilat di Facebook

Facebook sudah menajdi satu fenomena pada hari ini. Buka facebook setiap hari bagaikan satu kemestian. Di Facebook, kita boleh berkenalan dengan sesiapa saja. Isu yang menjadi perhatian adalah bagaimana kita menjaga adab dan ikhtilat di laman maya ini. Sempadan di laman maya ini sangat luas dan boleh dikatakan tiada sempadan langsung! Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Favebook tidak salah kerana ianya adalah medium yang baik untuk menyambung silaturahim dan memudahkan perhubungan persahabatan. Benar, memang tiada salahnya. Tetapi apa yang menjadi isunya adalah bagaimana mekanisme untuk kita menjaga adab dan sahsiah seorang Muslim apabila masuk ke dalam alam yang tidak bersempadan ini.

Kita akan diuji dengan gambar-gambar manusia yang pelbagai. Kebanyakan lelaki akan memberikan perhatian kepada profil-profil wanita yang sedap mata memandang. Dan akan mulalah langkah untuk mengayat dan sebagainya. Daripada awalnya yang tidak kenal apa-apa, menjadi kian rapat sehingga bertukar-tukar nombor telefon dan berkemungkinan untuk berkapel itu sangatlah tinggi apabila setiap hari saling menghubungi. Dari mula berkenal-kenal, akhirnya akan merindu-rindu.

Itu masalah pertama di antara masalah-masalah yang begitu banyak. Masalah kedua adalah bagaimana dengan gambar-gambar kita di alam facebook itu? Adakah benar sudah dijaga rapi? Adakah lenggok-lenggok badan kita ditunjukkan? Satu perkara perlu diingat, di facebook, sesiapa jua boleh "menonton" kita. 24 jam. Tiada henti.

Masalah yang lain pula, kita dengan tanpa segan silunya tidak kisah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti kita yang sememangnya membuka aib diri sendiri. Perbualan kita yang berbunyi manja di ruangan wall post juga mesti diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dengan yang saling jantina.

************************************************************************

Akhir kata, satu analogi boleh diberikan. Kita anggapkan ada sebilah pisau. Pisau ini yang sememangnya direka manusia adalah digunakan untuk memotong sayur, buah-buahan dan bahan makan yang lain. Ini adalah asbab kepada penciptaan sebilah pisau. Tetapi apabila pisau itu digunakan untuk membunuh dan mencederakan manusia, salahnya ada pada pisau atau pada tangan manusia tersebut?

Samalah juga dengan facebook. Kalau kita gunakan facebook dengan baik, maka baiklah ia. Kalau kita gagal menggunakan facebook seperti yang dituntut syariat, gagallah untuk kita menjadi Muslim yang baik. Ada yang kelihatan sangat sopan di alam realiti tetapi sangat berbeza perangainya apabila masuk ke alam maya ini. Jemput masuk ke link ini. (klik sini)

Moga ada manfaatnya dalam mengingatkan kita semua untuk menjaga ikhtilat dan adab selaku Muslim. Jangan kita jadi double standard. Hanya bersopan ketika di alam realiti. Tetapi menjadi "singa" yang menagih perhatian di alam maya. Tak kira lelaki alim, perempuan Muslimah, sesiapa jua boleh tersungkur.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra':32)

“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32)

“Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah, maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah).” (Riwayat Tirmizi)

Yang penting gunakanlah facebook untuk kebaikan terutamanya dakwah. Kekuatan umat Islam ini bergantung kepada kita sendiri. Jika kita semua setuju bahawa facebook adalah platform yang mudah untuk menjalankan dakwah, maka gunakanlah ia dan elaklah daripada fitnah. Moga ada redha Allah. Wallahu'alam.

4 comments:

H A N said...

betoi tu...kadang2 dlm kita xsedar, ter-double standard...lain dlm facebook,lain pulak yg realitinya...
moga kita t'pelihara dr fitnahnya...hu3

Danial Izzat Zulbahari said...

insyaAllah akhi. :)

kalam cyber said...

terima kasih atas peringatan..mohon share..

Danial Izzat Zulbahari said...

moga bermanfaat :)

Pages