Rasulullah SAW: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Kita sering mendengar tentang hadis ini. Rasullullah telah berpesan perkara ini kepada kita ratusan tahun yang lampau. Ini kerana Baginda sedar dan tahu umatnya tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Selalunya manusia akan berasa sangat insaf apabila sesuatu perkara yang mereka lakukan mengkhianati mereka. Mereka akan berasa sangat bersalah dan berdosa. Taubat juga ingin dibuat.
Tapi, selalunya amalan dan kesedaran ini tidak lama dan tidak berkekalan. Apabila, masa sudah melampaui tempoh kesedihan dan kekecewaan, kesilapan yang sama akan dilakukan semula.
Kenapa perkara ini berlaku?
Kerana iblis dan nafsu tidak akan henti menggoda kita semua, orang Islam. Lagi satu, kita mudah lupa! Mudah lupa!
Maka, marilah kita sama-sama menyesali kesilapan yang telah kita lakukan dan berdoa agar kekal istiqomah untuk tidak jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. InsyaAllah.
2 comments:
amin. insyallah
insyaAllah...
Post a Comment