Kau terlupa kewajipanmu
Kau terlupa perjanjianmu
Kau terlupa perjuanganmu
Pabila buta sejarah
Kau terlupa perjuangan Rasulmu
Kau terlupa pengorbanan Sahabat
Kau terlupa kesatuan para sufi
Pabila buta sejarah
Kau terlupa Islam nadi tamadunmu ribuan tahun dulu
Pabila buta sejarah
Kau terlupa moyangmu berhabis darah melawan musuh
Pabila lupa sejarah
Kau terlupa tamadunmu dulu pernah menerajui dunia
Pabila buta sejarah
Kau terlupa kekuatan dan kegagahan kita
Dulu kita pernah berjaya
Dulu kita pernah punya empayar
Dulu kita bukan bangsa pengguna
Dulu kita bukannya manusia papa
Dulu kita tiada sengketa
Tapi kini kita berbeda
Kini Yahudi Nasrani dok ketawakan kita
Sebab asyik bertelagah sesama bangsa
Hari ini juga kita berbeda
Anak haram banyak dari kita
Pusat serenti penuh dengan umat kita
Lumba haram semuanya anak-anak kita
Bohsia rogol kita yang conquer
Masih tidak malukah kita?
Dijadi bahan ketawa anak-anak Yahudi
Tapi tak boleh nak salahkan mereka
Semua kerana berpunca dari diri kita
Yang tidak mahu bertaut di bawah payung yang sama
4 comments:
btul tu danial, sejarah pun tlh membuktikan bhw kita x pernah belajar dari sejarah....
moga ada ibrahnya. umat Islam perlu bersatu!
Mula menghargai dan mencintai sejarah bila mengenali tarbiyyah..sgt best!!
moga thabat...
Post a Comment