*Sangat tersentuh bila baca satu artikel tadi. Moga dihayati agar dapat menjadi ibrah pada diri. Untuk kita ikhwah, jadikanlah motivasi. Banyak tugas menanti. Maka, kuatkanlah diri. Antara ringkasannya:
1. Usahalah menjadi seorang lelaki dan wanita yang soleh solehah sebelum mahu meminta itu dan ini.
2. Carilah teman hidup yang beragama bukan dengan wang ringgit, pangkat atau pun paras rupa.
3. Hormatilah ibu bapa, keluarga, dan masyarakat.
4. Belajar untuk jadi lebih matang seperti tidak melaghokan diri di dalam facebook atau lain-lain.
5. Sentiasa percaya wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
6. Persiapkan diri mulai sekarang! Menjadi seorang ibu dan bapa bukan kerja mudah.
7. Belajar untuk menghilangkan ego dalam diri.
8. Niat untuk berkahwin perlu jelas.
9. Usah tergesa-gesa. Istikharah itu perlu sentiasa.
10. Ikhtilat atau adab pergaulan wajib dijaga. Sama ada dengan calon pasangan hidupmu ataupun bukan muhrim yang lain.
11. Cinta itu adalah suatu anugerah, maka peliharalah ia dengan baik. Agar apabila sudah bernikah nanti, dapat kau rasa bahagianya cinta.
Wallahu 'alam.
3 comments:
like this:)
syukran. moga bermanfaat! :)
encik danial bila mau kawin? dh jumpa pilihan hati ke?
Post a Comment