Monday, July 6, 2009

Sembang-Sembang

Assalamualaikum wbt. Salam Muhibah.

1. Dua tiga hari ini saya bagai sudah lali dan bosan dengan perkembangan politik di bahagian utara negara. Dari Kedah hingga ke Pulau Pinang. Isu rakyat dan sebagainya. Daripada kisah Kampung Buah Pala hinggalah kepada robohnya ladang penternakan babi di Alor Setar.

2. Saya juga terkejut dengan apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sehingga DAP Kedah mengisytiharkan keluar daripada gagasan yang tidak berdaftar itu. Semakin pelik apabila Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa Pakatan Rakyat di Kedah memang bergolak.

3. Begitu juga dengan isu diamnya kerajaan negeri Pulau Pinang dalam kes Kampung Buah Pala.

4. Ditambah dengan Pilihan Raya Kecil yang akan datang di Manek Urai, Kelantan. Politik Malaysia semakin tidak stabil. Untuk menambah rencah, UMNO dituduh mengamalkan ajaran Komunis dan ajaran Ayah Pin. Hebat sungguh orang yang menghukum ini.

5. Saya juga tidak sabar untuk mengetahui perkembangan wacana ilmiah yang akan dilakukan di antara Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS. Adakah ianya akan menjadi sebuah perbincangan yg ilmiah ataupun debat untuk menujukkan kelemahan lawan masing-masing.

6. Begitu juga dengan isu Presiden Parti PPP yang kini bagaikan mempunyai 2 org Presiden.

7. Saya juga tertarik dengan cetusan idea Perdana Menteri tentang pelaksanaan Biasiswa Nasional. Adakah kehadiran biasiswa ini yang 100% mengikut merit akan menggantikan biasiswa JPA yang sedia ada. Saya harapkan tidak. Tetapi elok jika biasiswa JPA diteruskan dan ditambah dengan Biasiswa Nasional ini.

8. Hanya di dalam tempoh tidak sampai sebulan, isu-isu di atas telah berlaku di dalam negara. Tidak sabar untuk melihat apa lagi yang akan berlaku. Saya malas untuk mengulas panjang isu-isu di atas dengan lebih terperinci. Hanya ingin meninggalkan persoalan kepada tanah air tercinta.

5 comments:

Aryan Aryad said...

bagus saudara dengan sembang-sembang ni..mmg tidak dapt dinafikan lagi isu politik di negara kite ini semakin bergolak dan pemimpin di negara kite sekarang ini semakin berpecah belah..persoalan yang sering bermain di minda mengapakah saranan dan perancangan sering mendapat bantahan dari pihak pembangkang..dari yg besar hinggakan yg remeh temeh pun menjadi perbalahan..sedangkan ape yang dibangkang itu lebih kepada kepentingan politik sendiri daripada kepentingan rakyat..
renungkan apa yang akan berlaku kepada negara kite kemudian hari andai permasalahan ini terus berlaku..negara asing sedang memerhati keadaan negara kite yg sedang berkocak baik segi ekonomi,sosial n tidak lupe jua kepada politik dalaman..mungkinkah negara kita akan dijajah kembali seperti 400 tahun lebih dahulu...
yang paling dirisaukan ialah negeri pulau pinang..adakah ia akn mengulangi sejarah singapura..rata2 penduduknya berbangsa cina dan kaum melayu terpinggir dan disisihkan dari segala aspek dari segi ekonomi sehinggalah ke sektor pentadbiran..salah siapa??
nk salhkan UMNO gak ke..kalo Pakatan Rakyat yg meminpin negara xtau r ape yang akan jadi..maybe kena jual jual kot negara kite ini..sedangkan nizar dari Pas pun dijadikan BoNEKA permainan untuk kepentingan politik mereka..dah tgk kan carta politik pakatan rakyat kat perak..melayu brape kerat je..sbb pakatan cam ni lah selangor n perak antara negeri pengeluar makanan berunsur babi yang terbesar di negara ini...bagus!!
tahniah diucapkan kepada pakatan rakyat terutama pemimpin pas n anuar ibrahim...

Danial Izzat Zulbahari said...

Apa yg aku nmpak, DAP ni mcm dominan sgt dlm apa2 PR nak buat.. biar jelah..hal depa.. hahaa

Raafiq Zakaria said...

politik malaysia kotoq.pr perangai cam celaka

Azie-Cipul said...

daniel bila nak aktif debate balik ni? we need ur talents and thoughts!!!

keretasorong said...

dh2 jom balik uia...

kite main squash jom...=P

huahauhauahauhau d=P

Pages