Friday, July 24, 2009

UMNO dan PAS: Berjuang untuk Islam

Assalamualaikum wbt. Selamat Sejahtera.

Saya berasa terpanggil untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan ahli dan penyokong Pas yang mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah part politik yang sekular dan tidak mahu Islam ditegakkan di bumi Allah ini sehingga ada yang berani mengeluarkan fatwa bahawa orang UMNO ini kafir. Amboi, berani betul orang ni ye mengkafir-kafirkan orang. Dah maksum agaknya. Yang peliknya, ahli-ahli Pas tidak pernah pula hendak menegur pemimpin mereka ini. Pelik bin Ajaib.

Wahai orang Pas, adakah anda sedar anda sedang menghukum saudara se-Islam anda sendiri? Hentikanlah perbuatan-perbuatan jahil seperti ini saudara-saudaraku. Harus diingat, UMNO juga misinya adalah untuk meletakkan Islam di hierarki tertinggi di bumi Allah ini. Jika benar UMNO ini menolak Islam dan "kafir", tidak akan diajar sistem perundangan Islam di universiti-universiti tempatan. Tidak akan diajar kepada para pelajar undang-undang bahawa Syariah itu wajib untuk dilaksanakan jika UMNO tidak mahukan Syariah. Jika benar UMNO ini kafir, boleh saja UMNO itu mengharamkan pengajaran tentang perundangan Islam di universiti-universiti. Sebaliknya UMNO mahukan para pelajar, golongan Muslim terutamanya untuk mendalami ilmu dan pengetahuan dalam bidang perundangan Islam.

Begitu juga dengan perkembangan sistem perbankan Islam dan sistem pendidikan yang berteraskan Islam. Kalau benar UMNO ini kafir, akan dirobohkan dan dilanyak-lanyak sahaja sekolah-sekolah pondok di negara ini. UMNO mahu Islam ditegakkan di dunia ini, tetapi harus diingat mekanisma dan modus operandinya berbeza dan lebih lembut yakni berhikmah. Kita harus jelas bahawa kita hidup di dunia yang kuasa dominannya adalah tamadun barat.

Maka untuk mencapai sebuah tamadun kerajaan Islam, pendekatannya haruslah dilakukan perlahan-perlahan dan bersistematik agar tiada pihak yang tersinggung apatah lagi kita hidup di bumi Malaysia yang mana tinggalnya masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jika kita terus melakukan promosi besar-besaran inginkan sebuah kerajaan Islam, Islam itu akan dipandang tamak dan pentingkan diri oleh golongan bukan Islam.

Nabi Muhammad saw juga memulakan misinya untuk mengembangkan Islam dengan dakwah secara bersembunyi. Ini untuk mengelakkan masyarakat setempat daripada dilanda kejutan dan pastinya idea itu akan ditentang oleh golongan bukan Islam seperti mana yang DAP lakukan.

Oleh itu, Pas dan UMNO harus bersama-sama untuk menjalankan dakwah di bumi Malaysia ini kerana kedua-duanya adalah parti Islam agar Islam itu dipandang mulia oleh masyarakat. Begitu juga, jika ada kelemahan dalam pelaksanaan kedua-dua parti ini, ubahlah. Berubah sebelum rebah. Sekian. Wallahualam.

3 comments:

{~Marvellous Boyz~] said...

memang benar seperti yang penulis katekan sebentar tadi...
PAS sebuah parti yg dianggap 'otai' atau org lama dalam bidang politik ini sepatutnye lebih menyedari hakikat bahawa mereka lebih banyak melemahkan umat islam dinegara kita ini..segala fitnah dan cacian yang dilemparkan oleh mereka telah banyak memecah belahkan org melayu dan khususnya umat islam di negara ini...

Dengan berbekalkan propaganda membentuk malaysia sebagai sebuah negara islam sepenuhnya telah mengundang pelbagai masalah antaranya isu keagamaan dan perpaduan kaum...

memang tidak salah tp adakah PAS pikir kite sekarang berada di zaman apa..memang tidak akan berjaya hasrat mereka kecuali kaum dan agama lain diusir dari negara ini tetapi amat mustahil ianya akan berlaku...

islam tetap boleh di tegakkan dengan jayanya di negara kita ini dan mungkin negara kita akan dikenali sebagai negara islam yang paling disegani seperti pemerintahan sahabat2 Nabi Muhammad s.a.w

seperti saudara katakan negara kite negara majmuk n hati serta kepentingan sume pihak perlu diambil kira..kita perlu berhikmah tetapi tegas dalam melaksanakan dasar2 islam dalam negara kite ini untk kebaikan bersama..baru lah islam dipandang mulia di kalangan masyarakat lain...wallahualam

Danial Izzat said...

terima kasih. sy sekadar berkongsi pendapat sahaja..

mizbi said...

salam..

saudara,
penulisan yang baik cuma bg saya ada beberapa perkara yang kita berbeza pandangan. walaupun saya seorang penyokong dan pendokong parti pas, namun saya tidak lah mengatakan umno kafir cuma umno tidak mahu melaksanakan islam. tu je.

mksudnya, umno tidak mahu melaksanakan islam secara keseluruhan.itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. ini kerana umno sebagai parti pemerintah tidak menjalankan urusan negara berpandukan al-quran dan as-sunnah. begitu juga pemimpin umno sendiri. ramainya yang yg terlibat dengan rasuah, tidak menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang diberi panduan oleh Allah melalui Nabi saw.

saya juga ingin membetulkan sedikit kesilapan dlm penulisan saudara yang mana saudara berpendapat islamnya sesebuah kerajaan dengan hanya membenarkan pengajaran mengenai perundangan syariah diajar di universiti tempatan, pengamalan sistem perbankan islam dan sistem pendidikan berteraskan islam. saya suka mengingat kan saudara islamnya sesebuah kerajaan atau negara sekiranya mengamalkan "iqamatin din, wasia satuddunya bih" yg bermaksud menegakkan kan islam dan MENTADBIR DUNIA DENGAN NYA(AGAMA ISLAM).

itu yang diajar oleh islam. mcm mane kalo pemimpin atau kerajaan sendiri tidak mengamalkan islam, mahu memastikan rakyatnya mengamalkan islam. sedangkan "an nasu'ala dini mulukihim" yang bermaksud rkyt akan mengikut agama pentadbir atau pemimpin.

saya sangat khuatir generasi akan datang salah faham tentang islam yang sebenar sekiranya kerajaan menyatakan kita telah melaksanakan islam secara keseluruhan, sedangkan kerajaan kita masih belum melaksanakan islam secara keseluruhan. generasi yang akan datang mungkin beranggapan betapa mudah dan longgarnya islam.

akhir kalam, saya bersetuju umno dan pas bergabung yang mana cara penggabungan ini adalah bubarkan umno dan semua ahlinya masuk pas. kemudian, kita sama-sama bantu islam dan bangsa kita, melayu..

insyaallah...

Pages