Thursday, August 13, 2009

Melayu Liberal

Assalamualaikum wbt.

Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita perihal sikap segelintir manusia yang mempunyai daya pemikiran liberal. Ini bukan posting berbaur politik yang menyokong PAS ataupun UMNO ataupun apa-apa saja gerakan politik. Bukan. Cerita ini hanya berkisar tentang golongan yang mempunyai pemikiran liberal.

Di alma mater saya sendiri, UIAM, ada saja sekolompok pelajar yang pemikirannya sebenarnya masih belum matang walaupun dipuja-puja sebagai orang yang matang. Secara fizikalnya, ya, mungkin golongan ini sememangya orang-orang yang kuat membaca dan segala ilmu yang diambil daripada pemikiran ideologi barat telah meresap menjadi darah daging mereka.

Saya sendiri terkejut apabila saya sendiri mendengar yang pendukung liberalism ini tidak sukakan pada sistem Kesultanan Melayu sedangkan dia sendiri adalah seorang Melayu. Dia juga tidak sukakan agama Islam diangkat menjadi agama rasmi sedangkan dia sendiri adalah seorang Islam. Kononnya, kita mahukan kesamarataan pada abad ini. Korang ni tak sedar diri ke? Astaghhfirullah hal azim..

Saya tidak mahu mendedahkan siapa gerangan manusia ini kerana pemikiran yang seperti inilah sebenarnya adalah nanah dan najis kepada sesebuah masyarakat Muslim seperti di negara kita. Malas nak cakap banyak. Semoga Allah swt menyelamatkan bumi ini daripada golongan-golongan yang mempunyai pemikiran sebegini yang sememangnya akan merosakkan bangsa dan agama sendiri. Wallahualam.

4 comments:

marwan_amz said...

Antara punca kemunculan golongan liberal ini ialah kerana golongan ini didedahkan oleh penghayatan agama yg terlalu syadid atau ekstrim sehingga menyebabkan mereka sukar utk bernafas, lalu sebagai tindakan mereka cuba untuk keluar dari konkongan penghayatan Islam yg syadid ini kepada sebuah penghayatan Islam yg terlalu bebas, maka lahirlah golongan liberal......

Danial Izzat said...

ada benarnya kata2 anta...

afif said...

pelajar undang2 di universiti saya juga begitu
sangat liberal pemikiran mereka
mungkin ini disebabkan oleh asuhan pensyarah mereka

noname said...

saya rasa sebab utama kemunculan golongan ini adalah cubaan mereka untuk membebaskan diri daripada perhambaan atau rasa terikat pada hukum-hukum Allah.
Dan akhirnya, mereka cuba untuk bebas dari menghambakan diri kepada Allah, tapi termasuk pula jerat perhambaan kepada nafsu dan ideologi-ideologi manusia yang banyak khilafnya.
Kita perlu belajar dan beringat, bila kita tak mengikut Allah, maka kita akan mengikut salah satu dari dua ini (1) syaitan atau (2) nafsu.
dan konsep kesamarataan bukanlah bererti keadilan, dalam banyak keadaan kesamarataan adalah punca berlakunya kezaliman. ada masanya kesamarataan itu perlu, ada masanya tidak, dan keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan memukul borong secara semborono.
mereka merasakan diri mereka sangat tinggi dan bijak, namun hakikatnya, manusia mula menjadi bodoh apabila mereka merasakan diri mereka telah cukup bijak.

Pages