Sunday, June 21, 2009

Finale Wind Orchestra SBP/Kluster 2009

Pada 20 Jun yang lalu iaitu semalam, saya sempat menonton pertandingan Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Kluster yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Saya hadir untuk menonton pertandingan ini kerana dua orang adik saya mewakili sekolah masing-masing di dalam pertandingan ini.

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang bertanding di peringkat finale:

1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar
3. SM Sultan Abdul Halim, Jitra
4. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
5. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
6. SMJK Ave Maria Convent, Ipoh
7. Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban
8. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Sememangnya diakui, pertandingan akhir pada tahun ini sangat mengasyikkan terutamanya bagi pasukan-pasukan yang mempersempahkan lagu-lagu yang berentak rancak seperti SAS, SMSAH, TKC, SDAR dan MCKK. Sememangya bagi saya yang tidak mendalami ilmu muzik ini, saya lebih cenderung untuk menggemari persembahan-persembahan yang bertenaga dan rancak.

Dan seperti yang dijangka, pasukan-pasukan underdog seperti SDAR dan SMSAH telah berjaya membuka mata semua pihak dengan mempamerkan persembahan yang sangat mantap. Contohnya seperti SMSAH. Walaupun sangat ketiadaan penyokong kerana tidak membawa para pelajar mereka hadir memberikan sokongan, tetapi sejurus mereka menamatkan persembahan, mereka diberikan tepukan gemuruh oleh para penonton kerana persembahan yang dipersembahkan sangat bertenaga sedari awal permulaan.

Pertandingan berakhir dengan tersingkirnya dua jaguh di dalam pertandingan ini iaitu SAS dan SSP yang hanya mampu menggondol saguhati di samping MCKK, STAR dan juga Ave Maria Convent.

Tempat Pertama: TKC
Tempat Kedua: SDAR
Tempat Ketiga: SMSAH
Tahniah kepada semua!

Pages