Friday, June 5, 2009

Moderation

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Tanpa menyebut nama Datuk Seri Mohd Najib Razak atau kes khusus yang dihadapi pemimpin negara itu, presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar pagi ini berkata:

"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

Keratan laporan di atas diambil daripada laman maya Malaysiakini.com. Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tentang perasaan terharu saya apabila Haji Hadi mengusulkan cadangan sedemikian iaitu untuk membawa ataupun mengheret si polan-si polan yang memfitnah dan terus menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan Altantuya.

Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan di dalam pentadbiran tanah air kita agar sikap taksub terhadap kepentingan peribadi tidak berlaku. Cadangan Haji Hadi ini melambangkan sikapnya yang tidak taksub kepada entiti-entiti lain kerana selain daripada Haji Hadi, begitu banyak pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang yang terus mempropagandakan fitnah terhadap Datuk Seri Najib tanpa dikonkritkan dengan sebarang bukti walaupun Datuk Seri Najib telah bersumpah mubahalah untuk menafikan penglibatan beliau di dalam kes tersebut.

Sikap kepimpinan yang tawazzun(moderate) inilah yang wajib dimiliki oleh sesiapa jua supaya kita bersedia untuk mengubah apa yang batil dan memperbaiki apa yang sahih.

No comments:

Pages

0 comments: