Assalamualaikum wbt.
Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita perihal sikap segelintir manusia yang mempunyai daya pemikiran liberal. Ini bukan posting berbaur politik yang menyokong PAS ataupun UMNO ataupun apa-apa saja gerakan politik. Bukan. Cerita ini hanya berkisar tentang golongan yang mempunyai pemikiran liberal.
Di alma mater saya sendiri, UIAM, ada saja sekolompok pelajar yang pemikirannya sebenarnya masih belum matang walaupun dipuja-puja sebagai orang yang matang. Secara fizikalnya, ya, mungkin golongan ini sememangya orang-orang yang kuat membaca dan segala ilmu yang diambil daripada pemikiran ideologi barat telah meresap menjadi darah daging mereka.
Saya sendiri terkejut apabila saya sendiri mendengar yang pendukung liberalism ini tidak sukakan pada sistem Kesultanan Melayu sedangkan dia sendiri adalah seorang Melayu. Dia juga tidak sukakan agama Islam diangkat menjadi agama rasmi sedangkan dia sendiri adalah seorang Islam. Kononnya, kita mahukan kesamarataan pada abad ini. Korang ni tak sedar diri ke? Astaghhfirullah hal azim..
Saya tidak mahu mendedahkan siapa gerangan manusia ini kerana pemikiran yang seperti inilah sebenarnya adalah nanah dan najis kepada sesebuah masyarakat Muslim seperti di negara kita. Malas nak cakap banyak. Semoga Allah swt menyelamatkan bumi ini daripada golongan-golongan yang mempunyai pemikiran sebegini yang sememangnya akan merosakkan bangsa dan agama sendiri. Wallahualam.