Monday, August 8, 2011

Kewajipan Menutup Aurat

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An-Nur: 31)

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (HR Bukhari)

"Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu Dawud)

*************************************************************************************************************

Daripada ayat Quran dan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan perintah Allah terhadap golongan wanita untuk menutup aurat. Maka di sinilah kita perlu memainkan peranan. Menagapa dalam masyarakat kita yang sememangnya Islam ini, di kala kita mengamalkan solat-solat fardhu, kita juga berpuasa, membayar zakat, bernikah mengikut kaedah Islam, pergi haji dan sebagainya, amalan untuk bertudung masih lagi tidak meluas. Masih banyak Muslimah di luar sana yang "membogelkan" aurat mereka.

Persoalannya kenapa masih tidak bertudung sedangkan sedari kecil, sedari di sekolah rendah kita telah pun diajar bahawa menutup aurat itu wajib. Dari segi menutup rambut dan leher. Begitu juga dengan menutup anggota badan yang lain dengan pakaian-pakaian yang semoleknya.

************************************************************************************************************

Allah telah berfirman di dalam ayat 59 surah Al-Ahzab,

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

Makanya telah pun digariskan oleh Allah etika pemakaian kaum Hawa. Kerana pada hari ini, masalah juga. Yang bertudung, tapi masih nampak rambut. Yang betudung, tapi bajunya masih ketat dan sebagainya.

Kaum wanita sepatutnya melindungi kecantikan dan kejelitaan mereka. Bukan menayangkan ia kepada seluruh pelusuk alam untuk menjadi jamuan mata mana-mana lelaki.

Tuntas, selaku umat Islam yang rasa bertanggungjawab terhadap agamanya, marilah kita sama-sama membuat pembaharuan untuk membawa kembali Islam itu ke dalam kehidupan masyarakat kita secara syumul atau secara menyeluruh dalam erti kata lain.

Saturday, August 6, 2011

Kenapa Masih Bergosip Ketika Ramadhan?

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan.

1. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk mengerjakan amal ibadah di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Menurut hadis Rasulullah SAW, setiap amal yang dikerjakan sepanjang bulan yang penuh baraqah ini digandakan sebanyak 70 kali ganda.

2. Peluang untuk melipatgandakan jumlah pahala terbuka luas dalam bulan mulia ini. Buatlah amal apa sajaha, InsyaAllah boleh dijadikan bekalan semasa di akhirat nanti.

3. Cuma satu saja masalah masyarakat kita. Pada bulan yang masih mulia ini, walaupun perut berkorban menahan rasa lapar dan dahaga, amalan seperti menjaja cerita atau bergosip masih luas berleluasa.

4. Saksikan saja program Melodi yang disiarkan di TV3. Pasti akan ada saja cerita-cerita artis bergaduh yang disiarkan sehingga mencetuskan pertelingkahan sesama mereka yang pada mulanya mungkin tidaklah besar sebelum di"komersialkan".

5. Kita semua seia sekata percaya bahawa amalan-amalan seperti ini bukanlah perkara baik, jadi mengapa pada bulan yang penuh keberkatan ini, amalan ini masih berleluasa. Adakah kita merasa selesa dengan sumber rezeki kita yang puncanya hasil menjaja cerita orang lain?

6. Begitu juga di media-media cetak ceperti di dalam majalah-majalah hiburan dan juga di blog-blog yang aktif menulis tentang gosip. Tuntas persoalannya, mengapa kita tidak menghormati Ramadhan yang mulia ini dengan membuang amalan-amalan yang ditegah Allah SWT?

7. Moga reformasi terhadap fikrah umat Islam kita dapat juga berlaku untuk meletakkan Islam itu sebagai Ustaziatu 'Alam suatu hari nanti. Dan titik mulanya mesti bermula daripada sekarang!

Monday, August 1, 2011

Doa Berbuka Puasa

1) Doa berbuka untuk seorang.

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..

Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

2) Doa berbuka beramai-ramai.

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia-Singapore (First Leg) : Tanah Tumpahnya Darahku

5-3.

Keputusan akhir di Stadium Jalan Besar untuk pusingan pertama pertembungan di antara Singapura dan Malaysia. 90 minit permainan penuh dengan aksi-aksi yang menarik di antara kedua-dua buku bertemu ruas ini. Dua kad merah dilayangkan sang pengadil.

Sememangnya pertembungan di antara Sang Singa dengan Harimau Malaya inis entiasa menjadi perhatian kedua-dua rakyat jelata negara Singapura dan Malaysia kerana hubungan sejarah yang telah lama terjalin.

Walaubagaimanapun, perlawanan di Stadium Jalan Besar ini saya kira patut kita banggakan sebagai anak jati Malaysia. Cuba bayangkan, skuad Singapura kali ini betul-betul semakin ramai jumlah pemain luar negara yang diambil menjadi rakyat negara republik itu, semata-mata untuk bermain bola sepak lantas mewakili Singapura di pentas antarabangsa.

Perkara ini sangatlah berbeza jika dibandingkan dengan budaya di Malaysia yang lebih selesa menggunakan kudrat anak-anak tempatan. Ini bukanlah suatu masalah untuk Harimau Malaya.

Lagi satu masalah yang berlaku di pusingan pertama adalah penggunaan padang sintetik di Stadium Jalan Besar. Sememangnya Singapura mempunyai kelebihan kerana mereka bermain di padang sendiri yang pastinya telah mereka gunakan selalu jika dibandingkan dengan pasukan Malaysia yang sememangnya menggunakan padang rumput asli di stadium-stadium negara kita.

Akhir kata, perjuangan kita masih panjang. Kita punyai 90 minit lagi di Bukit Jalil!

Malaysia Boleh!

Tuesday, July 19, 2011

Harimau Malaya vs Singapore Lions

No words can describe the feeling about this great match. Two rivals wiill be battling for one mission, that is the World Cup . Who will win? For me, surely I'm supporting our Harimau Malaya. Yes, we can!

23rd July 2011
First Leg: Singapore vs Malaysia
Jalan Besar Stadium

28th July 2011
Second Leg: Malaysia vs Singapore
Bukit Jalil National Stadium

"Singapore, Malaysia will always be the most special game because of the rivalry
(on the football field) that we have between the two countries."

Malaysia Boleh!

Monday, July 4, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

*artikel ini sy ambil dari iluvislam.com, nukilan Samskhad. Moga bermanfaat.

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Thursday, June 30, 2011

Kejayaan Sepah hadir dengan usaha!

Assalamualaikum.

Baru hari ini sempat update kan laman blog ini. Tiada apa yang ingin ditulis sebenarnya. Tetapi sepanjang minggu lalu saya berasa sangat tersentuh dengan program Maharaja Lawak (ML). Pastinya saya ingin berkongsi sedikit bicara selepas ML melabuhkan tirai finalnya pada hari Jumaat yang lalu.

Seperti yang semua tahu, kumpulan Sepah berjaya menggondol gelaran juara untuk ML ini. Sebenarnya jika kita perhalusi kembali detik-detik permulaan Sepah daripada zaman Raja Lawak 3 lagi, kumpulan ini sememangnya tidak pernah mengecewakan dalam memberikan persembahan kepada para penonton.

Sepah dianggotai oleh tiga orang pemuda luar bandar yang berasal dari Johor; Jepp, Mamat dan juga Syuib. Bukanlah ingin terlalu mengagung-agungkan mereka, tetapi saya rasa banyak yang boleh kita pelajarai daripada kumpulan Sepah ini. Satu moral yang boleh kita pelajari adalah pastinya sikap tidak berputus asa.

Jika dilihat pada sejarah hidup setiap ahli Sepah ini, kesemua mereka merupakan para pekerja yang berada dalam sektor yang sering dipandang masyarakat sebagai karier kelas kedua. Namun di atas kesungguhan mereka mengambil langkah pertama untuk memajukan diri berserta dengan usaha yang gigih, mereka berjaya mengecap kejayaan.

Saya amat kagum dengan usaha dan kejayaan mereka dalam membawa diri mencapai kejayaan. Mungkin masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada Sepah!

Sunday, June 26, 2011

Reformasi Politik Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Saya berasa sangat terpanggil untuk meberikan sedikit buah fikiran kepada para pembaca. Secara jujurnya, saya sangat risau dengan perkembangan politik orang Islam di bumi Malaysia ini. Menurut Artikel 160 di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu adalah Islam. Maka saya tidak mahu berbicara secara teori tentang politik Islam. Sebaliknya saya lebih mahu mengupas tentang hakikat realiti politik orang Islam di bumi bertuah ini.

2. Saya sempat menonton kembali video debat "Wacana Transformasi Politik yang diadakan di Kelantan 2 tahun yang lepas. Debat yang menemukan di antara Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.

3. Debat yang pada mulanya diadakan untuk membincangkan tentang evolusi transformasi politik negara saya kira telah gagal sama sekali. Bagi saya, penganjuran wacana ini adalah satu tindakan kurang bijak yang makin menunjukkan betapa umat Islam itu tidak ada penyatuan hati. Tidak ada jati diri untuk berjuang secara berjemaah.

4. Saya berasa sangat kecewa dengan metode perjuangan parti-parti politik di negara kita. Dan pada posting kali ini, saya tidak akan teragak-agak untuk bersuara menyentuh apa kekurangan yang perlu diubah dan yang perlu diislahkan(diperbaharui).

Wajib ubah:

a) UMNO mesti perjuangkan syariah. UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik umat Islam terbesar di Malaysia yang mempunyai pegangan kewangan dan profesional wajib mengislahkan penjenamaan perjuangan untuk meletakkan Islam di landasan tertinggi bumi ini. Tidak cukup untuk UMNO mengatakan mereka memperjuangkan Islam dengan hanya membina masjid-masjid. Tidak cukup dengan bersuara di peringkat antarabangsa tentang penghinaan terhadap rejim Zionis Yahudi. Tidak cukup dengan itu. UMNO perlu tampil dengan kehadiran pelapis-pelapis muda yang berfikrah Islamiyyah. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam seperti ahli wanita bertudung dan sebagainya. UMNO mesti tampil dengan kepimpinan yang berfikrah. UMNO mesti mempunyai pemimpin yang boleh menjadi Imam ketika solat. UMNO mesti mengawal media mengikut teras-teras Islam. Seperti penguatkuasaan hijab, ikhtilat dan lain-lain elemen asas kehidupan. UMNO perlu mengawal industi hiburan negara yang semakin melampau. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam! Perjuanagn menegakkan syariah bukan untuk PAS sahaja! Dengan ini, UMNO mampu untuk memperjuangkan Islam dan juga yang pasti kebajikan rakyat jelata.

b) PAS mesti menggunakan pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. Bukan dengan menuduh orang UMNO kafir dan sebagainya. Apa yang kita akan dapat dengan mengkafirkan sesama Muslim? Saya tidak nampak manfaatnya. Hanya akan menjauhkan UMNO daripada Islam. Saya tidak nampak cara PAS mendedahkan aib pemimpin UMNO sebagai mekanisme terbaik untuk berdakwah. Apa tidaknya. Apabila berceramah, pemimpin PAS akan bercerita mengenai keburukan para pemimpin UMNO dan disambut dengan gelak tawa para penyokong PAS. Adakah ini dakwah? PAS juga mesti lebih berani dan berprinsip untuk bekerjasama dengan UMNO untuk bersatu dalam satu perjuangan menegakkan Islam. Bukan dengan berganding bersama DAP yang terang-terangan berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sama rata. Saya masih tidak faham tentang perkara ini. Jika PAS menghukum UMNO sebagai kafir kerana UMNO tidak memperjuangkan syariah, apa pula hukumnya untuk ahli-ahli PKR dan DAP yang beragama Islam? Ini kerana DAP dan PKR bukan berjuang untuk menegakkan syariah.

c) PKR dan DAP: Saya tidak nampak kedua-dua parti ini mampu untuk menegakkan keluhuran agama Islam yang saya cintai. Hanya liberal semata-mata. Saya lihat pemimpin Islam di dalam PKR juga bersalaman sesama bukan jantina. Mungkin komen yang sama untuk UMNO boleh diberi kepada Muslim di dalam PKR. Kerana tak jauh bezanya.

Saya tahu generasi tua akan membenci artikel saya ini. Tapi saya tidak akan kisah kerana saya lebih berharap kepada generasi muda. Ini kerani generasi muda inilah generasi pelapis kepimpinan masa depan. Sesungguhnya tarbiyah itu bermula sedikit demi sedikit. Dan setiap Muslim berhak mendapatkannya. Tak kiralah yang berkopiah ataupun yang bersongkok!

Kepada generasi muda, saya menyeru dan menasihatkan diri saya dan kita semua untuk mentarbiyah diri. Kita perlukan didikan agama untuk memastikan kita dapat berjuang untuk Islam. Tidak kira wadahnya apa. Tetapi kita mempunyai matlamat yang sama. Islam itu memerlukan politik untuk dijelmakan. Tetapi asasnya adalah diri. Jika tarbiyah di dalam jiwa sudah mantap, InsyaAllah metode politik negara akan dipimpin oleh mereka yang berfikrah. Lantas selari menyahut "baldatun thoiyyibah wa rabbun ghafuur"

Pengislahan metode politik negara bermula daripada asas-asas Islam di dalam diri. Jangan lupa, Al-Aqsa menanti kita semua untuk dibela. Saudara-saudara kita di Palestin diperlaku bagai binatang sembelihan Zionis. Dan kita mempunyai suatu misi dan kerja yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah.

Bukan untuk bergaduh sesama sendiri bagai anjing dan kucing. Jangan terlupa, iblis dan syaitan bersorak-sorai melihat sesama kita bermusuh!

*Artikel ini diulang. Saya menulis artikel ini pada 13 September 2010.

Thursday, June 23, 2011

BERSIH 2.0 dan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan

1. Bismillahirmaniraheem. Salam sejahtera untuk sekalian pembaca. Isu yang paling hangat di dada-dada akhbar dan juga media massa lokal hari ini adalah pastinya tentang isu Bersih yang akan turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai yang akan datang. Pastinya apa yang ingin saya tuliskan di sini tidaklah sama ada menyokong mahupun tidak menyokong perhimpunan ini daripada diteruskan. Cuma mahu berkongsi sedikit pemerhatian dalam isu ini melalui konteks ilmiah.

2. Secara amnya, Bersih 2.0 diadakan untuk menuntut 8 perkara utama iaitu:
a) bersihkan senarai undi.
b) reformasi undi pos.
c) gunakan dakwat kekal.
d) akses media yang bebas dan adil.
e) tempoh berkempen minimum 21 hari.
f) perkukuh institusi awam.
g) hentikan rasuah
h) hentikan politik kotor.

3. Secara kasarnya, bagi saya tuntutan-tuntutan di atas yang mahu diserahkan kepada Suruhanja Pilihanraya adalah sangat baik dan amat mendukung sistem demokrasi yang kita amalkan.

4. Cuma yang menjadi persoalan yang masih belum terungkai adalah mengapa di jalanan? Apabila melibatkan isu berhimpun, maka Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan mesti diambil kira. Mengikut secara kasarnya, Artikel 10 menerangkan bahawa setiap rakyat Malaysia bebas untuk mempunyai hak berhimpun secara aman.

5. Dan isu baru yang akan timbul di sebelah pihak yang menentang perhimpunan ini adalah adakah perhimpunan 9 Julai ini aman?

Artikel 10(1)
  • (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
  • (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
  • (c) all citizens have the right to form associations.

6. Dan kalau dilihat daripada peruntukan di atas terma "peaceably" itu yang menjadi pertikaian dalam pendefinisian. Menurut Artikel 10(2) pula, Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan hak dan kuasa Parlimen yang pastinya adalah kumpulan eksekutif untuk menafikan hak-hak ini jika khuatir ianya melibatkan keselamatan Persekutuan.

Parliament may by law impose-
(b) on the right conferred by paragraph (b) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, or public order;

7. Jadi isu ini amat menarik untuk dibincangkan dalam dunia akademik kerana ia melibatkan dua perspektif yang berbeza dalam peruntukan Artikel 10 yang sama. Satu lagi persoalan yang boleh juga dibincangkan, adakah tanpa berhimpun, 8 tuntutan itu tidak dapat dilaksanakan?

Wednesday, June 8, 2011

Niat

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.”

(HR. Bukhari)

Fuhh. Sungguh terasa bila baca sedutan hadis di atas. Maknanya, selama kita hidup ini, apa sebenarnya niat yang kita tanamkan. Perlu muhasabah diri. Apa niat kita hidup? Apa niat kita belajar? Apa niat kita masuk ke universiti? Yang paling crucial, apa niat kita dalam menjalankan dakwah? Adakah kerana Allah atau ada alasan lain? Sangat perlu untuk memuhasabah diri!

Jika perkara-perkara yang kita lakukan kita untuk pujian dunia, maka kita akan mendapat pujian tersebut. Tetapi tiada nilai ganjarannya di sisi Allah. Itu yang kita tidak mahu. Kalau boleh biarlah segala apa yang kita lakukan adalah niatnya kerana Allah. Segala apa sekalipun.

Pages