Sunday, June 26, 2011

Reformasi Politik Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Saya berasa sangat terpanggil untuk meberikan sedikit buah fikiran kepada para pembaca. Secara jujurnya, saya sangat risau dengan perkembangan politik orang Islam di bumi Malaysia ini. Menurut Artikel 160 di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu adalah Islam. Maka saya tidak mahu berbicara secara teori tentang politik Islam. Sebaliknya saya lebih mahu mengupas tentang hakikat realiti politik orang Islam di bumi bertuah ini.

2. Saya sempat menonton kembali video debat "Wacana Transformasi Politik yang diadakan di Kelantan 2 tahun yang lepas. Debat yang menemukan di antara Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.

3. Debat yang pada mulanya diadakan untuk membincangkan tentang evolusi transformasi politik negara saya kira telah gagal sama sekali. Bagi saya, penganjuran wacana ini adalah satu tindakan kurang bijak yang makin menunjukkan betapa umat Islam itu tidak ada penyatuan hati. Tidak ada jati diri untuk berjuang secara berjemaah.

4. Saya berasa sangat kecewa dengan metode perjuangan parti-parti politik di negara kita. Dan pada posting kali ini, saya tidak akan teragak-agak untuk bersuara menyentuh apa kekurangan yang perlu diubah dan yang perlu diislahkan(diperbaharui).

Wajib ubah:

a) UMNO mesti perjuangkan syariah. UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik umat Islam terbesar di Malaysia yang mempunyai pegangan kewangan dan profesional wajib mengislahkan penjenamaan perjuangan untuk meletakkan Islam di landasan tertinggi bumi ini. Tidak cukup untuk UMNO mengatakan mereka memperjuangkan Islam dengan hanya membina masjid-masjid. Tidak cukup dengan bersuara di peringkat antarabangsa tentang penghinaan terhadap rejim Zionis Yahudi. Tidak cukup dengan itu. UMNO perlu tampil dengan kehadiran pelapis-pelapis muda yang berfikrah Islamiyyah. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam seperti ahli wanita bertudung dan sebagainya. UMNO mesti tampil dengan kepimpinan yang berfikrah. UMNO mesti mempunyai pemimpin yang boleh menjadi Imam ketika solat. UMNO mesti mengawal media mengikut teras-teras Islam. Seperti penguatkuasaan hijab, ikhtilat dan lain-lain elemen asas kehidupan. UMNO perlu mengawal industi hiburan negara yang semakin melampau. UMNO mesti kembali kepada asas-asas Islam! Perjuanagn menegakkan syariah bukan untuk PAS sahaja! Dengan ini, UMNO mampu untuk memperjuangkan Islam dan juga yang pasti kebajikan rakyat jelata.

b) PAS mesti menggunakan pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. Bukan dengan menuduh orang UMNO kafir dan sebagainya. Apa yang kita akan dapat dengan mengkafirkan sesama Muslim? Saya tidak nampak manfaatnya. Hanya akan menjauhkan UMNO daripada Islam. Saya tidak nampak cara PAS mendedahkan aib pemimpin UMNO sebagai mekanisme terbaik untuk berdakwah. Apa tidaknya. Apabila berceramah, pemimpin PAS akan bercerita mengenai keburukan para pemimpin UMNO dan disambut dengan gelak tawa para penyokong PAS. Adakah ini dakwah? PAS juga mesti lebih berani dan berprinsip untuk bekerjasama dengan UMNO untuk bersatu dalam satu perjuangan menegakkan Islam. Bukan dengan berganding bersama DAP yang terang-terangan berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sama rata. Saya masih tidak faham tentang perkara ini. Jika PAS menghukum UMNO sebagai kafir kerana UMNO tidak memperjuangkan syariah, apa pula hukumnya untuk ahli-ahli PKR dan DAP yang beragama Islam? Ini kerana DAP dan PKR bukan berjuang untuk menegakkan syariah.

c) PKR dan DAP: Saya tidak nampak kedua-dua parti ini mampu untuk menegakkan keluhuran agama Islam yang saya cintai. Hanya liberal semata-mata. Saya lihat pemimpin Islam di dalam PKR juga bersalaman sesama bukan jantina. Mungkin komen yang sama untuk UMNO boleh diberi kepada Muslim di dalam PKR. Kerana tak jauh bezanya.

Saya tahu generasi tua akan membenci artikel saya ini. Tapi saya tidak akan kisah kerana saya lebih berharap kepada generasi muda. Ini kerani generasi muda inilah generasi pelapis kepimpinan masa depan. Sesungguhnya tarbiyah itu bermula sedikit demi sedikit. Dan setiap Muslim berhak mendapatkannya. Tak kiralah yang berkopiah ataupun yang bersongkok!

Kepada generasi muda, saya menyeru dan menasihatkan diri saya dan kita semua untuk mentarbiyah diri. Kita perlukan didikan agama untuk memastikan kita dapat berjuang untuk Islam. Tidak kira wadahnya apa. Tetapi kita mempunyai matlamat yang sama. Islam itu memerlukan politik untuk dijelmakan. Tetapi asasnya adalah diri. Jika tarbiyah di dalam jiwa sudah mantap, InsyaAllah metode politik negara akan dipimpin oleh mereka yang berfikrah. Lantas selari menyahut "baldatun thoiyyibah wa rabbun ghafuur"

Pengislahan metode politik negara bermula daripada asas-asas Islam di dalam diri. Jangan lupa, Al-Aqsa menanti kita semua untuk dibela. Saudara-saudara kita di Palestin diperlaku bagai binatang sembelihan Zionis. Dan kita mempunyai suatu misi dan kerja yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah.

Bukan untuk bergaduh sesama sendiri bagai anjing dan kucing. Jangan terlupa, iblis dan syaitan bersorak-sorai melihat sesama kita bermusuh!

*Artikel ini diulang. Saya menulis artikel ini pada 13 September 2010.

5 comments:

-Abdul Rahman Fauzi Al-Hafiz- said...

saya bersetuju..

hamizanyusof89 said...

sy setuju dgn pendapat saudara...

-- NTAH™ ; Diri Hina™-- said...

Assalamualaikum wbt
hm.. rasanya jika saudara turut mengkaji dengan lebih terperinci berhubung dalil2 Naqli yang berkaitan dengan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh perti2 yang terlibat dengan politik di negara dan memasukkannya dalam hujah saudara adalah lebih baik.. kerana pertimbangan akal semata2 adalah pertimbangan yang mudah dipengaruhi unsur2 luar.. semoga kita semua diberi hidayah Allah SWT.. Wallahua'lam..

Danial Izzat Zulbahari said...

Abd Rahman dan Hamizan Yusuf- terima kasih. saya hanya memberi buah pndangan yang mungkin dangkal ini.

Ntah- Syukran. IAllah di masa mendatang akan menambah elemen2 seperti yg dinyatakan. artikel ini sy ulang siar. ada kelemahan-kelemahannya. terima kasih byk atas komentarnya :)

~Izzah Solehah Tajari~ said...

Assalamualaikum..

bersetuju dan ada sedikit kurang bersetuju jugak=)

bak kata ntah di atas ini, pengkajian yang lebih detail mungkin lebih bermakna untuk artikel ini.

Namun, perkara yang perlu menjadi titik tolak kpd kita untuk membuat penilaian biarlah lbh kpd kajian sejarah ataupun sirah nabi SAW.=)

wallahuálam.

Pages