Monday, May 30, 2011

Usrah Al-Mustaqdimin

Al-Mustaqdimin. Itu nama usrah kami. Maksudnya, "Yang Terkehadapan". Lebih kurang gitulah. hehe. Usrah ini pada asalnya adalah gabungan bersama usrah oleh Murabbi Mujahid Hasanuddin yang jumlahnya lebih kurang 12 ikhwah. Memang terlampau besar la kan. Akhirnya, dalam 12 orang ikhwah ini, kami dipecahkan kepada dua team. Usrah asal masih bersama Akh Mujahid, dan satu lagi usrah telah dipilih dan dianugerahkan seorang murabbi hebat, Akh Azraai Ahmad.

Tak kenal maka tak cinta. Tak kenal maka tak merasa. Itulah perasaan kebanyakan ikhwah apabila mempunyai seorang murabbi baru. Rasa lain je. Tapi itulah fitrah alam. Kalau belum kenal, memanglah tak mesra kan? ^_^

Maka bermulalah hari-hari tarbiyyah dipimpin oleh seorang murabbi yang kental jiwanya. Menyahut seruan untuk memiliki hati anak-anak usrah. Bukan mudah. Tapi murabbi ini berjaya melaluinya dengan cemerlanng. Satu-satu anak usrah mula mesra dengan beliau. Jika ada saja sebarang masalah, "Abg Azraai, boleh jumpa tak?"

Sampai begitu sekali penangan tarbiyyah oleh murabbi ini. Jom kita kenal-kenal dengan ahli keluarga Al-Mustaqdimin!

Azraai Ahmad.

Ini Murabbi kami. Kini pekerja sepenuh masa di IKRAM Gombak. Pada pendapat saya, beliau seorang yang lembut dalam tutur kata dan halus keperibadiannya. Seorang yang sangat memahami dan tidak lokek. Itu yang paling penting! hehe. Memang kami sangat beruntung memiliki seorang Murabbi seperti beliau memandangkan boleh kata beliau ini memang otai dalam bidang-bidang kerohanian. Berasal dari Kedah dan masih belum bernikah. hehe. Syukran Abg Azraai kerana sudi melayan kami yang berbagai-bagai kerenah. Moga Syurga Allah kita capai InsyaAllah!

Mohd Helmi Che Aziz.

Beliau merupakan seorang mahasiswa jurusan Perakaunan. Mempunyai keperibadian yang sangat berhemah. Orang kata boleh buat calon menantu lah. hehe. Berasal dari Johor membuatkan beliau sering balik kampung. Macam takde kena mengena je. hehe. Beliau merupakan seorang yang boleh dibawa untuk berbincang kerana walaupun ada kalanya beliau agak "nakal" tetapi pada masa-masa tertentu, beliau mampu menjadi seorang pendengar yang baik dan nasihat-nasihat yang diberikan sangat bernas. Akhi, ayuh sama-sama kejar mardhatillah!

Usaid Parid.

Manusia paling suci dalam usrah kami. hehe. Beliau tua setahun, maka beliau kelihatan sedikit matang. Tapi tak lah matang sangat pun hehe. Dalam usrah kami, beliau digelar Abg Long bersesuaianlah dengan usia yang lebih tua berbanding kami. Jujurya, beliau adalah seorang yang sangat ikhlas untuk membantu sahabat-sahabat. Dengan kereta kebal yang dimiliki, beliau serig menjadi driver untuk usrah kami ini. Beliau merupakan mahasiswa jurusan Usulludin yang sebelum ini menuntut di DQ. Berasal dari Negeri Sembilan membuatkan beliau amat menggemari makanan-makanan pedas ^_^ Akhi, syukran kerana menjadi seorang abang yang sangat baik.

Aliff Ismail.

Yang paling nakal. Yang paling aktif. Yang paling kuat berlawak. Seorang yang pandai berjenaka. Tapi kalau tengok dalam gambar ni macam tak percaya kan? Sebab ada persis Remy Ishak pun ada jugak. haha. Berasal dari Alor Setar membuatkan loghat beliau memang utagha na. haha. Walaupun suka melawak, inilah dia satu-satunya ikhwah kami yang paling happening. Yang paling berkesan untuk menjadi pemecah kesunyian. Amat payah dibayangkan jika usrah ini kehilangan Aliff. Hilang seri kata orang. Masih menuntut di dalam jurusan Perakaunan. Akhi, sesungguhnya jenaka-jenaka anda sangat menyentuh hati-hati kami untuk menyayangi enta. Moga ada ganjaran Allah!

Abdul Hakim Abdul Halim.

Beliau merupakan seorang peminat setia filem-filem hindi. hehe. Nama jolokan, Hrithik Roshan. ^_^ Masih menuntut di kuliah Undang-Undang. Berasal dari Manjung, Perak. Beliau merupakan seorang yang sangat suka untuk mengumpul koleksi-koleksi agama seperti hadis, ayat-ayat Quran dan sebagainya. Sering menjadi penasihat jika ada yang berada di dalam masalah. Sangat pemurah untuk menderma dan sebagainya. Dan beliau merupakan roommate saya! hehe. Masih bujang dan masih kacak. hehe. Moga Allah merahmati enta dengan baraqah yang seluas-luas alam akhi.

Mohd Ramdzan Abu Bakar

Berasal dari Pulau Pinang dan kini menuntut dalam bidang Perakaunan. Kembar kepada Aliff. Sangat kelakar. Tapi ada kalanya boleh menjadi sangat innocent. hehe. Beliau sangat suka membantu dan jarang sekali mendengar beliau memberi respon "tidak". Kalau ada ikhwah yang hendak ke Giant ke mana-mana ke dan mengajak beliau, pasti beliau tidak akan menolak semata-mata kerana harga sebuah ukhuwah. Seorang yang sangat ceria dan pandai berjenaka juga. Usrah ini akan hilang kekuatannya jika tiada beliau. Syukran akhi kerana menjadi sahabat untuk sama-sama kita berpimpinan hingga ke Taman Jannah!

Muhd Danial Izzat Zulbahari.

Berasal dari Selangor. Menuntut dalam jurusan Undang-Undang. Hmm, tak pandai pula nak menulis tentang diri sendiri. Ni je cukup kot. hehe. Kalau sesiapa nak cerita tentang ana, boleh tulis di bahagian komen ye. ^_^

**************************************************************************

Itulah Al-Mustaqdimin. Enam insan bersama seorang Murabbi. Tujuh bersaudara yang berusaha mencari redha Ilahi. Sma-sama saling mengasihi kerana Allah. Saling berkorban demi ukhuwah fillah. Benarlah moto IKRAM, "Ukhuwah Teras Kegemilangan". Moga kami semua menjadi rijal-rijal yang sedia mati di jalan Allah. Moga dakwah dan jalan tarbiyyah menjadi sandaran di dalam kehidupan. Moga mampu dicium harum Syurga. InsyaAllah!

"dalam usrah kita subur tarbiyyah"

Saturday, May 28, 2011

Mencapai Mardhatillah

Malam ini keadaan begitu sayu. Malam hening bagai menggambarkan rasa hati yang mahukan ketenangan. Bukan ketenangan apa yang dicari, sebaliknya ketenangan untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah). Diakui bukannya mudah untuk menjadi istiqamah.

Untuk menjadi Muslim yang sejati, pengorbanan itu satu kemestian. Bukannya mudah sebaliknya sangat sukar. Sangat sukar kerana bukankah nilai syurga Allah itu mahal harganya? Maka, untuk mencium bau syurga, perlulah ada pengorbanan dan usahanya.

Acapkali sering kita terlupa untuk bertaubat daripada dosa-dosa. Andai sudah bertaubat sekalipun, kita masih adakalanya akan mengulang kembali dosa-dosa tersebut. Begitu lemahnya jiwa dan hati seorang manusia ini. Sungguh beruntung buat mereka yang telah terpilih untuk istiqamah dan tsabat menjadi Muslim sejati. Berjihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Bukannya mudah untuk melawan. Maka untunglah buat mereka yang mampu.

Sungguh kuasa Allah itu melebihi segala-galanya. Hatta, sekeping hati pun hanya mampu disentuh olehNya. Bagaimana bumi ini mengelilingi matahari. Bagaimana ombak sentiasa akan memukul pantai. Bagaimana matahari dan bulan akan sentiasa bersilih ganti menemani bumi. Dari dulu hinggalah ke hari ini. Begitu hebat kuasa Allah.

Kita semua mengakui kuasa dan kebesaran Allah ini. Tapi masih, kita berbuat dosa. Sungguh hinanya kita. Di kala dosa-dosa berlarutan, Allah masih dengan sifat yang Maha Penyayang masih mengurniakan kita nikmat. Sungguh kita terlupa pada kebesarannya. Kita masih berbuat mengikut kehendak nafsu. Langsung tiada rasa untuk membalas cinta Allah.

Ya Allah, ampunkan kami di atas segala dosa-dosa yang telah kami lakukan. Ampunkan kami.

Wednesday, May 25, 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah

1. Akidah yang sejahtera.

2. Ibadah yang sahih.

3. Akhlak yang mantap.

4. Luas pengetahuan.

5. Sihat tubuh badan.

6. Mampu berdikari

7. Melawan nafsu.

8. Sangat menjaga masa.

9. Tersusun urusannya.

10. Bermanfaat untuk orang lain.

Muhasabah diri!

Tuesday, May 24, 2011

Kekasih

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu....

lagu Devotees

Sunday, May 22, 2011

Cinta Palestin

Palestin. Kenapa tiba-tiba mahu bicara tentang Palestin? Apa untungnya? Bukan negara kita. Bukan tanah tumpah darah kita. Lecehlah. Itu hal mereka, lantak merekalah orang Palestin. Yang penting di Malaysia ni aman dan damai serta sejahtera keadaannya.

Oh adik, jangan berfikiran begitu! Jangan! Jom kita sembang kenapa Palestin ni penting untuk kita walaupun kita bukan berwarganegara Palestin. Pertama kita mesti sedar bahawa di Palestin itu terdapat masjid ketiga tersuci di dalam agama kita Islam. Kedua, Masjid Al-Aqsa itu adalah kiblat pertama untuk umat Islam sebelum Allah menukarkannya ke Makkah.

Ketiga, yang sengsara di bumi sana adalah saudara-saudara kita dik. Saudara Islam kita. Memang tiada ikatan darah. Tapi sebagai manusia normal yang mengikut fitrah alam, adakah kita perlu berasa selesa dan tidak berbuat apa-apa untuk saudara-saudara kita yang berada di sana?

Sengsara di sana bukan main-main dik. Tengoklah gambar di atas. Kita yang di Malaysia ni kalau diacukanlah senapang ke pistol ke, confirm kita pengsan agaknya. Bayangkan dalam keadaan di atas, si ibu sanggup merisikokan nyawanya kepada tentera Zionis Israel yang kejam demi untuk menyelamatkan anak-anaknya. Itu cuma susana minor. Bayangkan bom dan peluru yang menghujani saudara-saudara kita di sana. MasyaAllah!

Takkan tak berasa apa-apa?? Di kala mereka sedang berperang mempertahankan nusa dan bangsa, kita di Malaysia bagaimana. Tak perlu ceritalah. Kalau di sana, mereka sehinggakan tidak cukup makanan untuk dimakan. Kita? Sampai terbuang-buang makanan. Mereka di sana menangis kehilangan ibu ayah. Kita di sini sibuklah menangis kerana putus cinta. Remaja mereka di sana berperang mempertaruhkan nyawa, kita di sini sibuk dengan program-program yang menambah dosa.

Kalau nak cakap pasal remaja kita dengan remaja mereka, memang bagai langit dengan bumi. Mereka tahu apa itu erti perjuangan dan pengorbanan. Kita? Leka dengan dunia. Hanyut entah ke mana. Merosakkan segala-gala. Hilang maruah, perut kembung pula. Kalau ada di antara kita yang dapat masuk U pun, sembahyang masih tak dijaga. Coupling haram masih berleluasa. Mulut mencarut-carut berbahasa lucah. Kenapa dik kita begini?

Dalam gambar di atas, remaja Palestin mengeluar keringat mengangkat jenazah rakan. Kita di Malaysia, busy dengan kawan-kawan sehingga melanggar perintah Islam. Dengan rambut tidak bertudung. Dengan lelaki berseluar pendek. Dengan bertepuk tampar di antara lelaki dan perempuan. Ke mana perginya kesedaran kita. Mana janji-janji kita kepada Allah semasa kita di alam ruh semasa sebelum kita dilahrikan? Adakah kita sudah lupa?

Kalau nak disuruh berperang mungkin kita masih lemah. Tak dinafikan. Tapi at least kesedaran itu mesti ada. Kesedaran terhadap keselamatan dan kebajikan saudara-saudara kita di tanah Palestin. Kesedaran dan kasih sayang kita terhadap Masjid Al-Aqsa. Islam itu indah. Kita mengaku ayat ini. Tapi apalah guna jika hanya kita lafazkan di lidah, tapi tiada perbuatan menjadi saksi.

Kita mahu adik-adik kita yang dilahirkan di sana dapat menghayati erti hidup ini. Sama seperti kita. Kalau kita di waktu kecil comel memakai baju Kiko, baju Kiki Lala, kita juga mahu adik-adik kita di Palestin merasa riang yang sama. Merasa kegembiraan yang tiada bedanya. Sama-sama gembira.

Tapi itu semua tidak akan berlaku jika kita sendiri tiada kesedarannya. Kita sendiri tidak faham pengertiannya. Kenapa perlu tolong Palestin? Isu Palestin ni dah lama. Sejak kita kecil-kecil lagi, dah tengok dalam berita cerita pasal Palestin. Sampai hari ini, tak habis-habis.

Sebab tak habis-habis itu lah, kita mesti tolong mereka. Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa. Kalau bukan esok lusa, mungkin bila kita sudah berkerjaya nanti. Yang mana sedang belajar perubatan, tanamlah azam untuk pergi ke Gaza merawat saudara-saudara kita di sana. Yang mana belajar undang-undang, tanamlah impian untuk lantang bersuara tentang hak yang mesti dicapai oleh rakyat Palestin. Begitu juga dengan yang belajar bidang-bidang lain. Semuanya ada manfaat untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pernah saya menghadirkan diri ke program Anda Bijak Jauhi Zina anjuran Radhatus Sakinah. Dua kali. Satu di UIA Gombak dan satu lagi di UIA Petaling Jaya. Mengalir air mata menonton video ini. (klik sini) Baru kita sedar selama ini, kita telah meletakkan cinta di tempat yang salah. Cinta pada seorang wanita. Cinta pada pangkat. Cinta pada harta. Tak salah cintakan itu semua. Tapi itu bukanlah prioriti yang membuatkan kita obses kepada mereka sehinggakan kita lupa terhadap cinta Palestin ini.

Mungkin di saat ini, kita masih belum bersedia untuk berperang. Tapi InsyaAllah di suatu hari nanti kita boleh membebaskan Palestin daripada air mata luka. Jika bukan kita, mungkin anak-anak kita. Kalau bukan anak-anak kita, mungkin cucu cicit kita. Tapi kesedarannya mesti bermula dengan kita! Mesti!

Takbir!!!

Thursday, May 19, 2011

Adab dan Ikhtilat di Facebook

Facebook sudah menajdi satu fenomena pada hari ini. Buka facebook setiap hari bagaikan satu kemestian. Di Facebook, kita boleh berkenalan dengan sesiapa saja. Isu yang menjadi perhatian adalah bagaimana kita menjaga adab dan ikhtilat di laman maya ini. Sempadan di laman maya ini sangat luas dan boleh dikatakan tiada sempadan langsung! Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Favebook tidak salah kerana ianya adalah medium yang baik untuk menyambung silaturahim dan memudahkan perhubungan persahabatan. Benar, memang tiada salahnya. Tetapi apa yang menjadi isunya adalah bagaimana mekanisme untuk kita menjaga adab dan sahsiah seorang Muslim apabila masuk ke dalam alam yang tidak bersempadan ini.

Kita akan diuji dengan gambar-gambar manusia yang pelbagai. Kebanyakan lelaki akan memberikan perhatian kepada profil-profil wanita yang sedap mata memandang. Dan akan mulalah langkah untuk mengayat dan sebagainya. Daripada awalnya yang tidak kenal apa-apa, menjadi kian rapat sehingga bertukar-tukar nombor telefon dan berkemungkinan untuk berkapel itu sangatlah tinggi apabila setiap hari saling menghubungi. Dari mula berkenal-kenal, akhirnya akan merindu-rindu.

Itu masalah pertama di antara masalah-masalah yang begitu banyak. Masalah kedua adalah bagaimana dengan gambar-gambar kita di alam facebook itu? Adakah benar sudah dijaga rapi? Adakah lenggok-lenggok badan kita ditunjukkan? Satu perkara perlu diingat, di facebook, sesiapa jua boleh "menonton" kita. 24 jam. Tiada henti.

Masalah yang lain pula, kita dengan tanpa segan silunya tidak kisah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti kita yang sememangnya membuka aib diri sendiri. Perbualan kita yang berbunyi manja di ruangan wall post juga mesti diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dengan yang saling jantina.

************************************************************************

Akhir kata, satu analogi boleh diberikan. Kita anggapkan ada sebilah pisau. Pisau ini yang sememangnya direka manusia adalah digunakan untuk memotong sayur, buah-buahan dan bahan makan yang lain. Ini adalah asbab kepada penciptaan sebilah pisau. Tetapi apabila pisau itu digunakan untuk membunuh dan mencederakan manusia, salahnya ada pada pisau atau pada tangan manusia tersebut?

Samalah juga dengan facebook. Kalau kita gunakan facebook dengan baik, maka baiklah ia. Kalau kita gagal menggunakan facebook seperti yang dituntut syariat, gagallah untuk kita menjadi Muslim yang baik. Ada yang kelihatan sangat sopan di alam realiti tetapi sangat berbeza perangainya apabila masuk ke alam maya ini. Jemput masuk ke link ini. (klik sini)

Moga ada manfaatnya dalam mengingatkan kita semua untuk menjaga ikhtilat dan adab selaku Muslim. Jangan kita jadi double standard. Hanya bersopan ketika di alam realiti. Tetapi menjadi "singa" yang menagih perhatian di alam maya. Tak kira lelaki alim, perempuan Muslimah, sesiapa jua boleh tersungkur.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (An-Nur:31).

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra':32)

“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32)

“Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah, maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah).” (Riwayat Tirmizi)

Yang penting gunakanlah facebook untuk kebaikan terutamanya dakwah. Kekuatan umat Islam ini bergantung kepada kita sendiri. Jika kita semua setuju bahawa facebook adalah platform yang mudah untuk menjalankan dakwah, maka gunakanlah ia dan elaklah daripada fitnah. Moga ada redha Allah. Wallahu'alam.

Wednesday, May 11, 2011

Thank You Allah...

Perlukan tempat menulis sebenarnya. Dah masuk lima bulan, tulang belakang saya masih di dalam pemeriksaan. Bukan tidak bersyukur, tetapi kesakitan makin serius rasanya. Nak bergerak selangkah pun dirasakan terlalu sakit. Pakar Ortopedik yang merawat saya mengesahkan bahawa tulang belakang saya telah lurus dan tidak lagi bengkok seperti orang biasa. Menurut beliau, apabila tulang belakang sudah lurus, memang kesakitan akan dirasai ke seluruh badan apabila kita mahu bergerak.

Kadang-kadang saya bagaikan hilang semangat disebabkan rasa sakit yang teramat sangat. Alhamdulillah, walaubagaimanapun saya berasa sangat bersyukur dengan anugerah cuti semester yang lama ini. Sekurang-kurangnya saya boleh berehat dan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa. Saya berasa agak janggal juga apabila doktor mengatakan bahawa penyakit yang saya alami ini tidak akan sembuh dan sebaliknya akan kekal hingga ke tua.

Saya diberikan ubat untuk dimakan setiap hari. Ubat yang dilabel sebagai "Mecobalamin" dan satu lagi saya tidak ingat. Dalam diam, saya berasa sangat sedih kerana di kala rakan-rakan remaja yang lain sihat untuk menjalankan kerja-kerja seharian seperti dakwah dan sebagainya. Ada kalanya saya terpaksa melawan sakit ini untuk bergerak. Saya tidak mahu menghampakan perasaan sahabat-sahabat yang berjuang di jalan ini.

Saya selalu cuba untuk memotivasikan diri dengan mengingati penyakit yang dihidap oleh Nabi Ayub. Pastinya lebih derita. Tetapi Baginda tidak sedikit pun mengeluh sebaliknya iman Baginda makin kuat dan tebal. Di kala sakit begini, baru saya dapat rasakan siapa sebenarnya yang benar-benar mengasihi saya. Saya berasa sangat bersalah kerana selama hidup ini, saya telah meletakkan cinta pada tempat yang salah.

Yang benar-benar menyayangi saya pastinya adalah Allah SWT. Saya tahu Dia menganugerahkan saya penyakit ini untuk membuatkan saya lebih kuat dan saya sangat yakin ada pengakhiran yang baik untuk saya nanti. Begitu juga dengan keluarga dan ikhwah sekalian. Tanpa anda yang memahami, saya sememangnya sudah tidak mampu lagi untuk menguatkan semangat.

Benar, cinta manusia itu bisa palsu dan hanya dibonekan dengan kata-kata. Di kala sakit ini, hilang semuanya. Tiada langsung rasa simpati dan khabar berita. Kini, saya mengerti kenapa Allah anugerahkan saya penyakit ini. Thank you Allah...

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (3:31)

Sunday, May 8, 2011

30th Legacy of AIKOL IIUM

30th Legacy. Itu nama kami. Kami adalah batch generasi ke 30 di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. UIAM sememangnya dikenali dengan kekuatan Fakulti Undang-Undangnya. 30th Legacy seringkali dianggap sebagai batch yang paling bersatu di dalam sejarah AIKOL. Bukan untuk mengapungkan batch sendiri, tetapi memang tidak dapat dinafikan, ada semangat unity di antara ahli-ahli batch ini.

Jika dilihat dari segi keaktifan pelajar, 30th Legacy telah mendominasi Law Students' Society(LawSoc) dan juga satu suara juga telah dimiliki di dalam SRC UIAM.

Semester depan, kami semua akan melangkah ke tahun ketiga. Tahun tiga agak unik. Sudah terasa senior mungkin :P

Cuti lima bulan sehingga September kelihatan agak menjarakkan kami sedikit. Tetapi dengan adanya teknologi seperti facebook, rasa rindu terhadap satu sama lain berjaya dikurangkan InsyaAllah.

Harapan kami hanya satu. Kami ingin menjadi bakal-bakal peguam, bakal-bakal hakim, bakal-bakal pendakwa raya atau sesiapa sahaja yang dapat menyumbang kepada ummah. Kepada sesiapa yang terbaca entri ini sama ada sengaja mahupun tidak, mohon dapat doakan kami semua agar menjadi Muslim berfikrah yang tidak hanya menumpang glamor sebagai mahasiswa dan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

ulasan lanjut akan dibuat semasa 4th year nanti. ^_^

Saturday, May 7, 2011

Muhasabah Diri

Kau seorang daie
Tapi ihsanmu masih tidak kuat

Kau seorang daie
Tapi amalmu masih tidak tetap

Kau seorang daie
Tapi kau masih seperti orang biasa

Kau seorang daie
Tapi kau masih membuang masa

Kau seorang daie
Tapi kau masih tidak "bergerak"

Kau seorang daie
Tapi kau masih tiada sabar

Kau seorang daie
Tapi kau masih gagal menyampaikan

Kau seorang daie
Tapi kau masih malas menambah ilmu

Kau seorang daie
Tapi kau masih baran

Kau seorang daie
Tapi kau masih belum fokus

Kau seorang daie
Tapi kau masih kandas dalam pelajaran

Kau seorang daie
Tapi kau masih tiada yakin

Kau seorang daie
Tapi hati dan cintamu masih bergelora

p/s: ingin menembak diri sendiri. dush! =.='

Monday, May 2, 2011

Bila Hati Berbicara

Maaf jika coretan ini agak bersifat peribadi. Apabila sudah peribadi sifatnya, pasti tiada manfaat kepada orang lain yang membacanya. Amat jarang sekali menulis perkara-perkara peribadi di laman ini. Tapi entah kenapa, hati meronta-ronta ingin menulis di laman maya ini. 

Sejak kebelakangan ini, begitu ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga. Rata-ratanya sudah bersedia untuk menjalani hidup berdua. Timbul juga rasa "cemburu" melihat kebahagiaan pasangan-pasangan yang sudah mendirikan separuh agama ini.

Bila sudah berkahwin, sudah ada lah peneman hidup yang akan sentiasa menyokong satu sama lain. Bila sudah berkahwin, rezeki makin luas. Bila sudah berkahwin, tanggungjawab dan amanah yang lebih besar akan mula dipikul.

Bila usia sudah menginjak ke angka 22, tipu sekiranya tidak difikirkan tentang perkara ini. Tetapi adakah memikirkan tentang perkahwinan sahaja? Apakah fungsi sebuah perkahwinan? Adakah hanya dengan bernikah, kemudiannya menerima zuriat, kemudiannya tua dan kemudiannya mati? Sudah pasti tidak.

Alhamdulillah, diakui diri ini sangat tidak lengkap. Sangat lemah. Walaubagaimanapun, diri ini berasa sangat bersyukur dengan adanya diri ini di dalam jalan dakwah bersama sahabat-sahabat yang lain. Bila sudah dipikul amanah seorang dai'e, ianya bukan lagi boleh menjadi mainan. Setiap amal menjadi contoh. Setiap perbuatan menjadi pedoman.

Begitu juga dengan isu-isu rumahtangga. Semuanya sudah dirancang dalam jemaah yang luas ini. Bila sampai suatu kadar, diri ini sudah berazam untuk meletakkan kepercayaan jodoh kepada jemaah. Bukan kerana kita seorang yang mata keranjang, sebaliknya, cinta terhadap dakwah akan membawa kita kepada menikah di jalan dakwah. Cuma, satu persoalannya yang sering mencabar jiwa. Adakah diri ini layak untuk seorang akhawat? Adakah layak? Adakah layak?Sentap setiap kali melayan perasaan ini.

Sampai di suatu saat, diri ini telah tekad untuk tidak lagi jenuh memikirkan siapa jodohnya. Tidak pening lagi memikirkan bagaimana untuk mencari pasangan. Cukuplah apabila sampai saatnya nanti, pertolongan Murabbi yang sangat dikasihi akan mohon untuk diguna. Teringat kata-kata seorang bekas Murabbi yang pernah mendidik. "Maksimumkanlah jalan dakwah selagi diri masih solo, bila sudah berdua, makin besar tanggungjawabnya!"

Agar Allah sentiasa menganugerahkan istiqomah kepada iman dan Islam tuan empunya diri ini.

Ameen.

Pages