Saturday, January 29, 2011

KCB

Manusia mudah jatuh cinta. Benarkah? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Kadangkala, ada yang mudah untuk dipukau dengan magik cinta hanya dengan paras rupa. Ada yang mudah terpanah dengan bait-bait kata yang manja dan menggoda. Ada yang ternoda dengan virus cinta ini hanya dengan di Facebook! Macam-macam bukan?

Mungkin jarang di antara kita yang terjatuh cinta dengan seseorang yang pada mulanya kita tidak mahu pandang pun. Selalunya orang-orang begini tidak merasa suntikan cinta pada pandangan pertama. Tetapi apabila dilihat dan diperhati sikap dan perangai orang yang “di-anti” nya tadi, secara tiba-tiba perasaan tertarik itu hadir.

Ini fitrah alam. Fitrah setiap insan. Sunnatullah. Adalah normal untuk setiap insan jatuh hati pada seseorang. Anda mungkin sedang teringat seseorang ketika ini. Ini fitrah. Tapi usah dilayankan sangat hadirnya impuls “seseorang” tersebut. Ada ustaz yang pernah berpesan, cinta yang membawa ke syurga adalah cinta yang halal sejak di awal permulaannya lagi. Maka jagalah seeloknya. Jangan cemarkan.

Untuk memiliki seseorang yang soleh dan solehah memang penuh dengan ujian. Ujian yang adalakanya amat menyeksa jiwa. Tapi benar kata-kata pepatah, “Nak dapat yang terbaik, mesti bersusah-susah dulu”. Tak mungkin anugerah yang hebat dan terhormat akan didapati hanya dengan cara yang mudah. Orang kata barulah kita menghargai sesuatu itu apabila sekeringat usaha dilaburkan untuk mendapatkannya.

Nikah itu ibadah. Maka adalah tidak khilaf untuk bersaing dalam usaha untuk memiliki seseorang untuk dijadikan calon pasangan. Cuma ada satu dalihan mengikut pendapat jumhur, “Wanita yang sudah bertunang adalah haram untuk diganggu”. Jika tidak, anda usahalah dengan sehabis baik untuk melaksanakan ibadah ini.

Akhir kalam, cinta dan pernikahan hanya akan hadir apabila sampai waktu yang sesuai dan juga insan yang sesuai. Jika masih belum memiliki cinta, tak mengapa. Allah akan anugerahkan kepada kita bila sampai waktu yang telah Dia tetapkan sejak di Lauh Mahfuz. Tunggulah dengan hati yang redha dan penuh tawaduk.

InsyaAllah jodoh terbaik untukmu akan kunjung jua. Jika bukan sekarang, maknanya Yang Maha Pencipta sedang “hold” untuk menganugerahkan insan yang hebat kepada anda bila sampai waktunya. Tugas anda sekarang, solehkan diri dan terus berdoa.

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26

Sunday, January 23, 2011

Antara Doktor dan Peguam

*Artikel ini diambil dari laman blog Karisma Melaka. Semoga bermanfaat untuk membuka minda para belia.

Isu kekurangan doktor, jurutera, akauntan dan lain-lain kerjaya profesional di negara kita bukanlah satu isu yang baru tetapi sudah sekian lama dikatakan. sejak kebeblakangan ini pula media arus perdana terus memaparkan beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai kesan daripada kekurangan ini.

Antaranya ialah cadangan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan ulangan di klinik kerajaan bakal dirujuk ke klinik swasta dalam usaha mengatasi masalah kekurangan doktor di negara ini

Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan berkata, pihaknya sedang melihat kemungkinan ia dipraktikkan bagi pesakit yang menghidap penyakit tertentu seperti kencing manis.Kerajaan jelas beliau, mungkin akan menanggung sepenuhnya kos perundingan dan perubatan untuk pesakit tersebut mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan pendekatan itu yang mana ianya masih di peringkat kajian dan Kerajaan akan membayar kos perundingan doktor serta perubatan.

Selain daripada itu baru-baru ini Kementerian juga mencadangkan untuk menghantar pesakit jantung kanak-kanak ke negara India untuk menjalani pembedahan dan rawatan disebabkan kekurangan pakar jantung kanak-kanak yang hanya 6 orang doktor pakar jantung kanak-kanak di negara kita disamping kos rawatan yang lebih murah di sana.

Dua contoh diatas sudah menunjukkan betapa seriusnya permasalahan kekurangan tenaga-tenaga pakar dalam bidang perubatan yang mana tenaga professional dalam bidang kejuruteraan, akauntansi dan lain-lain semestinya mempunyai senario yang lebih kurang sama.

Tetapi jika saranan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengubah kurikulum institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjadikannya lebih menjurus kehendak pasaran, sekali gus menangani isu pengangguran di kalangan siswazah diambilkira maka boleh dikatakan ianya adalah respon yang songsang bagi isu ini.

Senator Lee Chee Keong, berkata, sistem kurikulum hari ini juga masih pada peringkat tradisional apabila pelajar cemerlang cenderung memilih bidang pengajian ‘tradisional’ seperti perubatan dan undang-undang, malah pemilihan bidang itu juga digalakkan oleh pengurusan IPT sehingga gagal melihat kepentingan bidang pengajian lain.

“Mentaliti tradisional ini harus kita ubah, banyak bidang baru seperti bioteknologi, angkasa lepas, teknologi kinetik dan sebagainya… apa sebab mentaliti orang muda balik-balik nak jadi doktor, jadi peguam.”

“Pada saya itu satu mentaliti yang terlalu tradisional, bagaimana dapat kita galakkan generasi muda kita untuk berhadapan dengan proses globalisasi pada masa akan datang,” kata beliau ketika membahas usul titah Yang Di-pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Katanya, siswazah perlu mengubah ‘mentaliti tradisional’ dalam pemilihan kursus pengajian di universiti, sebaliknya memilih bidang pengajian lain seperti bioteknologi dan kajian sains angkasa yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat global.

Memang diakui kurikulum tidak bersandarkan kepada kehendak pasaran kerja semasa, graduan akan merasai kesannya yang boleh mencetuskan masalah sosial di negara ini dan perlunya kepada penerokaan ilmu dalam bidang yang lain tetapi dengan senario kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang tertentu adalah dilihat kurang tepat jika dikatakan pemilihan kerjaya seperti doktor dan peguam adalah tradisional disamping tidak menolak perlu ada golongan yang menceburi bidang lain.

Sehubungan dengan itu sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pengambilan pelajar ke bidang-bidang pengajian di IPT perlu lebih telus dan memainkan peranan penting bagi memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam bidang tersebut. Adalah merugikan jika pelajar tersebut yang cukup syarat tetapi kerana hal-hal teknikal seperti dokumentasi, status bukan bumiputera dan sebagainya menyebabkan tidak mendapat tempat yang secara terus menyumbang kepada kekurangan pakar-pakar dan golongan profesional pada masa akan datang.

Ini adalah kerugian buat negara kerana pada masa akan mendatang tidak ada siapapun boleh menafikan akan timbul pula alternatif untuk mengimport pakar-pakar dari luar negara yang jelas bukan warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang mana secara tidak langsung akan mengakibatkan pengaliran keluar wang negara kita. Apakah kita perlu terus mengagungkan sistem pendidikan negara lain atas kuantiti dan kualiti mereka atau mengakui sistem pendidikan negara kita memerlukan kepada suatu rombakan?

Para pelajar yang masih berada dalam pengajian peringkat O-Level mahupun A-level perlu lebih terarah dalam mencatur masa depan mereka dengan mendapatkan nasihat dan pandangan berhubung pemilihan bidang pengajian di peringkat Universiti agar bidang yang dipilih adalah kompetitif dan bermanfaat kepada diri dan masyarakat dalam usaha kita untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.

Mahasiswa/i yang berada dalam pengajian hendaklah sedar bahawa amanah sedang tersadai dibahu mereka, menuntut keseriusan dalam menuntut ilmu maka tiada lagi masa untuk bergurau-senda, tiada lagi masa bercinta, bermadah pujangga atau berseronok kerana lembah berduri perlu diharungi dalam memartabatkan bangsa dan agama tercinta agar tidak diperlekeh orang disamping menunjukkan kita adalah bangsa berdaya yang akan terus memacu kepimpinan untuk perubahan berterusan menyelusuri jalan orang-orang berjaya yang terdahulu. Kerana Kita Dalam Berjuang!

Friday, January 21, 2011

Apabila Cinta Berbicara...

 *Sangat tersentuh bila baca satu artikel tadi. Moga dihayati agar dapat menjadi ibrah pada diri. Untuk kita ikhwah, jadikanlah motivasi. Banyak tugas menanti. Maka, kuatkanlah diri. Antara ringkasannya:

1. Usahalah menjadi seorang lelaki dan wanita yang soleh solehah sebelum mahu meminta itu dan ini.

2. Carilah teman hidup yang beragama bukan dengan wang ringgit, pangkat atau pun paras rupa.

3. Hormatilah ibu bapa, keluarga, dan masyarakat.

4. Belajar untuk jadi lebih matang seperti tidak melaghokan diri di dalam facebook atau lain-lain.

5. Sentiasa percaya wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

6. Persiapkan diri mulai sekarang! Menjadi seorang ibu dan bapa bukan kerja mudah.

7. Belajar untuk menghilangkan ego dalam diri.

8. Niat untuk berkahwin perlu jelas.

9.  Usah tergesa-gesa. Istikharah itu perlu sentiasa.

10. Ikhtilat atau adab pergaulan wajib dijaga. Sama ada dengan calon pasangan hidupmu ataupun bukan muhrim yang lain.

11. Cinta itu adalah suatu anugerah, maka peliharalah ia dengan baik. Agar apabila sudah bernikah nanti, dapat kau rasa bahagianya cinta.

Wallahu 'alam.

Monolog Perjuangan

    "Bila agaknya umat Islam akan bersatu? Hilangkan sengketa. Hilangkan prejudis rasa. Ada kalanya aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Memang selalu sudah rasa penat menjajah diri yang mahu mengubah persepsi masyarakat agar tidak taksub kepada parti.

   Sayang agama mesti melebihi sayang parti. Tak kiralah kau bulan mahupun keris. Akhlak anak muda makin musnah. Anak luar nikah makin berleuasa. Coupling sudah diterima menjadi budaya. Ada yang berdakwah, tapi memaki hina. Kalau tak dibendung, memang Melayu akan hilang di dunia. Perjuangan pengislahan mesti diteruskan.

   Kesinambungan perpaduan Umat Muhammad mesti diikatkan. Tali perjuangan mesti dihebatkan. Dakwah wajib dilipatgandakan. Agar kita tidak menyesal di hari muka. Apabila anak cucu melupakan agama.

   Janji Allah itu pasti kan terlaksana. Hanya kita yang perlu memperjuangkannya..."

Thursday, January 20, 2011

Pabila Buta Sejarah

Pabila buta sejarah

Kau terlupa kewajipanmu

Kau terlupa perjanjianmu

Kau terlupa perjuanganmu

Pabila buta sejarah

Kau terlupa perjuangan Rasulmu

Kau terlupa pengorbanan Sahabat

Kau terlupa kesatuan para sufi

Pabila buta sejarah

Kau terlupa Islam nadi tamadunmu ribuan tahun dulu

Pabila buta sejarah

Kau terlupa moyangmu berhabis darah melawan musuh

Pabila lupa sejarah

Kau terlupa tamadunmu dulu pernah menerajui dunia

Pabila buta sejarah

Kau terlupa kekuatan dan kegagahan kita

Dulu kita pernah berjaya

Dulu kita pernah punya empayar

Dulu kita bukan bangsa pengguna

Dulu kita bukannya manusia papa

Dulu kita tiada sengketa

Tapi kini kita berbeda

Kini Yahudi Nasrani dok ketawakan kita

Sebab asyik bertelagah sesama bangsa

Hari ini juga kita berbeda

Anak haram banyak dari kita

Pusat serenti penuh dengan umat kita

Lumba haram semuanya anak-anak kita

Bohsia rogol kita yang conquer

Masih tidak malukah kita?

Dijadi bahan ketawa anak-anak Yahudi

Tapi tak boleh nak salahkan  mereka

Semua kerana berpunca dari diri kita

Yang tidak mahu bertaut di bawah payung yang sama

Monday, January 17, 2011

Malaysian Medical Council

1. I still do not have a valid reason why the Malaysian Medical Council(MMC) had limited the amount of students in our local medical school.

2. It's the fact that every one of us know that medical course is one of the critical field in our country today.

3. It's also a solid fact JPA had prioritize to send SPM leavers to study medicine compared to the other courses. We have to accept that medical course is the most important and critical eventhough other courses such as Pharmacy, Dentistry, Biotechnology and Engineering are important as well.

4. The ratio of 1 medical doctor towards 4,000 people is very dangerous. It might cause such a bad consequences towards the quality of the doctor's treatment. It also affect the patients' hospitality.

5. It had been a bad moment for the medical students in Cyberjaya University College of Medical Sciencess(CUCMS) where the MMC had threaten for not authorize their MBBS(Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery) if the university do not decrease their students to 150 people for one batch.

6. MMC claimed that the quality of the future medical doctor might be affected if the students are more than the quota agreed.

7. For me, I always believe that we have a lot of potential SPM leavers to further their studies in medical course. But their ambition had been demolished by this MMC so called rules and regulations.

8. Trust me, if MMC are still on their premise to control the amount of medical students, it will be forever that Malaysia will be lacking of the existence of qualified medical practitioner.

9. What should they do is to collabarate with the government to upgrade the quality of our medical schools so that these institutions could provide places for their students.

10. This is much much better compared to control the amount of our medical students.

Muhd. Danial Izzat bin Zulbahari,
Welfare Exco of Law Students' Society
Ahmad Ibrahim Kulliyyah Of Laws
International Islamic University Malaysia

Monday, January 10, 2011

Usrah Pertama di 2011

9.20pm

usrah pertama tahun 2011.

sedang menunggu murabbi hadir.

usrah titian pengikat ukhuwah

jiwa-jiwa pemuda yg akan berjuang!

"Dalam usrah kita subur tarbiyah"

-danial-

Saturday, January 8, 2011

Nikmat Sakit

 Salam wbt. Semalam saya dimasukkan ke hospital lagi. Disebabkan sakit dada dan sakit-sakit di bahagian bahu hingga ke tengkuk. Plus kaki kejang dan demam panas. Terus kedua ibu bapa saya menghantar saya ke Hospital Putrajaya.

Tapi alhamdulillah, tak perlu lama-lama ditahan di wad. Doktor Wan Fatimah Haji Ibrahim, doktor yang merawat saya mengatakan saya terlalu stress dalam berfikir hingga menyebabkan urat-urat di kawasan otak menjadi tegang dan risau jika ianya boleh menyebabkan darah tinggi atau lebih teruk, urat tengkuk boleh putus! Juga kaki kejang disebabkan terlalu banyak berjalan. Dan sakit-sakit dada disebabkan gastrik peringkat awal. Walaupun pada mulanya doktor mengesyaki bahawa saya menghidap jantung. Alhamdullilah tidak.

Syukur kepada Allah kerana mengurniakan nikmat sakit ini. Baru sedar tentang nikmat hidup dan ibrah yang paling penting, beramallah kamu sebelum kamu dimatikan. InsyaAllah.

Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar (Al-Baqarah: 155)

Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” (Al-Hadid: 22-23)

Wednesday, January 5, 2011

Harvard

Harvard Law School (also known as Harvard Law or HLS) is one of the professional graduate school of Harvard University and is regarded as one of the most prestigious institutions of legal education in the world. Each class in the three-year Judicial Doctorate(JD) program has approximately 550 students. In UK and Malaysia, the similar certificate called LLB. The first-year class is broken into seven sections of approximately 80 students who take most first-year classes together.

Harvard Law School has produced a large number of luminaries in law and politics. This prominent law school has also educated a significant number of leaders and innovators in the business world. In addition to their achievements in law and politics, Harvard Law alumni have also excelled in other fields. Many have gone on to become influential journalists, writers, media and business leaders and even professional athletes. As a curiosity Salsa singer, songwriter, actor and last but not least, politician.

Monday, January 3, 2011

Kitaran Usia

Alhamdulillah. Syukur masih bernafas pagi ini.

Hadir 2011 bermakna usia bakal meningkat kepada 22.

Dalam diam, maknanya, ajal makin hampir.

Selalu sangat dengar berita tentang kematian sejak dua menjak ni.

Semalam kelmarin mungkin ajal mereka.

Esok, lusa atau hari ini, mungkin kita pula?

Moga sempat bertaubat.

Moga bersih hati dan jiwa.

Moga Jannah menjadi destinasi.

Moga aman di alam kubur kelak.

Ya Allah, aku takut!

Pages