Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Segala puji-pujian buat Allah SWT yang tak jemu-jemu menyayangi hamba-hambaNya. Yang sentiasa Maha Penyayang walaupun hamba-hambaNya tak pernah henti melakukan kemungkaran sehingga musnahnya ketamadunan Islam itu sendiri. Yang mana kesan akhirnya, umat Islam kini begitu terhina di kalangan masyarakat dunia.
Seperti sedia maklum, ketamadunan Islam itu sangat-sangat berbeza dengan konsep ketamadunan yang lain. Tamadun Islam itu menekankan kejayaan yang bersifat holistik. Yang mana Tamadun Islam itu mengejar kejayaan bukan saja di dunia fana ini, tetapi skopnya juga merangkumi kejayaan di akhirat.
Ketamadunan Islam itu terbentuk apabila masyarakatnya mengamalkan Islam sebagai teras kehidupan. Islam menyeru umatnya untuk menjadi umat yang berjaya di muka bumi ini. Yang mampu memimpin kelangsungan survival manusia dan alam semesta mengikut perintah Allah swt yang bukan sahaja melindungi kehidupan Muslim, tetapi juga bukan Muslim kerana Islam itu sentiasa adil hingga ke hari kiamat.
Tamadun Islam itu sangat unik. Bila mana tamadun barat yang hanya mengejar elemen materialisme, ketamadunan Islam itu menyentuh kecemerlangan rohani yang mengangkat harga diri manusia itu sendiri. Sudah fitrah, bukan semua orang mampu untuk menghafaz Al-Quran. Dan hanya menghafaz Al-Quran bukanlah paras perbandingan di antara Muslim. Islam itu tertegak apabila setiap Muslim yang fokus dalam bidang masing-masing memiliki fikrah dalam diri.
Panglima Khalid al Walid yang dijanjikan Jannah itu juga hanya menghafaz surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Tapi, ini bukanlah alasan untuk kita menjauhkan diri daripada kalam Allah ini. Sebaliknya ini hanyalah kiasan yang menunjukkan Islam itu tidak tertegak hanya dengan meletakkan kejayaan akhirat semata-mata.
Perkara wajib yang perlu diketahui oleh semua umat Islam adalah, peri pentingnya memiliki fikrah. Tau halal haram. Tau apa suruhan larangan. Tau perkara-perkara asas.
Sesungguhnya umat Islam perlu berbangga dengan sejarah ketamadunan Islam itu sendiri. Maka, sama-samalah kita kejarkan kejayaan itu. Tiada mekanisme lain lagi selain tarbiyyah di dalam diri. Tingkatkan tenaga dakwah. Tingkatkan kecemerlangan akidah. Tingkatkan kasih sayang sesama Muslim.Itulah perjuangan kita semua. Kerana memang tidak dapat disangkal, selagi kita di takuk ini, umat Islam akan terus merempat dalam keadaan fakir di seluruh pelosok bumi!
Selagi kita di takuk ini, Palestin akan terus berlimpah darah!
Bantulah kami Ya Allah...
5 comments:
No wonder, the studies remain untouched. Balik rumah terus tulis topic yang kita bincang=p
haha. dah study lah!! haha
"At-tarbiyyah wat-takween, thoriiquna lit-tamkin"
Tarbiyyah dan pembentukan, jalan kita menuju kemenangan(^_^)/"
insyaAllah! :)
Moga terus jadi rijal yang berjiwa besar!! Islam memerlukan pemuda yang berpandgn jauh bukan sekadar mengikut arus kehidupan..sebarkan semnagt jihad!!!
Post a Comment