1. Semenjak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, kerjaya seorang peguam terus menjadi cemuhan dan dianggap sebagai kerjaya yang sangat kotor. Ini suatu anggapan yang amat silap.
2. Kesalahan yang dilakukan oleh peguam-peguam yang melakukan jenayah bukanlah kesalahan kerjaya guaman itu sendiri. Boleh dikatakan jenayah-jenayah tersebut adalah kesalahan individu dan tidak pernah merangkumi kerjaya seorang peguam secara keseluruhannya.
3. Jika mahu terus diukur dengan prinsip yang serupa, hampir semua kerjaya boleh cenderung untuk melakukan kesalahan dan kesilapan. Contohnya, seorang doktor yang yang melakukan Euthanasia. Ada pula doktor yang boleh dibeli untuk menghalalkan sehelai MC. Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak mengajar di dalam kelas? Bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang menggunakan masa bekerja untuk melakukan kerja-kerja lain seperti memandu teksi dan sebagainya?
4. Profesion lain tidak pernah dicemuh. Hanya peguam yang menjadi cemuhan. Pelik bukan? Ada juga pihak yang berkata bahawa kerjaya seorang peguam ini haram kerana membela orang yang salah.
5. Untuk memberi respon kepada persoalan ini, suka untuk saya memberitahu bahawa di dalam mahkamah, hanya fakta dan bukti menjadi ukuran. Di dalah Islam, setiap manusia berhak untuk dibela. Biarpun jika benar sekalipun si tertuduh itu benar-benar membunuh, jika pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bukti secara beyond reasonable doubt, peguam bela itu tidak bersalah walaupun ia seolah-olah menyelamatkan seorang pembunuh.
6. Hal ini dapat dibuktikan dengan mengambil prinsip daripada kisah Khalifah Ali bin Abi Talib yang mendakwa seorang pemuda Yahudi telah mencuri jubahnya. Perkara itu dibawa ke mahkamah dan Khalifah Ali gagal membuktikan pendakwaan tersebut dan khadi kes telah melepaskan pemuda Yahudi tersebut kerana ketiadaan bukti yang kukuh.
7. Akhirnya, pemuda Yahudi itu yang sememangnya benar-benar mencuri jubah tersebut berjumpa dengan Khalifah Ali dan mahu memulangkan semula jubah itu tetapi Khalifah Ali menolak untuk menerimanya malah menghadiahkan jubah tersebut kepada pemuda Yahudi itu.
8. Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa tugas seorang peguam adalah hanya membantu prosiding mahkamah dengan hujahan fakta dan bukti berserta dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Jika benar sekalipun si tertuduh itu terlepas daripada hukuman biarpun benar-benar melakukan kesalahan, sudah pasti dia tidak akan terlepas daripada hukuman Hakim Yang Maha Tahu, Allah SWT di akhirat kelak.
9. Prinsip yang sama juga untuk seorang doktor yang menyelamatkan seorang perogol atau pembunuh yang berjaya ditembak polis ketika tangkapan. Tugasnya bukan untuk menyelamat dan membebaskan penjenayah-penjenayah tersebut tetapi adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka lantas boleh diadili di mahkamah dunia dengan adil.
10. Apa yang kita perlu lahirkan adalah peguam-peguam yang berfikrah. Bukan dengan terus menganggap kerjaya seorang peguam adalah kerjaya yang bergelumang dengan penglibatan dalam jenayah.
11. Tidak dinafikan memang ada peguam yang sedemikian tetapi sekali diingatkan ia adalah kesalahan individu seseorang peguam tersebut sama seperti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh segelintir doktor, guru, jurutera, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya yang tamak dalam mengejar keuntungan sendiri.
12.Bukan kesalahan kerjaya yang bergelar peguam.
2 comments:
Salam,
Akak agree, people sekarang memandang serong kepada kerjaya seorang peguam.
Kerana nila seitik rosak susu sebelanga orang kata.
Untuk mengatasai perkara ini, seorang yang berfikrah sangat penting. Bila seorang itu berfikrah, tak kisah lah kerjaya apa sekalipun, dia pasti dpt mengawal dirinya.
Anyway, keep writing. I see bright future in you Insya Allah ^_^
Post a Comment