Saturday, October 23, 2010

Kematian: Ibrah Paling Berkesan

Aku penuh debar dan sungguh cemas
Menunggu hari kematian
Kerna dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taatnya
Atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingatiNya atau di dalam kelalaian

Di waktu taat, husnul khatimah
Jika di waktu durhaka, suul khatimah

Aduh..cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerna aku tidak tahu
Nasibku husnul khatimah atau suul khatimah

Hatiku resah selalu. jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dilakukan dan apa yang dirasakan oleh hati,
Itulah yang dibawa ke akhirat

Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Allah!
Allah!
Allah!

Hatiku sungguh cemas
Aku harap, matikanlah aku
di waktu aku mentaatiMu
atau di waktu mengingatiMu
Kalau berlaku sebaliknya kerana kelemahanku

..kerana aku ini hambaMu
tidak dapat elak dari kelemahan ini…

Dengan RahmatMu Tuhan
Dengan RahmatMu Tuhan

Ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini

Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku sewaktu ke sana

Itulah harapanku padaMu Tuhan
di waktu detik kematianku..

Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkan aku

6 comments:

rabbani said...

moga di raahmati Allah

Danial Izzat Zulbahari said...

InsyaAllah. sama-sama kita berpimpinan ke Syurga :)

syifa' rahiman said...

semua akan mati.moga dapat husnul khatimah

Danial Izzat Zulbahari said...

InsyaAllah..

nurazima haji mohinadin said...
This comment has been removed by the author.
rabbani said...

x de shout box so aku post kat cini x kisahkan...hehehe..
anda di tag.. jawab lah klu ada masa..

Pages