"Assalamualaikum kawan-kawan. Nama saya Umar. Saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan sekalian. Untuk pengetahuan semua, saya telah dilahirkan pada 25 Ogos yang lepas. Tapi kan, kalau kawan-kawan semua nak tau, ibu saya telah meletakkan saya ke dalam semak. Ibu saya buang saya sehari lepas saya dilahirkan.
Mula-mula saya pelik juga kenapa ibu saya bawa saya keluar daripada klinik tempat saya bersalin. Yelah, mana tak pelik tiba-tiba je ibu saya bawak saya ke tepat bersemak dalam keadaan tengah malam. Tapi saya biarkan jelah. Yelah, syurga kan di bawah tapak kaki seorang ibu.
Selepas ibu saya perhati tempat bersemak tu dalam masa 15-20 minit. Dan selepas ibu memastikan tempat itu selamat dan eksklusif untuk saya bersantai, ibu pun membaringkan saya di situ. Maka tinggallah saya berbaring seorang diri dalam semak tersebut.
Malam tu saya asa sejuk sangat. Sejuk sampai ke tulang. Yelah, mana ada saya pakai baju. Ibu lupa nak beli kot. Maka saya pun gembira berbaring di dalam semak tersebut. Tak lama selepas tu, saya ternampak satu kumpulan semut, kala jengking, lipan dan lain-lain serangga datang ke arah saya.
Saya nampak mereka dalam keadaan yang lapar sangat. Saya pun meminta mereka memakan saja saya. Yelah, saya kasihan dengan serangga-serangga tersebut sepertimana ibu saya kasihan dengan saya sehingga meletakkan saya di tempat yang selesa ini. Bersilingkan bintang dan berudarakan angin malam yang dingin.
Kalau kawan-kawan tanya pasal ayah saya, saya mintak maaf ye. Saya pun tak kenal siapa ayah saya. Menurut cerita-cerita orang di surat khabar, ayah saya adalah seorang mat rempit. Dengar cerita, selepas ayah dan ibu bersama, ayah tinggalkan ibu sebab ayah ada kekasih lain. Hebat kan ayah saya. Tapi saya tak suka perangai ayah saya. huuu.
Jadi kawan-kawan, macam tulah serba sedikit tentang diri saya. Saya pun pelik saya tiba-tiba popular. Asyik masuk surat khabar je hari-hari. Terima kasih ibu dan ayah saya. Terima kasih kerana sediakan "hotel" di dalams emak ini. Ada kawan saya yang dimasukkan ke dalam lubang tandas. Lagi best! Moga Allah melindungi kalian. Ameen.."
(Kisah ini berbaur sindiran)
4 comments:
ibu hantar anak terus ke syurga sedang ibu tempah tempat ke neraka...
na'udzubillah min dzalik
sngt bnyk tugas islah yang perlu dibuat..
salam.
sangat banyak tugas islah itu. kdg2 pelik apa jd dgn tamadun kita. hmpir tiap ari buang anak. tak kira lg yg buat aktiviti maksiat yg bjaya x hasilkan anak.
da'wah kena lebih kuat di samping doakan ummah ini. InsyaAllah.
semoga Allah memberi kemaafanNya kepada pasangan-pasangan yang terlanjur..
moga mnjadi keinsafan mereka dan juga kita. InsyaAllah..
Post a Comment