Wednesday, September 23, 2009

DUN Bagan Pinang

11 Oktober 2009.

1. Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang akan dilangsungkan pada tarikh tersebut. Tiba-tiba sahaja faktor calon menjadi pertikaian major ketika ini terutamanya perwakilan Barisan Nasional. Ada ura-ura yang menyebut bahawa Tan Sri Isa Samad akan dipilih.

2. Mengapa pemilihan Isa Samad menjadi bahan bualan masyarakat? Hal ini kerana beliau pernah dibuktikan bersalah terlibat dalam disiplin salah laku politik wang dan pernah digantung selama 3 tahun. Walaubagaimanapun, kini beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang dan bagi mereka wajarlah beliau dipilih.

3. Pendapat peribadi saya? Saya langsung tidak bersetuju dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad. Tiada siapa boleh menafikan beliau mungkin sudah berubah dan insaf. Ada sesetengah pemimpin UMNO yang lain mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang juga adalah bekas banduan dan mempunyai rekod buruk seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

4. Tetapi harus diingat senarionya berbeza. Pembangkang dengan mudah sahaja akan mengeksploitasi keeadan ini. Barisan Nasional perlu mengambil pemimpin-pemimpin yang bersih rekodnya. Lagipun tidak perlu takut untuk meletakkan pemimpin yang tidak "bernama" kerana Bagan Pinang itu sendiri adalah kawasan UMNO.

No comments:

Pages

0 comments: