Wednesday, December 31, 2008

Politik.

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Saya sebagai seorang Muslim sangat berasa bertanggungjawab untuk menyedarkan kembali saudara-saudara Islam saya yang tegar menyokong perjuangan PAS. Saya dapat simpulkan pada masa ini, PAS sangat berada dalam keangkuhan untuk mendirikan sebuah kerajaan dan menjatuhkan empayar politik UMNO semata-mata.

1. Saya masih belum mendapat jawapan mengapa para penyokong PAS sangat memberikan sokongan kepada DAP dan PKR yang mana kedua-kedua parti ini tidak berniat pun untuk membentuk sebuah kerajaan Islam jika mereka berjaya membentuk sebuah kerajaan persekutuan.

2. Malahan DAP juga menolak mentah-mentah misi PAS untuk melancarkan hukum hudud sekiranya mereka berjaya menumpaskan Barisan Nasional satu hari nanti. DAP juga mahu membentuk sebuah negara yang berkonsep Malaysian Malaysia yang mana pastinya tiada lagi keistimewaan untuk agama Islam dan juga penduduk bumiputera. Tetapi, para penyokong PAS masih menyokong DAP. Mengapa?

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengatakan bahawa beliau ingin melancarkan hukum hudud sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Beliau juga tidak pernah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam seperti yang dimahukan oleh PAS. Tetapi, sekali lagi, para penyokong PAS sangat obses terhadap beliau. Padahal beliau tidak pun memperjuangkan sebuah negara Islam. Mengapa?

4. Sewaktu Wacana Transformasi Politik yang melibatkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini, saya kira Datuk Husam sangat bersifat angkuh, sehingga begitu berani mengatakan bahawa para pemimpin DAP sama lancarnya dengan saudara Khairy Jamaluddin apabila memetik ayat-ayat Al-Quran. Adakah ini sifat seorang pemimpin Muslim yang beria-beria hendak membentuk sebuah kerajaan Islam? Kita sendiri tidak mengetahui adakah Allah swt menerima ibadah kita, tetapi Datuk Husam begitu berani menyamakan seorang Muslim dengan bukan Muslim. Sungguh angkuh beliau. Kita sendiri tidak mengetahui sama ada ibadah beliau mahupun Khairy yang diterima oleh Allah. Oleh itu, jangan bersifat angkuh. Sesungguhnya angkuh itu adalah salah satu sifat iblis.

5. Sewaktu Wacana Transformasi Politik itu juga, Datuk Husam yakin mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan terus melancarkan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara. Tetapi apabila keyakinan itu disanggah oleh DAP dan PKR, PAS terus bersikap penakut dan mengatakan bahawa mereka akan menunggu sehingga masa yang sesuai untuk melancarkan hudud. Apa ni sedara? Mula-mula begitu berani untuk menegakkan hukum Allah, tetapi bila digertak DAP dan PKR, terus takut.

6. Kita sememangya sedar bahawa DAP dan PKR sememangya tidak akan menyetujui niat PAS untuk membentuk sebuah kerajaan Islam dan kita lihat sajalah sampai bila PAS akan terus menjadi kambing hitam di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Sehingga hari ini, saya masih berasa pelik, mengapa para penyokong PAS sangat menyokong DAP dan PKR yang sememangnya tidak mahu membentuk sebuah negara Islam malah lebih bersifat liberal.

Jika anda semua benar-benar ikhlas dalam meperjuangkan agama Islam, hentikan menyokong kombinasi DAP dan PKR. Rayu kepada pemimpin anda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat yang sememangya tidak mahu membentuk sebuah negara Islam yang bersifat syumul.

2 comments:

avicienna89 said...

anda mengatakan didalam ayat anda yg terakhir brbunyi begini
"Jika anda semua benar-benar ikhlas dalam meperjuangkan agama Islam, hentikan menyokong kombinasi DAP dan PKR. Rayu kepada pemimpin anda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat yang sememangya tidak mahu membentuk sebuah negara Islam yang bersifat syumul."
anda brckp mengenai negara islam yg brsifat syumul..tp sy ingin brtanya,apa yg umno buat bg mnjadikan malaysia negara islam yg brsifat syumul????kenapa masih ada begitu banyak prempuan ISLAM yg masih tidak brpakaian mengikut islam????kenapa ada pusat judi digenting(kalu arak dn babi xkesah lg sbb malaysia bkn org islam ja)?????adakah istilah islam yg brsifat syumul sebegitu difahami oleh umno????ooo maknanya istilah islam brsifat syumul yg umno faham adlh mmbiarkan judi dn mmbiarkan gejala sosial semakin meningkat...
soalan ke 2:
jikalau btulla umno mmbawa negara malaysia sbg negara islam yg brsifat syumul dgn pngertian 'islam hadharinya',kenapa tidak dilaksanakan hukum hudud???sedangkan sy sendiri sudah baca buku brtajuk islam hadhari suatu penjelasan yg mengatakan menjadikan alquran dan assunnah sbg pegangan...kalu betoila alquran assunnah jadi pegangan...mstla kena laksanakan hukum hudud sbb didalam alquran sudah trmaktub mengenai hukum hudud hukum ISLAM....
akhir sekali...jelaslah saudara sendiri tidak memahami apa yang saudara katakan sendiri,maknanya saya tidak perlu jelaskan @ mnjawab prsoalan yg saudara kemukakan,bkn kerana takut @ xtau,bg sy ia tidak bererti selagi saudara tidak memahami,sbg contoh,saudara mengutuk pas brgabung dgn pkr dn dap,tp umno pn lbey kurang kerana brgabung dgn mic dn mca...fahamilah sblm mengeluarkan sebarang kenyataan...sekian..wallahuallam...

Danial Izzat said...

Wallahualam.

Pages