Tuesday, August 31, 2010

Cinta Yang Tak Terlafaz

Dengan nama Allah yang Maha Menganugerahkan rezeki kepada hamba-hambaNya.

Bisikan subuh mula meninggalkan segenap lapisan alam. Sang Suria makin hangat menyinar di angkasa. Derap-derap dingin mula menghilangkan diri daripada bumi. Mula kelihatan bukit-bukit bersalut rimba kehijauan. Angin bayu di lautan biru makin hangat.

Di suatu sudut, apa salahnya kita luangkan masa beberapa ketika untuk memikirkan tentang sejarah kehidupan yang telah kita lalui. Tentang arkib-arkib nafas yang telah berlalu. Subhanallah. Sungguh benar, Allah itu Maha Adil lagi Maha Kaya. Ditariknya nikmat pertama untuk dianugerahkan nikmat yang lebih baik. Itulah tanda cinta Allah!

Sungguh Allah itu lebih tahu tentang kebaikan mengapa nikmat yang pertama itu ditarik. Kerana mesti ada kebaikan yang tidak manusia ketahui walaupun kita mengeluh dan kecewa pada mulanya. Tetapi di akhirnya, suatu senyuman yang indah terhasil di pinggir bibir.

Begitulah Allah tidak pernah mengecewakan. Tidak akan pernah selagi kita yakin padaNya. Selagi kita patuh padaNya. Allah sentiasa ada untuk melindungi dan menganugerahkan rezeki untuk setiap hambaNya. Daripada rezeki karier hinggalah kepada jodoh pertemuan. Semuanya dijamin Allah. Jika kita baik, maka kita akan dapat yang baik.

Sungguh benar Allah lah yang menganugerahkan nikmat sihat, nikmat kasih, nikmat belajar untuk diri ini. Sungguh Allah itu Maha Pencinta. Hanya kita yang selalu sombong untuk membalas cintaNya. Ku tinggalkan kata-kata ini sebagai akhir kalam. Untuk menjadi pedoman cinta yang tak terlafaz.

"Ku perhatikan laut,
Lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tidak sepertinya,
Pasang dan surut silih berganti,
Tidak juga seperti buih-buihnya yang tidak kekal,
Lalu ku berdoa lagi agar di anatara kita seperti Sungai Nil,
Yang tetap mengalir hingga ke saat ini..."

Friday, August 27, 2010

"Dialog Buang Anak"

"Assalamualaikum kawan-kawan. Nama saya Umar. Saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan sekalian. Untuk pengetahuan semua, saya telah dilahirkan pada 25 Ogos yang lepas. Tapi kan, kalau kawan-kawan semua nak tau, ibu saya telah meletakkan saya ke dalam semak. Ibu saya buang saya sehari lepas saya dilahirkan.

Mula-mula saya pelik juga kenapa ibu saya bawa saya keluar daripada klinik tempat saya bersalin. Yelah, mana tak pelik tiba-tiba je ibu saya bawak saya ke tepat bersemak dalam keadaan tengah malam. Tapi saya biarkan jelah. Yelah, syurga kan di bawah tapak kaki seorang ibu.

Selepas ibu saya perhati tempat bersemak tu dalam masa 15-20 minit. Dan selepas ibu memastikan tempat itu selamat dan eksklusif untuk saya bersantai, ibu pun membaringkan saya di situ. Maka tinggallah saya berbaring seorang diri dalam semak tersebut.

Malam tu saya asa sejuk sangat. Sejuk sampai ke tulang. Yelah, mana ada saya pakai baju. Ibu lupa nak beli kot. Maka saya pun gembira berbaring di dalam semak tersebut. Tak lama selepas tu, saya ternampak satu kumpulan semut, kala jengking, lipan dan lain-lain serangga datang ke arah saya.

Saya nampak mereka dalam keadaan yang lapar sangat. Saya pun meminta mereka memakan saja saya. Yelah, saya kasihan dengan serangga-serangga tersebut sepertimana ibu saya kasihan dengan saya sehingga meletakkan saya di tempat yang selesa ini. Bersilingkan bintang dan berudarakan angin malam yang dingin.

Kalau kawan-kawan tanya pasal ayah saya, saya mintak maaf ye. Saya pun tak kenal siapa ayah saya. Menurut cerita-cerita orang di surat khabar, ayah saya adalah seorang mat rempit. Dengar cerita, selepas ayah dan ibu bersama, ayah tinggalkan ibu sebab ayah ada kekasih lain. Hebat kan ayah saya. Tapi saya tak suka perangai ayah saya. huuu.

Jadi kawan-kawan, macam tulah serba sedikit tentang diri saya. Saya pun pelik saya tiba-tiba popular. Asyik masuk surat khabar je hari-hari. Terima kasih ibu dan ayah saya. Terima kasih kerana sediakan "hotel" di dalams emak ini. Ada kawan saya yang dimasukkan ke dalam lubang tandas. Lagi best! Moga Allah melindungi kalian. Ameen.."

(Kisah ini berbaur sindiran)

Jagalah Hati

Oh Pemuda
Jagalah hati
Usah hingga dilitupi sepi
Usah hingga dibutai realiti
Usah hingga terkorban sanubari

Oh Pemuda
Usah begitu
Usah menjadi begitu terlalu
Usah menjadi begitu selalu

Tenang wahai Pemuda
Hatimu perlu dijaga
Takut rosak syaitan menggoda

Oh Pemuda
Tidak salah untuk merasa cinta
Kerna cinta itu fitrah manusia
Tapi usah hingga terlajak segalanya
Kamu ada begitu banyak kerja
Jangan biar hati terleka

Oh Pemuda
Kamu adalah pejuang agama
Kamu adalah pejuang bangsa
Sungguh jodohmu telah ditetapkan Allah
Yang soleh untuk solehah
Usah runsing lagi wahai Pemuda

Wahai Pemuda usah begitu
Kerna belum lagi sampai waktu
Usah dibius virus merah jambu!

Wednesday, August 25, 2010

Ibu dan Ayah

Ibu
Kau yang melahirkanku
Kau yang membesarkanku
Kau yang mendidikku
Begitu tidak ternilai budi jasamu
Mendidik anakmu

Ibu
Kini dirimu sudah separuh usia
Kini dirimu mengharap kejayaan anakmu
Kini dirimu mendoakan kemenangan anakmu
Begitulah kasih seorang ibu

Ayah
Kau menabur keringat membesarkan anakmu
Kau berpenat lelah mencari sesuap nasi
Tanpa seulas letih
Tanpa seraut culas
Tanpat sehening jemu

Ayah
Insan yang membanting tulang melindungi keluarga
Insan yang penyayang dengan sifat kasih
Insan yang melindungi dengan sifat berani
Ayah insan kami berlindung

Ibu dan Ayah
Kini anakmu sudah dewasa
Ada kalanya derhaka
Ada kalanya terkasar bahasa
Kini anakmu ini ingin mohon keampunan
Kerna anak ini tahu
Tanpa keampunan dan redhamu
Bau syurga tak dapat ku cium

Maafkan kami atas segala dosa kami wahai Ayah dan Ibu

"Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih ayah selama-lama"

Sekalung penghargaan untuk semua Ibu dan Ayah di dunia ini. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa-jasa kalian mendidik kami. Semoga Allah membalas pulangan Jannah untuk kita semua berbahagia di sana.

Tuesday, August 24, 2010

Semangat Ikhwah!

Wahai Ikhwah,

Hati kena kental
Jiwa kena besar
Akal kena fikir
Diri kena soleh

Ikhwah,
Hati tak boleh lembik
Jiwa tak boleh lemah
Akal tak boleh perlahan
Diri tak boleh zalim

Ikhwah itu pejuang agama
Ikhwah itu banyak perjuangannya
Ihkwah itu harapan bangsa
Ikhwah itu sandaran agama

Wahai Ikhwah.

Ikhwah tak boleh cepat mengalah
Ikhwah tak boleh bermuram durja

Ikhwah itu kena sentiasa berusaha
Ikhwah itu kena sentiasa bersedia
Ikhwah itu tak boleh terlupa

Mereka berjuang mendaulatkan agama!

(rindu la kt usrahmates) -.-"

Sunday, August 22, 2010

Apabila Ramadhan Hadir

Apabila Ramadhan hadir

Hati terasa lain sekali

Suasana bagai meriah

Dirasa oleh mereka yang sedar

Apabila Ramadhan hadir

Mujahadah  makin kuat

Jiwa bagai kembali putih

Hati bagai kembali jernih

Apabila Ramadhan hadir

Pahala menjadi berganda

Malam Al-Qadr menjadi buruan

Kerna hanya Ramadhan yang menawarkan 

Apabila Ramadhan hadir

Iblis dipenjarakan Allah

Semangat Muslim makin kuat

Untuk bersujud dan beribadah

Apabila Ramadhan hadir

Semua makhluk tak henti bertasbih 

Rugi buat mereka yang masih lena

Yang masih lena dengan maksiat

Apabila Ramadhan pergi

Suasana menjadi sepi

Pahala berganda sudah tiada lagi

Sedih buat mereka yang memahami

Saturday, August 21, 2010

Hati Bersih

Salam wbt.

Kadang-kadang hati selalu timbulkan suatu persoalan. Suatu perubahan. Hati, tak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan, kuasa hati boleh mengubah sikap dan prinsip seseorang. Hati manusia jika dikaji dengan baik, hasilnya sangat complicated. Terlau rumit. Di situlah adanya semangat belajar, di situlah adanya rasa sayang, di situlah adanya rasa malas!

Hati itu milik Allah. Hati manusia itu boleh berubah kerana kuasa Allah. Insan yang begitu jahil sekalipun boleh berubah keimanannya apabila hatinya berjaya disentuh hidayah. Hati yang hitam pula boleh merosakkan tamadun manusia. Bagaimana kita dapat melihat sendiri bayi-bayi yang belum berusia seminggu pun sudah menjadi budaya untuk dibuang.

Hati yang bersih datang dari sifat-sifat yang bersih. Manusia boleh berusaha untuk membersihkan hati. Semua manusia berhak lakukannya. Cuma ada kalanya kita malas untuk membersihkan hati kita. Kadang-kadang dalam sedar ataupun tidak, kita selalu melakukan sesuatu pekerjaan yang niatnya terpesong sedikit. Dari mana datangnya masalah ini? Dari hati jawapannya.

Hati yang suci akan menjadi nadi iaitu niat kepada Allah dalam melakukan segala pekerjaan. Belajar kerana Allah. Memberi nafkah kepada anak isteri kerana Allah. Menjaga ibu bapa kerana Allah. Jatuh cinta terhadap seseorang kerana Allah. Hati yang suci akan berniat kerana Allah dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekalipun.

Bukan mudah untuk membersihkan hati. Ia tidak semudah buah durian yang jatuh daripada dahannya. Ia tidak semudah seorang kanak-kanak menconteng kertas. Ia tidak begitu. Penyucian hati memerlukan pengorbanan. Diri ini perlu dibawa ke dalam usrah. Diri ini perlu bersahabat baik dengan orang-orang yang beriman. Diri ini perlu berusaha untuk menyucikan hati.

Apabila hati telah bersih, segala yang dilalui juga akan menjadi suci dan jernih. Hati ini akan meniupkan semangat kepada jiwa lantas jiwa ini akan menghatar impuls kepada anggota badan untu bekerja kerana Allah. Hanya untukNya.

Hati manusia selalu terpesong kerana harta, pangkat dan wanita. Sesungguhnya hanya mereka yang berhati bersih saja dapat melawan semua ini. Sekali lagi ditegaskan, hanya hati-hati yang bersih sahaja!

Da'wah dan tarbiyah itu memerlukan pengorbanan. Maka bayarlah harga suatu pengorbanan itu dengan niat kerana Allah. Hati yang hitam hanya menyebabkan iblis bergelak tawa melihat kemusnahan umat manusia dek kerana nafsu dan godaannya.

Wallahu 'alam.

Friday, August 20, 2010

Rezeki

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak(bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semuanya(tertulis) dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)." -Hud:6

Begitulah janji Allah kepada setiap hambaNya. Allah telah berjanji bahawa Dia Maha Mengetahui tentang rezeki yang akan dianugerahkan kepada hamba-hambaNya. Manusia kerap kali terlupa apabila mereka dalam keadaan duka. Rasa dengki dan iri hati juga timbul apabila melihat rakan-rakan mencapai sesuatu yang mereka inginkan yang mana dalam keadaan yang sama, kita tidak merasai kejayaan tersebut.

Sebagai contoh, apabila mendapat keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang, status keluarga yang rendah dan lain-lain perkara lagi. Perkara ini ada kalanya boleh menyebabkan segelintir pihak menyalahkan takdir dan Allah kerana Allah telah menakdirkan sebegitu nasib kepada mereka.

Sahabat-sahabat sekalian,

Perkara ini sangat bahaya jika tidak dibendung di dalam norma pemikiran masyarakat kita. Kita perlu ingat bahawa dalam setiap musibah yang kita peroleh, itu sebenarnya adalah suatu nikmat Allah. Percayalah, nasib yang malang itu akan menjadi kenangan yang paling indah apabila kita berjaya melepasi garisan kesedihan tersebut. Percayalah.

Sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana, Maha Pencinta dan Maha Pengasih. Sudah pasti Dia lebih tahu tentang untung nasib hamba-hambaNya. Tidak mungkin Allah akan membebankan hamba-hambaNya. Ini kerana Allah itu Maha Penyayang. Dia lebih mengerti mengapa setiap musibah itu diturunkan.

Berbalik kepada topik rezeki, percayalah wahai rakan-rakan sekalian. Rezeki kita telah pun ditetapkan oleh Allah. Usah risau! Cuma apa yang kita harus lakukan adalah berusaha, berusaha dan bertawakallah. Bersabar dengan segala jerih payah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pencinta. Rezeki kita telah ditetapkan. Usah kita berdengki dan iri hati dengan kejayaan orang lain.

Yakinlah wahai sahabat. Kita semua disayangi Allah! Hanya kita yang selalu sombong dan terlupa untuk membalas kasih Allah.

Waalahu 'alam

(^_^)

Usrah Baru, Semangat Baru!

20 Ogos 2010.

Selepas menunaikan Solat Jumaat, bermulalah kembara usrah aku yang baru. Setelah usrah lama yang merangkumi 14 ikhwah, usrah kami ini dipecahkan kepada dua kumpulan kerana terlalu ramai. Murabbi yang baru membawa metode yang juga pastinya baru. Yang pastinya, ia akan menghembuskan angin perjuangan baru dalam kerja da'wah ini.

Aku menuju ke tengah masjid seperti mana yang dijanjikan semua ahli usrah. Tak sampai 10 minit, muncul Akh Azraii yang merupakan murabbi yang baru untuk usrahku. Walaubagaimanapun mungkin tiada rezeki agaknya, cuma dua orang yang dapat hadir ke usrah kali pertama ini.

Yang lain ada kerja yang perlu untuk diselesaikan. Exam dan sebagainya. Walaupun cuma tiga orang yang mengisi majlis usrah kami, ia tidak langsung membantutkan keceriaan usrah. Mungkin juga membuatkan aku lebih selesa untuk bercerita hal peribadi. ^^

Aktiviti pertama dimulakan dengan tadabbur ayat. Ayat yang dipilih adalah surah Al-Mukminun. Ayat 1-15.

Sedikit ringkasan pengajaran usrah kali ini:

1. Rezeki adalah harta yang bermanfaat untuk manusia yang digunakan dengan niat kerana Allah.
2. Zakat juga digunakan untuk menyucikan harta kita daripada hasil pekerjaan yang syubhah seperti datang lewat ke pejabat, curi tulang etc.
3. Ada hak orang lain di dalam setiap sen harta kita. Oleh itu, jangan kedekut untuk bersedekah.
4. Lidah boleh menghancurkan dan boleh juga membantu ummah.
5. Islam hadir untuk menghapuskan perhambaan yang zalim.
6. Zina hati akan berlaku jika dimulakan dengan niat "flirting" dan bukannya dengan niat untuk membina baitulmuslim.
7. Seteruk-teruk seorang Muslim zaman ini, janganlah kita beria-ia mengutuknya. Kerana kejahatannya sudah pasti tidak seteruk Abu Lahab dan adalah tugas kita untuk mengislahkannya.

Akhir sesi, Akh Azraii mengingatkan kami semua untuk terus istiqamah meneruskan legasi da'wah yang mulia ini. InsyaAllah. Begitulah dua jam pengisian usrah sesi pertama ini. Seronok dan menggembirakan kerana kami semua dapat berkongsi pandangan dan cerita. Spirit usrah mula kian terasa! ^^

Moga thabat.

Wassalam.

Tuesday, August 17, 2010

Dengan Usrah

Dengan usrah,
Aku mengenal ukhuwah.

Dengan usrah,
Aku mengenal dakwah.

Dengan usrah,
Aku belajar tentang tarbiyah.
Italic
Aku bukan dari sekolah agama,
Jauh sekali latar belakang agama,
Aku hanya insan biasa,
Yang pernah hidup dalam alam yang nyata.

Segala puji bagi Allah,
Yang menganugerahkan aku sahabat,
Bukan sekadar sahabat dunia,
Sahabat ini berpimpinan ke syurga,
Mereka inilah bergelar ikhwah,
Yang sentiasa ada di jiwa.

Yang sentiasa akan ada bersama,
Di kala aku suka dan duka,
Telah aku ibaratkan mereka,
Seperti keluargaku yang kedua.

Ya Raheem,
Kau thabatkanlah kami,
Untuk terus berkhidmat kepada agamaMu,

Kau thabatkanlah kami,
Untuk membantu agamaMu.

Ya Kareem,
Kau ikatkanlah hati kami,
Untuk terus berada dalam perjuanganMu.

Ingin satu aku pinta,
Kau berkatilah hidup mereka,
Kerna nilai anugerahMu ini tiada ternilai taranya.

Try It!

Assalamualaikum wbt. Good evening.

1. It had been around a couple of months I didnt write on an article of politics. This time, it's a yes.

2. Currently, MCA had declared that they really want the government to demolish the quota system and using the merit based method.

3. Okay, at this point I do agree that our Malaysian politics are not Islamic yet. We havent implement and enforce the syariah.

4. Im not interested to criticize either the government or opposition since for me, I dont like the current politics methodology.

5. I do suggest the enforcement of the concept of New Politics where Islam to be put as the supreme authority and the da'wah been spread in a harmony way. Not blaming another Musleem as a kafir. This is not a good method to da'wah.

6. Back to the issue, non Musleem now have been radical enough to argue on the the position of Islam, the Malays matters etc. And now MCA had done that obviously.

7. I would like to see these group of chauvinist to win the next General Election. So that, the Musleem in Malaysia will feel "happy".

8. Try it! And then all of us will be united back. Perhaps. InsyaAllah.

p/s: pening kepala dengan orang Islam yang menyokong DAP. Parti orang Islam, kita masih boleh islahkan kalau ada kelemahannya.

"Sentiasa Bersamamu"

"Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat… Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat… Selamat Hari Raya

Chorus
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini
Mari teman mari saudara

Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat… Selamat Hari Raya"

-Fazidah Joned: Selamat Hari Raya-

Hari Raya!!!

Mungkin Aidilfitri masih lambat lagi untuk diraikan. Tetapi ada baiknya kerana sebelum Aidilfirti inilah kita perlu disedarkan dengan suatu fakta yg sahih. Umat Islam di seluruh dunia pastinya bergembira dengan kehadiran 1 Syawal. Tidak salah ya untuk meraikan kedatangan Syawal. Sesungguhnya Nabi Muhammad juga meraikan kehadiran Syawal.

Secara tradisinya, umat Melayu di Malaysia khususnya takkan kalah dek penangan Aidilfitri ini. Dengan pakaian serba baru, peralatan rumah baru, langsir baru, banyak lagilah yang serba baru. Belum lagi lauk-lauk tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lemang, lontong dan lain-lain juadah.Semuanya kerana kehadiran Syawal. Ini tidak salah selagi tidak membazir.

Keluarga saya seumpamanya seperti biasa setiap tahun akan pulang ke kampung halaman. Ayahanda di Sepang dan kampung bonda pula di Singapura. Tiba-tiba rasa rindu dekat kaum keluarga di Singapura. (^_^)

Itu hakikat Hari Raya di Malaysia. Bukan untuk saya sahaja, malah hampir semua keluarga di Malaysia. Kita jenguk pula keadaan di satu ceruk di muka bumi ini. PALESTIN.

Di sana, mereka tidak pernah senang. Mereka tidak pernah bebas. Mereka sentiasa ditindas. Mereka merempat di bumi sendiri. Orang Malaysia memang cukup dikenali dengan sifat pemurah. Untuk itu, hulurlah semana mampu. Doa usah ditinggal lidah acap kali semasa sujud. Ini bukan isu rakyat Palestin semata-mata. Ini isu kita juga.Isu umat Islam. Isu umat Muhammad bin Abdullah, manusia agung. Kesimpulannya, tiba Syawal nanti berpada-padalah kita menyambutnya. Islam itu sentiasa bersifat sederhana.

Ya Rabb, anugerahkan kami kekuatan untuk menjadi syuhadaMu. Untuk menjadi tentera agamaMu. Ya Lateef, anugerahkan kami kekuatan untu menegakkan agamaMu yang satu.

Untukmu Palestin, kami sentiasa mendoakanmu...

Saturday, August 14, 2010

Ar-Rijal Qawwamun 'alann Nisa'

Dimulakan dengan nama Allah Yang Maha Menganugerahkan Rasa Sayang dan Kasih.

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar." (An-Nisa:34)

Wahai lelaki,

Telah Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa kau adalah pemimpin dan pelindung kepada kaum wanita. Kau adalah makhluk Allah yang sepatutnya melindungi maruah seorang Hawa. Kau adalah makhluk Allah yang sepatutnya membimbing dan memimpin seorang Hawa. Yang menjaga harga diri seorang Hawa. Tetapi apa yang telah kau lakukan sekarang?

Kenapa tanpa sekelumit rasa segan mahupun silu kau mengajak wanita itu untuk "ber-sms" ataupun "ber-chatting" tanpa limitasi denganmu. Dimulakan dengan sehelai lembaran sms, kau teruskan dengan menelefon si Hawa tersebut. Lalu kau menjemput Hawa itu untuk keluar bersamamu. Lantas bermadu kasih bercinta-cintaan. Sehingga pada satu masa, kau musnahkan nilai seorang Hawa sehingga buntingnya perut si Hawa tersebut. Dan kau dengan bangganya menamakan ini sebagai cinta sejati kurniaan ilahi.

Wahai lelaki,

Itu bukan cinta namanya. Sekali lagi kutegaskan, itu bukan cinta! Itu adalah nafsu binatang yang sentiasa menggodamu untuk melawan perintah Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Perkasa. Tidakkah kau takut untuk dicampak ke dalam neraka? Tidakkah kau takut? Kau sanggup melawan kedahsyatan seksaan Allah?

Wahai lelaki,

Jangan kau sesekali rosakkan definisi cinta itu. Jika kau betul-betul cintakan seorang Hawa itu kerana Allah, cukuplah dengan kau mencintainya dalam doa. Cukuplah begitu. Dengan izin Allah, bila sampai masanya, kau luahkanlah perasaan cinta dan kasihmu itu melalui saluran yang tepat. Saluran yang bukan dikelilingi syaitan dan nafsu.

Kau solehkanlah dirimu terlebih dahulu, InsyaAllah cinta seorang solehah akan datang kepadamu. Bukankah Allah sudah berjanji di dalam An-Nur:26, bahawa wanita solehah itu untuk lelaki yang soleh. Kelak dia akan menjadi halal dan menjadi ratu untukmu di dunia ini dan juga di Taman Jannah kelak.

Wahai lelaki,

Janganlah rosakkan lagi definisi cinta. Sesungguhnya cinta itu adalah suatu yang luhur, mulia dan suci. Usah rosakkan lagi.

Wallahualam.

Friday, August 13, 2010

Semakin Melayu Hilang di Dunia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

   Ketika sedang mendengar alunan bait-bait kata dalam lagu My Ummah dendangan Sami Yusuf, diri ini tertanya-tanya bagaimanakah keadaanya umat Islam di luar sana. Kaum Melayu khususnya. Hakikatnya, orang Melayu kini makin hilang Melayunya. Bukan niat untuk menyanggah kata-kata Datuk Laksamana Hang Tuah yakni “Takkan Melayu Hilang di Dunia”, tetapi realitinya kini di depan mata.

   Mungkin bangsa Melayu yang berkulit sawo matang ini akan kekal hingga ke kiamat, tetapi percayalah adab budi “Melayu” yang pernah disebut-sebut bangsa lain suatu masa dulu mungkin hanya sekadar menjadi sejarah yang bermain di bibir generasi anak cucu kita di masa hadapan.

   Melayu itu amat sinonim dengan Islam. Bukan untuk mengatakan bahawa Islam itu Melayu tetapi peratusan besarnya adalah Melayu itu Islam. Melayu jika disulam dengan nilai-nilai Islam, MasyaAllah, sungguh indah hasilnya. Tapi makin lama ketamadunan keagungan Islam dan Melayu itu hilang, makin musnah keMelayuan tersebut.

   Niat hati ini adalah untuk mengkaji sejarah bangsa sendiri dengan menaip terma “Melayu” di ruang laman maya Google. Tapi usah terkejut jika jawapan yang dikeluarkan adalah sangat tidak Melayu!

   Orang Melayu semakin tidak Melayu. Pembuang bayi yang paling banyak adalah daripada bangsa Melayu. Penghuni Pusat Serenti yang paling banyak adalah orang Melayu. Pelaku sumbang mahram yang paling tinggi adalah daripada kaum Melayu. Orang-orang yang suka mengumpat kebanyakannya adalah orang Melayu. Peserta Akademi Fantasia yang paling banyak adalah orang Melayu. Pondan dan Pengkid banyaknya adalah daripada kalangan mereka yang berdarah Melayu.

   Benar, sesuatu bangsa itu jika tidak diikat dengan nilaian agama pasti nafsunya boleh menumbangkan nafsu seekor haiwan. Melayu itu mesti berbalik kepada Islam. Bukan niat hati untuk bercakap politik dalam posting kali ini. Tidak kisah sama ada hijau atau merah. Semua sama sahaja jika nilaian Islam telah dipatri kemas dalam hati.

   Semua Melayu perlu berbalik kepada asas-asas Islam yang paling mudah. Baik dari segi solat, aurat, caci mencaci dan sebagainya. Jika perkara ini tidak diubah dalam sifat kendiri seseorang individu Muslim, hasilnya jadilah seperti keadaan politik Melayu hari ini. Boleh menjadi fakir di bumi sendiri.

   Tiada yang dapat dibanggakan. Saling bermusuh sesama sendiri. Hatta menjadi bahan ketawa orang lain. Hasilnya lihatlah umat Melayu saat ini. Remaja Melayu makin jadi Barat. Melayu makin hilang. Melayu makin lenyap. Melayu makin parah.

   Wahai Melayu, lekas ubah sebelum rebah!

   Wallahuallam.

Thursday, August 12, 2010

Begitu Lama Kita Terlupa

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk malas belajar

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk merempit

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk berparti liar

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk seks bebas

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk menjadi samseng sekolah

Islam itu tidak mengajar umatnya untuk merogol anak sendiri

Ya, aku selalu risau

Apa yang akan jadi dengan bangsaku ini

Tak dinafi, ada yang berjaya

Tapi bagaimana dengan yang gagal untuk berjaya

Kalau berjaya dunia sekalipun, akhirat bagaimana?

Adakah terus hanyut dengan godaan nafsu semata

Atau adakah terus leka dengan nikmat dunia

Kita semua perlu sedar

Kita adalah ikon agama

Ya, Dr.M pernah kata "Melayu Mudah Lupa"

Jadi kita jangan terus jadi pelupa

Yang orang lain memandang kita

Islam bukan agama yang mundur

Islam bukan agama yang kotor

Islam bukan agama yang sedemikian

Islam pernah memerintah empayar dunia

Islam pernah menguasai ekonomi

Islam pernah menguasai pendidikan

Islam pernah menguasai perdagangan

Islam itu bukannya melukut di tepian gantang

Tapi kini, itu cuma sekadar cebisan sejarah

Sejarah yang menjadi kenangan terindah

Kerana remaja Muslim masih terlupa

Kerana remaja Muslim masih pelupa

Kerana remaja Muslim terus terlupa

Dan terus terlupa...

Pages