Telah Allah ciptakan perasaan ingin mencintai dan dicintai terhadap jiwa-jiwa manusia. Dari saat penciptaan Nabi Adam hinggalah kiamat. Semua manusia mempunyai perasaan cinta. Baik lelaki mahupun perempuan. Cinta. Memang fitrah untuk setiap manusia jatuh cinta. Nikah. Sudah sunnatullah bagi yang sedang mempunyai cinta untuk mahu bernikah.
Timbul satu persoalan. Adakah nikah hanya sekadar untuk bermadu kasih, bercinta-cintaan dan menghalalkan yang haram sahaja? Tidak. Nikah itu lebih daripada itu. Nikah itu adalah sesuatu yang menjadi pengikat dan penguat untuk setiap pasangan memperhebatkan agenda dakwah. Tidak kiralah dakwah dari segi apa. Di alam realiti mahupun di alam maya. Yang pasti, nikah itu makin menguatkan setiap hamba Allah untuk menjalankan dakwah.
Apabila menyebut tentang perkahwinan, sudah pasti Allah telah tetapkan siapakah jodoh yang paling terbaik untuk setiap hambaNya. Selalu berlaku, "couple" yang bertahun-tahun bercinta juga mampu putus di tengah jalan, sebelum sempat ke jinjang pelamin pun. Ini membuktikan bahawa Allah telah menetapkan orang lain sebagai jodoh terbaiknya.
Walaubagaimanapun, untuk memudahkan urusan hati dan perasaan ini, cukuplah sekadar untuk kita menjadi orang yang soleh. Kerana secara automatiknya Allah akan menganugerahkan akhawat yang solehah juga untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Allah telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran:
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26
Cukuplah untuk kita menjadi hamba yang soleh untuk kita mendapatkan pasangan hidup yang solehah. Bukuplah untuk kita bertaubat menagisi dosa-dosa lalu. Kini aku memahami mengapa naqibku dulu sering mengingatkan untuk menikahi akhawat sesama jemaah. Bukan kerana paras rupa dan harta benda. Tetapi semuanya adalah kerana fikrah dan tarbiyyah. Semuanya adalah kerana fikrah pemahaman yang sama terhadap amanah besar yang digalaskan Allah untuk setiap pasangan yang bernikah untuk menyambung kekuatan dakwah dalam mengislahkan masyarakat secara berhikmah. Untuk melahirkan anak-anak soleh yang akan menyuburkan bumi cinta Allah ini dengan agenda dakwah. Untuk membentuk masyarakat yang soleh, kita perlukan asanya daripada satu unit keluarga yang soleh.
Begitulah wahai remaja. Moga perkahwinan yang akan kita bina satu hari nanti akan menjadi terminal untuk kita lebih memperkasa dakwah di samping berbahagia. Berbahagia bersama pasangan tercinta hinggalah ke Taman Syurga. InsyaAllah.
2 comments:
tulah orang2 kita zaman sekarang.zaman bercinta bukan maib indah lagi.kentut pasangan pun sanggup bau.bila dah lama meniti alam perkahwinan,macam2 masalah timbul hanya disebabkan perkara remeh.
salam,
cantik isi kandungan entri saudara. tapi, saya kurang bersetuju jikalau saudara mengatakan kahwin antara jemaah tanpa mengira paras dan harta benda adalah yang terbaik. Ini disebabkan byk kes-kes zaman sekarang pasangan suami isteri y berkahwin secara fitrah bercerai, punca utama ialah tidak menemui cinta setelah berkahwin wlaupun sentiasa memahami tanggungjawab suami isteri dgn baek.
Post a Comment