Setiap manusia yang diturunkan di muka bumi ini dikurniakan sebentuk perasaan yang dipanggil cinta. Cinta terhadap agama, cinta terhadap negara, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap seseorang serta yang lain-lain. Rasa cinta mampu membuatkan seseorang itu lemah. Apatah lagi jika cinta terhadap seseorang yang dimaksudkan. Rasa cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita membolehkan sang lelaki itu hanyut di dalam meredah onak duri duniawi.
Lebih-lebih lagi jika cinta yang diharapkan kekal hingga ke syurga hanyalah tinggal impian semata-mata. Buat sesiapa yang sedang bercinta, didiklah diri anda untuk tidak terlalu obsess dalam bercinta. Ingatlah untuk membimbing diri anda untuk lebih mencintai Yang Maha Esa berbanding si dia yang boleh sahaja melukakan anda pada bila-bila masa. Hal ini kerana Allah SWT akan sentiasa menyayangi diri kita setiap masa. Percayalah, ada hikmah di setiap balik kejadian yang berlaku. Alhamdulillah..
7 comments:
hukhuk =D..Jom cinta sama ALLAH..
aiseh.. apsal ko tade shout box..
-anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda-
setuju dgn anda!;)
student law ek????
tabek hormat...
(me ex-asasian law uitm)
Loving politician to be..haha
Hoho.. Adakah ini yang diceritakan dalam kereta dalam perjalanan ke Lentang tempoh hari?
P/s: Tak nak bercouple! Belajar, kerja dan terus kahwin.
jom diet..hauhauhauhau
haha. ana skang cuba focus pada study kerja dan kahwin. hihik.. =)
Post a Comment