Wahai Bangsaku
Wahai Bangsaku
Wahai Bangsaku
Bangsaku sudah ternoda
Bangsaku sudah tergoda
Bangsaku sudah teruja
Bangsaku sudah alpa
Bangsaku sudah terlupa
Bukan lupa apa
Tapi lupa pesan orang tua-tua
Lupa kepada perjuangan
Lupa kepada kesengsaraan
Lupa kepada penderitaan
Lupa kepada kehinaan
Dek cita-cita seorang petualang
Bangsaku menjadi huru-hara
Bangsaku menempah sengketa
Bangsaku berpecah menambah derita
Akibat seorang petualang
Imam keris tidak diterima
Kononnya iman tidak sama
Mencaci membabi buta
Memfitnah di sini
Hal itu tidak mengapa
Ini kata mereka
Islam wajib dipertahankan
Islam wajib dimuliakan
Tetapi
Walaupun bacaan salah
Tiada yang naik membetulkan
Inikah adabnya wahai saudaraku
Perkataan Allah sanggup dikongsi
Semata-mata untuk menarik undi
Sedangkan kita tahu
Aqidah yang dibawa itu bukan yang satu
Wahai bangsaku
Hinggakan Kontrak Sosial sanggup dilupa
Hingga yang berani mohon derhaka
Hingga ada yang sanggup menjual agama
Buat yang berada di atas
Berjuanglah dengan ikhlas
Kita tidak mahu derita
Kita tidak mahu sengketa
Kita tidak mahu politik wang di sini
Sebenarnya bangsaku sudah berjaya
Doktor, Peguam, Jurutera, semuanya ada
Tetapi sayang
Sejarah salasilah yang ada tidak berharga
Bagi diri mereka
Mengapa jadi begini
Mengapa jadi begini
Bangsaku
Bangsaku
Bangsaku
Saudara di Singapura menjadi pedoman
Agar kita tidak menjadi mainan
Usah dibuai keseronokan sementara
Kelak merana di lain muka
Bangkitlah bangsaku
Bangkitlah bangsaku..
7 comments:
aku kena tag dlm sajak ni.ko buat sendiri ke?cayalah daniel. yg dkt blog aku tu, name ko tu automatik ade sbb ko dah 6x komen dkt blog aku..huhu
huhu
abg umno, abg umno..
yela, aku men sofbol lah.
Cam Dr M plak.. buat sajak untuk bangsanya... hmm.. bagus.. manalah tahu suatu hari nanti, adik akak yang sorang nih bakal jadi PM.. InsyaAllah.. =)
Bagaimana Melayu hendak bangkit jika ilmu tidak berkembang? Bagaimana ilmu hendak berkembang jika ilmu sudah tak DIFAHAM? Bagaimana hendak FAHAM jika bahasa sudah ASING?..Bagaimana? Bagaimana? Itu perlu dijawab..Salam Perkenalan.. Dan provokasi menjadi sireh dan pembuka bicara :)
wey mane link aku?uhuk.smpai hati.
wey mane link aku?uhuk.smpai hati.
mana nukilan berunsur umno lain?
takkan dah resign jd ahli umno seumur hidup kot?
huhuhu
Post a Comment