Saturday, January 3, 2009

Akan Melayu Hilang di Dunia

1. Bukan niat untuk menyanggah kata-kata Laksamana Hang Tuah bahawa “takkan Melayu hilang di dunia”, tetapi analisa “Melayu” yang saya maksudkan di dalam artikel ini adalah tentang nilai-nilai murni dan juga sifat-sifat bangsa Melayu. Orang Melayu pada asasnya berasa bangga dengan nilai-nilai ketimuran yang mereka miliki yakni, bersopan-santun, berbudi bahasa dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang lain.

2. Tidak dinafikan, pada zaman dahulu, mentaliti ini mungkin benar. Tetapi apa yang lebih merisaukan kita semua adalah tentang nilai-nilai kemelayuan pada zaman kini yang semakin pudar. Seks bebas, arak, video lucah dan pelbagai lagi gejala negatif semakin berleluasa di dalam kehidupan anak remaja kita. Sesungguhnya perkara ini tidak boleh untuk kita memandang secara enteng. Kerana perkara-perkara ini semua melibatkan tentang dosa pahala yang akan diadili di akhirat kelak.

3. Perkara yang paling mengecewakan adalah generasi muda kita kini semakin bertindak bagaikan di luar kawalan. Bagaikan tiada pegangan agama di sudut jiwa. Sehinggakan tiada lagi perasaan malu ketika menonton video lucah beramai-ramai. Sehinggakan tiada lagi rasa takut terhadap Allah swt ketika berzina, minum arak, meninggalkan solat dan pelbagai lagi perkara-perkara lain.

4. Maka wajarlah kita semua sebagai satu masyarakat untuk berusaha membendung gejala-gejala ini daripada terus berlaku. Sesungguhnya anak bangsa kita adalah pemimpin masa depan dan warisan yang tidak ternilai. Jangan disebabkan kita mengambil perkara ini sambil lewa, kelak kita kecewa di kemudian hari.

2 comments:

Milimilo said...

erm..sentap la!!huhu~

Danial Izzat Zulbahari said...

kita semua juga mesti mengambil iktibar. =)

Pages