- Sudah terlalu lama kita mendengar tentang kekejaman orang Yahudi terhadap rakyat Palestin. Sudah berpuluh tahun berlalu, ceritanya tetap sama. Warga Palestin terus dibedil tanpa sebarang keadilan diberi kepada mereka. Bukan cerita itu yang ingin saya kongsikan di dalam artikel ini kerana lebih penting kiranya jika kita semua orang Islam memikirkan mekanisma untuk menghalang kuasa rejim Yahudi daripada terus membunuh nyawa demi nyawa masyarakat Palestin yang tidak berdosa.
- Mekanisma pertama, sila boikot barangan keluaran Amerika Syarikat. Mungkin bunyinya agak drastik. Walaubagaimanapun, kita umat Islam boleh mencubanya dengan cara memboikot beberapa barangan keluaran AS yang kurang penting di dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, mulai sekarang apalah kiranya jika kita tidak lagi membeli minuman ringan nombor 1 di dunia keluaran AS iaitu Coca-Cola. Bak kata Tun Dr. Mahathir “umat Islam tak akan mati jika tak minum Coca-Cola”. Mekanisma ini jika diamalkan secara konsisten mampu untuk melumpuhkan tidak banyak sedikit, teras ekonomi AS.
- Bukan apa, kita harus menyedari bahawa pada zaman ini cara yang paling efektif untuk menghalang kekejaman Yahudi bukanlah dengan menghantar bala tentera Islam untuk melawan tentera Yahudi. Kerana secara terus terang, kita pasti kalah. Bukan itu saja, kita juga tidak pasti kerajaan Islam manakah yang akan menghantar pasukan bala tentera itu. Disebabkan demikian, penggunaan akal sangat penting untuk berjihad pada zaman ini seperti yang dilakukan bangsa Eropah untuk menjatuhkan kerajaan Islam beratus tahun dahulu. Caranya mudah, tiang asas kekuatan ekonomi Yahudi wajib untuk dilumpuhkan yakni tiang ekonomi kerajaan AS yang menjadi tulang belakang rejim Yahudi.
- Seperti yang disedari, PBB, OIC mahupun badan-badan organisasi lain semamangya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka wajiblah untuk umat Islam sendiri yang berjihad dengan cara memboikot barangan keluaran AS. Memang kaedah memboikot ini tidak akan berjaya dalam sekelip mata, tetapi jika diamalkan secara holistik dan konsisten oleh setiap umat Islam di dunia ini, Insyaallah, tiada sebarang masalah untuk menjatuhkan ekonomi AS.
2 comments:
aku dah lafaz ikrar boikot coke dalam blog!
jom boikot!
tahniah..
Post a Comment