Wednesday, August 11, 2010

Untuk Ayah dan Mama

Siapalah seorang anak jika tidak dikenangi pengorbanan kedua ibu dan bapanya. Dua insan mulia yang telah banyak berkorbang jiwa dan raga. Yang telah memerah keringat membanting tulang mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak.

Ada persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa seorang ibu bapa boleh membela sepuluh orang anak tetapi belum tentu sepuluh orang anak boleh mampu untuk membela seorang ibu bapa.

Ya Allah. Aku teringatkan kembali pengorbanan Ayah dan Mama selama ini.

Untuk Ayah dan Mama, Abang ingin meminta Ayah dan Mama mendoakan kejayaan anakmu ini di dunia dan akhirat. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan betapa aku bersyukur untuk memiliki Ayah dan Mama. Ampunka dosa-dosaku selama ini.

Ya Allah. Aku bersyukur atas nikmatMu yang paling tidak ternilai ini. Kau kasihlah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku. Kasih yang tidak pernah bertepi. Yang tidak pernah berhenti.

Ya Allah. Andai nafasku Kau cabut, Kau lindungilah kedua orang tuaku dan ahli keluargaku kerana mereka adalah orang-orang yang mencintaiMu.

Kau temukanlah kami di Jannah yang mulia itu nanti agar dapat kami terus berbahagia di sini dan juga di sana.

Abang sayang Ayah dan Mama.

Sunday, August 8, 2010

Menjelang Ramadhan: Gendang Perang Telah Dipalu!

Kalau kita ambil prinsip daripada Piala Dunia 2010 yang baru beberapa minggu lepas melabuhkan tirainya, semua pasukan sudah berada pada tahap preparation terakhir setelah kian lama tekun menyiapkan persediaan mental dan fizikal.

Diego Maradona umpamanya, telah menyiapkan skuad Argentina yang amat gagah menjelang kempen Piala Dunia. Dengan gandingan pemain-pemain yang bertaraf primadona, Argentina berjaya menarik perhatian dunia dengan corak permainan yang menghiburkan. Begitu juga dengan juara dunia, Sepanyol, Belanda dan tak dilupakan Uruguay. Semuanya telah bersedia terlebih dahulu lantas berjaya menghasilkan kualiti permainan bola sepak yang bermutu.

Begitu juga dengan persediaan kita untuk berjuang di bulan puasa. Harap-harap kental sudah iman dan jiwa kita semua.

Ramadhan memerlukan kita untuk berperang. Berperang dengan hawa nafsu dan godaan syaitan yang sekian lama telah merosakkan anak-anak Adam. Sebagai hamba Allah, seeloknya kita telah melancarkan gendang perang untuk memulakan serangan melawan godaan nafsu yang terlalu kuat menjajah diri.

InsyaAllah, semoga Ramadhan kali ini menjadi pemangkin untuk kita terus berperang melawan godaan nafsu yang amat hebat dan menang. Musuh yang hebat memerlukan kekuatan dan perancangan yang strategik untuk ditumbangkan.

Moga ahli-ahli politik berhenti mengata satu sama lain. Moga Melodi TV3 tidak menjadi juadah wajib pada setiap tengahari Ahad. Moga facebook tidak menjadi tasbih ketika Ramadhan. Moga perkara-perkara yang melalaikan tidak menjajah kita semua lagi.

Selamat berperang wahai Muslim!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dapat kita berjuang di pesta bulan ibadah yang penuh baraqah ini.

Salam wbt.

Asam Garam Da'wah (Cerita Daripada Hati)

Salam wbt.

Segagah mana pun mana-mana pahlawan, kata-kata yang tajam mampu jua untuk menembusi jiwa seseorang lelaki. Tidak salah kata-kata ini "Ayat-ayat yang kesat lebih tajam daripada sebilah pedang". Benar kata orang tua-tua, jalan dakwah ini tidak pernah mudah. Tidak pernah selesa. Tidak pernah mewah. Herdikan, makian dan cacian adalah asam garam yang menyelaputi diri dan jiwa seorang da'ie.

Tak dapat dibayangkan bagaimana pengorbanan Rasulullah yang dicaci, yang dimaki, yang dipulaukan malah pernah jua dibaling najis oleh kaumnya. MasyaAllah. Nasib yang dialami oleh generasi da'ie masa kini tidak sampai sekelumit pun daripada pengorbanan Rasulullah dalam misi menegakkan syiar Allah.

Ada yang mengkritik, para da'ie ini tidak layak untuk berdakwah. Da'ie ini hanya layak untuk menasihat diri sendiri. Benar. Tidak salah sama sekali. Para da'ie sememangnya perlu mentarbiyah diri sendiri terlebih dahulu. Tetapi jangan dilupa, di dunia yang akan kiamat ini, kewajipan bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keizzahan masyarakat.

Untuk para pengkritik, kritiklah semana mampu selagi ianya membantu para da'ie untuk berjuang. Kata-kata anda semua bagaikan peransang dan motivasi buat para da'ie untuk terus berjuang di jalan ini. Tidak pernah melembikkan, malah semakin menguatkan. Syukran.

Untuk para da'ie, hargailah kata-kata para pengkritik apabila anda semua dicemuh. Apabila penulisan anda dibalas dengan kata-kata kesat, bersyukurlah. Itu tandanya, penulisan anda telah pun dibaca. Allah dan Rasulullah pasti gembira. Bersabarlah kerana hanya Allah yang boleh menilai niat dan hati kita. Bukan manusia.

Kerja da'wah ini tidak pernah akan berakhir. Malah ianya akan menjadi semakin kuat. Akan semakin dibantu Allah Yang Maha Pencinta. Percayalah. InsyaAllah.

Khalas.

Saturday, August 7, 2010

Asma Allah

Entah mengapa petang ini terasa begitu sayu hati apabila mendengar alunan suara Sami Yusuf memuji-muji Allah di dalam lagunya Asma Allah. Petang ini tidak begitu panas. Tidak jua begitu sejuk. Tenang. Suatu keindahan ciptaan ilahi yang tidak dapat dinilai wang ringgit. Buku Criminal Law yang sedang dibaca juga sudah tidak dapat dihadam akal lagi untuk dibaca lantas diletakkan di sisi.

Lagu Asma Allah ini bagai membuka pintu hati untuk menyedari betapa Maha Pemurahnya Allah. Betapa Maha Penyayangnya Allah swt. Tetapi sayang, ramai hambaNya yang gagal untuk membalas kasih sayangnya semula. Manusia lebih terdorong untuk membalas cinta sesama manusia berbanding cinta Sang Pencipta manusia tersebut!

Allah swt itu Maha Pemurah. Sehinggakan hambanya yang mensyirikkanNya juga dianugerahkan nikmat yang amat sangat. HambaNya yang berbuat maksiat juga dihadiahkan rezeki. HambaNya yang tidak bersolat juga masih diberikan peluang untuk menikmati nikmat kehidupan di dunia ini. Malah yang paling tidak ternilai adalah setiap hambaNya diberikan peluang untuk bertaubat. Bayangkan betapa Maha Pemurah dan Pengasihnya Allah swt.

Untuk menjadi hambaNya yang soleh di dunia dan akhirat, kita sebagai generasi akhir zaman perlu bangkit daripada lamunan yang panjang. Bangkitlah daripada jajahan nafsu dan godaan iblis yang sememangnya sudah bersumpah untuk membawa anak-anak Adam ke lembah api neraka. Bukalah semula pintu hati untuk bercinta dengan Allah kerana Dia sangat gembira apabila cintaNya dibalas hamba-hambaNya yang soleh dan solehah dengan cara menghambakan diri dan tawaduk dalam beribadah kepadaNya.

Selalulah bersyukur dengan nikmatNya, InsyaAllah kita akan sentiasa dalam lindunganNya di dunia dan akhirat. Kerana ramai manusia yang mudah untuk melupakan pencipta apabila berada di puncak kejayaan.

Saturday, July 31, 2010

Cinta: Fikrah: Nikah

Telah Allah ciptakan perasaan ingin mencintai dan dicintai  terhadap jiwa-jiwa manusia. Dari saat penciptaan Nabi Adam hinggalah kiamat. Semua manusia mempunyai perasaan cinta. Baik lelaki mahupun perempuan. Cinta. Memang fitrah untuk setiap manusia jatuh cinta. Nikah. Sudah sunnatullah bagi yang sedang mempunyai cinta untuk mahu bernikah. 

Timbul satu persoalan. Adakah nikah hanya sekadar untuk bermadu kasih, bercinta-cintaan dan menghalalkan yang haram sahaja? Tidak. Nikah itu lebih daripada itu. Nikah itu adalah sesuatu yang menjadi pengikat dan penguat untuk setiap pasangan memperhebatkan agenda dakwah. Tidak kiralah dakwah dari segi apa. Di alam realiti mahupun di alam maya. Yang pasti, nikah itu makin menguatkan setiap hamba Allah untuk menjalankan dakwah.

Apabila menyebut tentang perkahwinan, sudah pasti Allah telah tetapkan siapakah jodoh yang paling terbaik untuk setiap hambaNya. Selalu berlaku, "couple" yang bertahun-tahun bercinta juga mampu putus di tengah jalan, sebelum sempat ke jinjang pelamin pun. Ini membuktikan bahawa Allah telah menetapkan orang lain sebagai jodoh terbaiknya.

Walaubagaimanapun, untuk memudahkan urusan hati dan perasaan ini, cukuplah sekadar untuk kita menjadi orang yang soleh. Kerana secara automatiknya Allah akan menganugerahkan akhawat yang solehah juga untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Allah telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran: 

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26

Cukuplah untuk kita menjadi hamba yang soleh untuk kita mendapatkan pasangan hidup yang solehah. Bukuplah untuk kita bertaubat menagisi dosa-dosa lalu. Kini aku memahami mengapa naqibku dulu sering mengingatkan untuk menikahi akhawat sesama jemaah. Bukan kerana paras rupa dan harta benda. Tetapi semuanya adalah kerana fikrah dan tarbiyyah. Semuanya adalah kerana fikrah pemahaman yang sama terhadap amanah besar yang digalaskan Allah untuk setiap pasangan yang bernikah untuk menyambung kekuatan dakwah dalam mengislahkan masyarakat secara berhikmah. Untuk melahirkan anak-anak soleh yang akan menyuburkan bumi cinta Allah ini dengan agenda dakwah. Untuk membentuk masyarakat yang soleh, kita perlukan asanya daripada satu unit keluarga yang soleh.

Begitulah wahai remaja. Moga perkahwinan yang akan kita bina satu hari nanti akan menjadi terminal untuk kita lebih memperkasa dakwah di samping berbahagia. Berbahagia bersama pasangan tercinta hinggalah ke Taman Syurga. InsyaAllah.

Saturday, July 24, 2010

Awak Ingat Tak?

Awak,

Pertemuan itu ketetapan tuhan,

Tidak ada yang rugi,

Tidak ada yang malang,

Sungguh indah bagaimana tuhan temukan,

Dari bayangan menjadi kenyataan,

Kisah antara manusia,

Pewaris si anak Adam.

Awak ingat tak?

Awak,

Awak mungkin sudah terlupa,

Awak mungkin sudah alpa,

Mungkin sudah tak ingat apa-apa,

Cuma satu persoalannya,

Bagaimana awak terlupa?

Awak ingat tak?

Siapa insan yang amat menyayangi awak?

Siapa insan yang amat mengutamakan awak?

Siapa insan yang banyak bersabar demi awak?

Siapa insan yang banyak beri sokongan pada awak?

Siapa insan yang mahu melindungi harga diri awak?

Awk ingat tak?

Awak,

Awak mungkin sudah tidak ingat,

Mungkin jua tak tidak pernah teringat,

Awak memang sudah tidak ingat.

Jika dulu lidah awak berhati-hati,

Tapi kini suara menjadi tinggi,

Jika dulu awak bersabar,

Tapi kini diri penuh dengan amarah

Awak,

Saya bukannya nak kongkong awak,

Tak pernah terniat,

Tak pernah berniat,

Tapi memang fitrah,

Hidup anak Adam ini memang perlu dikongkong,

Untuk menjaga fikrah.

Awak,

Awak ingat tak?

Sudah banyak kali Allah turunkan ibrah,

Ibrah yang sama tiap kali berlaku,

Tapi awak,

Awak tak pernah sudi belajar dari sejarah,

Bukankah sejarah itu guru yang terbaik?

Tapi tidak,

Awak ego,

Awak lupa ibrah tersebut,

Sebab awak suka berkawan

Awak,

Awak kini telah berjaya,

Awak ada segala-galanya,

Awak ada keluarga,

Keluarga yang kaya,

Awak ada harta,

Awak ada biasiswa,

Awak ada segala-galanya

Tapi saya?

Saya tak ada apa yang awak ada,

Tapi saya juga ada,

Perkara yang awak tak ada,

Keikhlasan dan penghargaan,

Pengharaggan terhadap setiap detik yang berlaku.

Juga doa acap kali bersujud.

Awak,

Awak ingat tak?

Saya anggap keluarga awak sama macam keluarga saya,

Ini bukan mainan kata-kata,

Hanya Allah yang boleh merasa.

Tapi awak?

Awak tidak,

Sebab?

Ntahlah, saya tidak layak untuk menilai.

Awak,

Saya mengaku saya banyak buat silap,

Saya tak sehebat fikrah awak,

Kadang-kadang saya rasa,

Saya tak layak untuk berdakwah,

Awak lebih layak,

Apa yang saya buat bukankah semuanya kepura-puraan?

Bukankah awak yang baik dan saya yang busuk?

Tapi dakwah itu tak mengenal sempadan,

Siapa yang lakukan, dia yang mendapat ganjaran.

Awak,

Jika nasihat saya masih ingin awak perhalusi,

Alhamdulillah,

Kerna saya juga begitu,

Mahu membaiki diri,

Kawallah limitasi dalam persahabatan,

Kerana awak kena ingat,

Nilai diri awak bukan murah.

Awak,

Saya bukan ingin menyibuk,

Seperti yang awak katakan,

“Jangan sebok boleh tak?”

Tidak,

Saya bukan mahu menyibuk,

Saya cuma mahu,

Awak mengangkat nilai diri awak,

Itu sahaja,

Awak ingat tak?

Awak,

Itu saja pinta saya,

Kalau ada dosa saya terhadap awak,

Ampunkanlah saya.

Maafkanlah saya.

Saya kini sudah sangat tak terdaya,

Hanya berjuang menunggu masa,

Kalau putus nafas sesiapa di antara kita,

Moga kita berjumpa di Taman Syurga.

Wassalam.

p/s: kata-kata roh kepada jasadnya untuk tidak lagi leka dalam beribadah. ikhlas untuk diriku.

Tuesday, July 20, 2010

Taubat

"Allah sangat gembira dan akan sentiasa ampunkan kita jika kita ikhlas mahu bertaubat"
*kata-kata yang ringkas tetapi sering dilupakan.

Monday, July 12, 2010

Hi Harvard!

IT'S ALL ABOUT THE EAGERNESS TO STUDY LAW IN THE BEST LAW SCHOOL =)

Sunday, July 11, 2010

Puisi Untuk Murabbi

Pabila kami gembira,
Kau ceria.

Pabila kami bersedih,
Kau ada.

Pabila kami buntu,
Kau membantu.

Pabila lemah iman ini,
Kau ingatkan.

Mungkin riak kami tidak menunjukkan penghargaan,
Tapi percayalah,
Baris-baris kata yang pendek ini memberikan lambangan.

Tiada yang lebih indah apabila ukhuwah kukuh di hati,
Mengikat pejuangan di sanubari.

Moga ikatan ini kekal berpanjangan,
Biar hingga ke akhir zaman.

-usrah kami Qawi 01-
utk abg dhany dan abg moja

:)

Sunday, July 4, 2010

Ingatlah Kematian

Kematian adalah permulaan kepada kehidupan baru yang kekal abadi (akhirat). Yakin dengan sebenar-benar yakin akan alam akhirat sangat dituntut kerana merupakan pengajaran dari rukun iman yang kelima.

Sabda Rasulullah:
"Perbanyakkanlah mengingati mati, niscaya akan meremehkan berbagai kelezatan.” (An Nasai, Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Ketika Malaikat maut datang menemui Nabi Yaakub AS untuk mencabut nyawa, beliau bertanya, "Bukankah aku minta agar dikirimkan utusan terlebih dahulu"
Malaikat maut menjawab, "Demi Allah telah banyak utusanku memberi peringatan wahai nabi Allah,
Jawab Nabi Yaakub ,"Aku tidak mengetahui dan mengenalinya,"
Jawab malaikat maut pula, "Yaitu berupa sakit, uban, pendengaran kurang dan penglihatan kabur."

Rasulullah bersabda, "Berziarahlah kubur kerana ia dapat mengingatkan kamu kepada Akhirat. Mandikan orang mati karena mengurus jasad orang mati merupakan peringatan yang mendalam. Dan solatkanjenazah karena ia dapat menyedihkan hati kamu karena orang yang bersedih dibawah naungan Allah SWT berarti bersedia dengan segala kebajikan. (Dari Abu Dzar)

Barang siapa yang banyak mengingati mati akan mengutamakan 3 perkara:
Segera bertaubat, kerana yakin mati akan datang dengan tiba-tiba, tanpa disangka dan tidak mengira tempat.
Berhati tenang dan senantiasa mewaspadai hati dari dihinggapi dan dikotori oleh berbagai mazmumah (sifat keji). Dan sentiasa mengingati Allah SWT.
Rajin beribadah dan taat, dunia ini adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat perhitungan.

Tanda-tanda orang yang melupakan mati
Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa dosa dan belum bertaubat. Seringkali berangan-angan karena menyangka mati masih lambat dan umur akan panjang.
Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari menginggati Allah SWT. Sering merasa kecewa dan putus asa seolah-olah dunia ini segala-galanya. Terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain
Malas beribadah, kelezatan menikmati nikmat dunia menyebabkan lenyapnya kelezatan beribadah pada Allah SWT. Hilang kemanisan ibadah, malah merasakan kosong dan tidak bermanfaat.

*Sekalung Al-Fatihah untuk Allayarham Osman b. Talib(Datuk), Allahyarhamah Hafsah bt. Jaafar(Nenek), Allahyarhamah Ainon bt. Idris(Nenek) dan Allahyarhamah Nur Azimah bt. Noor Aris(Ibu Angkat) serta semua Muslimin Muslimat yang telah pergi. Aku akan menyusul jua. Al-Fatihah.

Pages