Thursday, August 18, 2011

Maksud "Duli Yang Maha Mulia"

Seringkali kita dipropagandakan oleh sesetengah golongan yang mengatakan bahawa ungkapan "Duli Yang Maha Mulia" adalah haram hukumnya untuk digunakan kerana ianya dikatakan bahawa rakyat menyamakan ketinggian ataupun kemulian seorang sultan sama tahapnya dengan Allah. Saya masih teringat ketika masih di bersekolah dulu yang mana saya bersekolah di negeri Selangor, maka nyanyian lagu negeri yang bertajuk "Duli Yang Maha Mulia" mesti dinyanyikan tiap kali acara perhimpunan sekolah diadakan.

Dan setiap kali lagu ini dimainkan, akan ada saja sesetengah pelajar dan juga tak ketinggalan beberapa orang guru yang meminta murid-murid untuk menukarkan terma "Maha" itu kepada "Amat". Arahan ini disuruh untuk mengelakkan murid-murid daripada memuliakan seorang sultan hingga ke tahap Allah.

Sebenarnya pemikiran ini sangat silap dan salah. Kalau dikaji sejarah ketamadunan Melayu, sejak kedatangan Islam ke bumi Nusantara ini, Islam itu tak pernah langsung diperlekehkan. Sehinggakan Kesultanan Melayu Melaka juga meletakkan undang-undang Islam di dalam sstem pemerintahan ketika itu.

Dan berbalik kepada isu "Duli Yang Maha Mulia" ini, kita mesti mengkaji semula sejarah frasa ini digunakan. Pertama kita perlu ketahui bahawa terma "Duli" mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud habuk. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, "Duli" membawa pengertian tentang sifat seorang hamba.

Manakala, ungkapan "Yang Maha Mulia" pula dimaksudkan oleh orang Melayu lama sebagai Allah. Ini kerana Allah itu adalah tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Mulia. Maknanya, penggunaan ungkapan "Duli Yang Maha Mulia" kepada sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.

Begituah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Sesungguhnya ilmulah yang membezakan di antara mereka yang cerdik dengan mereka yang dangkal.

9 comments:

Salim Harmanain said...

nice share..xpernah tau pun paasal ni..mne dapat info?

Danial Izzat Zulbahari said...

kajian la bro. hehe (^_^)

Anonymous said...

nice info!!!!ade apa2 info lg x psal sjarah org melayu yg org laen x taw??

iam.umifuzy said...

thanks for sharing....

Somad Musa said...

sepertimana 'org melayu' menyalah tafsir 'aku' & 'saya'...

FARHAN ALIA said...

terbaiklah danial!

Aryan Aryad said...

terbaik lah bro..gud info..=)

faizalnizam said...

orang kita ni laju je nak sound tanpa usul periksa. bukannya dalam isu ni je. byk lagi isu lain. lagi pun secara logik pun. Sultan dan raja sebagai payung rakyat dan pelindung agama bangsa negara, takkanlah sultan dan raja nk rakyatnya menyamakannya dengan Allah.

Ghostboy said...

Kenapa tak diberikan maksud penuh Duli ? Duli menurut kamus dewan edisi keempat adalah 'habuk yang berada dibawah telapak kaki' jadi pengertian yang sebenarnya adalah 'habuk dibawah telapak kaki yang maha mulia'.

Raja pada budaya hindu ditafsirkan sebagai bayangan tuhan di muka bumi yang mana ditafsirkan kedalam peradaban Melayu kemudiannya tak lain dan tak bukan untuk memelihara kedaulatan dan martabat raja itu sendiri.Misalnya ungkapan kebawah DYMM disni diertikan sebagai ' kebawah debu tapak kaki yang maha mulia '. Perlu diingat bahawa walaupun kesultanan Melayu pada masa itu sangat teguh pada agamanya tetapi masih mengamalkan adat2 dan budaya Hindu seperti mandi bunga ataupun mandi laut untuk membuang 'benda' yang sebenarnya masih lagi wujud hingga sekarang.

Perlu diingat lagi, walaupun Islam telah hadir pada waktu itu tetapi kenapa Melayu masih lagi percaya pada daulat raja / "tulah" yang boleh membawa kepada kesyirikan ? saya bagi lagi contoh kenapa apabila Raja turun bersolat jumaat kita katakan mencemar duli? kalau pengertiannya adalah seperti yang saudara maksudkan, iaitu 'habuk' Allah di muka bumi, jadi apakah relevannya maksud mencemar 'habuk' Allah? sedangkan 'habuk' itu sudah hina dan pengertiannya disitu adalah tidak jelas.

Lalu kita renungkan sebaliknya, 'Mencemar habuk di bawah tapak kaki yang maha mulia' dengan bersolat Jumaat. ianya lebih relevan dan lebih membawa maksud serta bererti daripada apa yang saudara tafsirkan. Dan dengan mencemar duli bermaksud mencemar kemuliaan raja dengan turun dari persemayaman ke luar istana. Dan pastinya ramai yang tidak tahu lalu menggunakan terma ini walaupun baginda turun bersolat Jumaat, adakah Istana itu lagi tinggi darjatnya daripada Rumah Allah ?

Lalu usahlah kita berpegang terlalu kuat pada adat andainya erti adat itu boleh membawa keraguan kepada akidah dalam agama.Memang niatnya bukan untuk menyamakan Allah dan Raja pada satu tahap yang sama tetapi interpretasi masyarakat dahulu dan kini adalah berbeza sepertimana dulu tiada lagi fatwa mengenai Yoga tetapi kini setelah diteliti kita tahu ianya haram ataupun hukum mandi bunga untuk mebuang 'benda' juga adalah haram.

Wallahualam

Pages